RETAK

Detakan tumit tinggiku telah memecahkan keheningan pejabat itu. Aku tahu semua mata memandang namun aku tetap fokus ke destinasi. Sudah beberapa hari, Farihin tidak menjawab panggilan dan mesej pesanan ringkasku sedangkan dia telah mengambil dokumen perjanjian itu. Sekretari Farihin cuba menahan aku di pintu namun aku hanya melangkah dan terus membuka pintu pejabat Farihin. “Maaf…

HANGOVER

Tit! Tit! Tit! Tit!  Ah … bising! Bising!  Tanganku cuba meraba-raba penggera telefon mingguan yang memang telah aku setkan sejak sekian lama. Aku cuba membuka kelopak mata yang sebegitu berat. Aku menggenggam sebahagian rambutku dengan kuat, dengan harapan kepeningan melampau itu akan hilang dengan segera. Pandanganku masih berpinar-pinar. Aku tahu jika aku tidak bangun sekarang,…

AKU NAMPAK ALLAH

Cinta? Apa yang kau tahu tentang cinta? Tiada yang lebih tahu tentang cinta melainkan aku, Allah dan habib. Jangan kau temberang kau tahu semuanya tentang cinta. Jangan. Jangan temberang! Kenapa aku yakin aku lebih tahu? Hahahahaha! Bodoh! Kau semua memang dungu. Buta hati dan buta mata. Aku yakin aku lebih tahu kerana aku pernah nampak…

RAKHINE (CF)

“OK, you can leave the food here, we can give it to the villagers!” Pemilik suara yang serak-serak kering itu menghembuskan asap rokok daunnya sambil matanya melirik tajam pada aku dan Khairil. Senjata submachine gun MP5 itu diusap perlahan sambil bibirnya sumbing, tersenyum miring padaku. Barangkali mengejek. Barangkali menggertak. Aku tidak takut. Ini bukan kali…

MURKA! (CI)

Hujan masih turun merintik. Tahun ini sudah sampai penghujungnya. Namun aku masih begini. Ternyata bila mereka katakan, persoalan hati itu adalah yang paling sukar. Aku tidak pernah mempercayainya. Hidup aku hanya untuk pekerjaanku. Dan pekerjaan adalah hidupku. Malah tidak pernah terlintas di hatiku, aku akan jatuh hati kepada seseorang. Pada awalnya, dia adalah sebagaimana lelaki…

HUTANG NYAWA (CI)

Bala apa lagi? Sudahlah mataku tertutup dengan ikatan yang begitu ketat dan memeningkan, kini mulutku pula ditekup dengan tangan yang kasar, berpasir. Tanganku yang telah sedia digari itu diheret pantas sehingga tidak sempat untuk aku meronta atau melawan. Ahh … bagaimana hendakku lawan? Kalau tangan, mata dan mulut sudah dikekang? Agaknya begitu sukar untuk mengheret…

DIA (CF)

Aku seorang lelaki, OK? Jikalau ada seorang wanita yang aku suka, menanggalkan pakaiannya satu persatu di hadapanku, mampukah aku berdiam diri? Aku tahu benar, ia salah. Aku tahu. Namun bagaimana aku mampu menahan gelora yang bergelombang di dalam diriku setiap kali bersamanya? Perasaan ini membuak-buak, mengambil alih seluruh tubuhku, tanpa memperdulikan jeritan waras otakku, yang…

RINDU CHIKO (CI)

Chiko terus merengkuh aku dalam pelukannya lalu matanya yang bulat itu merenung penuh manja padaku. Akhirnya renungan itu bertukar kerutan pada dahinya. “Kenapa wajahmu penuh duka walau darahnya tidak kelihatan?” “Kerana lukanya berada di dalam. Darahnya masih mengalir. Masih perit rasanya, Chiko,” kepala Chiko kubelai. Dia masih berkerut. “Kesakitan apakah yang begini kompleks? Bagaimana bisa…

BENIH SANG OBERFUHRER : KEBANGKITAN REICH KELIMA (CI)

13 September 1942  Semua Ketua Kematian berdiri tegak di hadapan Oberfuhrer. Di jari masing-masing sudah tersarung SS-Ehrenring (Cincin Penghormatan SS), yang sudah disarung Reichsfuhrer sebentar tadi. Sudah pastinya bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai pegawai yang paling berpengaruh dalam Schutzstaffel atau SS khususnya, dalam tentera Nazi amnya. Karl Maria Wiligut memandang Reichsfuhrer dengan pandangan yang sukar…

SATU MALAM DI TEPI TASIK (CF)

Suasana di kelab malam itu benar-benar memeningkan aku. Dry martini yang kupesan kini tinggal separuh. Kucapai kayu kecil yang dicucukkan buah zaitun padanya. Buah zaitun itu kutarik lalu ku lontarkan ke dalam mulut. Alkohol kini mula menunjukkan kesannya. Kepalaku terasa sedikit pening. Bukan pening yang menyakitkan, tetapi pening yang mengujakan. Kepala ku baringkan di atas…

LIRIKAN (CF)

Christopher terpaku melihat wajah gadis itu. Gadis itu lagi. Gadis yang sama. Bagaikan penunggu misteri, kehadirannya di mall itu hampir setiap hari membuatkan Chris tertanya-tanya dan terpesona dalam masa yang sama. Senyumannya manis sekali dengan lirikan mata yang tajam, menusuk kalbu. Matanya nakal, melemparkan renungan demi renungan di sebalik rak-rak baju di sekitar seksyen pakaian…

LOLOS! (CI)

“RM20,000!! Awak dah gila ya, Sara!” Dahi Emran yang sudah berkedut itu semakin berkerut. Cermin mata ditolak ke pangkal hidungnya. Rambut yang separuh kelabu, separuh hitam itu ditolak ke belakang. Dia mengipas kertas cadangan belanjawan untuk siasatan terbaru aku. Aku hanya berdiri di hadapannya, acuh tak acuh sambil tersenyum mengejek. “Come on, boss. Apalah sangat…