PRAYERS

Forgive me, God For I have sinned All my life I have been looking for You Sometimes I hear Your answer Sometimes I melt in the desperation Show me the path of Your Beloved Ones So I would not stray Bestow Your Grace upon all earthlings We have suffered so much We have endured much…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 2

Arghhh!!Panas membara hati Justo dengan pekerjaannya hari ini. Stress. Berulangkali kliennya meminta dia membuat penilaian bangunan yang diselenggaranya. Setelah pulang dari kerja, dia terus menukar baju dan menunggang Aprilia Tuono kesayangannya tanpa arah tuju. Aku perlukan kopi, pekat, hitam, tanpa gula. Espresso. Itu yang diperlukan, ujar Justo dalam hati. Justo memberi isyarat ke kanan untuk…

PENDAKIAN (PC)

Jerih-perih Mendaki puncak kehidupan Menggelungsur turun Kaki kugagahkan Sehingga hampir di puncak Aku rindukan perjalanan Baruku sedar Hidup Matlamat bukan destinasinya Perjalanan mendewasakan Merubah perspektif Meluaskan penaakulan Setiap duka yang membekas Tidak membunuhku Hanya menguatkan aku Cinta? Bagaikan lautan luas Dalamnya tidak terduga Hampirku lemas Terus berenang jua Hidup itu misteri Setiap hari membaru realiti…

TAKLID BUTA (PO)

Dengar namun pekak Melihat tetapi buta Berfikir tidak menelan Lali dek syair penunggang agama Telunjuk di bibir Usah banyak bertanya Mereka handalan Kita sialan Mereka menurut Tuhan Kalian yang bangsat, harus ikut-ikutan Biar tolol jumud Akal dipakai jangan Terus dari kitab Ini dari Rabb Nerakalah yang menolak Jiwanya kan berbelak Candu agama Lebih enak dihidang…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri1

Alamak! Sudah pukul 9 malam!Terkocoh-kocoh aku meletakkan skuterku di ruangnya, mengepit beg sandang yang terkandung Acer 10″, mengigit dompetku yang tergopoh-gapah aku keluarkan dari beg. Bup!! Topi keledarku pula terjatuh dan berpusing bagaikan kura-kura terbalik. Serba tak kena jadinya. Aku menyandang begku, mencapai topi keledar dan menyimpannya, lalu berlari terus ke Starbucks kegemaranku. Rambut yang…

KEJAHILAN DENGAN OBSESI NAMA (PO)

Mengapa sukarnya untuk menyebarkan kasih sayang sesama manusia cinta merentasi benua pemahaman melangkaui angkasa Bukankah kita semua adalah makhluk yang sama bernama manusia? Mengapa kau obses dengan Parti, bangsa, agama, kaum dan kasta juga lain-lain nama yang dicipta untuk memisahkan manusia mencipta garisan antara ‘kau’ dan juga ‘aku’ memalu gendang peperangan menyemarakkan perbezaan daripada warna…

ERIS (PO)

Laksana Dewi Eris Hari pernikahan Peleus dan Thetis dilanggari Menggegarkan bankuet dewa-dewi Mencetuskan Perang Trojan yang getir sekali Bezanya hari ini Aku hadir dengan jemputan Menggayakan busana menawan Rambut berseri kudandan Tenang, memberikan senyuman Kau memandangku Dengan rasa tidak percaya Apa? Kau fikir aku akan menangis berduka Sebenarnya aku berasa lega Simpati pada pasanganmu jua…

PERMAINAN PERSEPSI (PO)

Desepsi Muslihat paradoks kenyataan Yang penuh dengan pendayaan Agar yang lemah pegangannya berada dalam kawalan Yang bohong menjadi benar Yang benar menjadi bohong Ribut-ributan Eksploitasi media Berapi-api ahli politiknya Bermain sentimen rakyat jelata Walau informasi di hujung jari cuma Berapa ramai yang mencari kebenaran Melainkan menjadi kakak tua Mengulangi yang diajarkan ahli politiknya Kau tega…

DIMANA TUHANMU? (PC)

Ya, udah Tidak perlu kau syarahkan daku Dengan jela-jelaan hujah Bahawa Tuhanmu yang paling benar Jangan kau mulakan Allah begitu, Yesus begini, Yahweh begitu Buddha yang paling aman, Shiva yang paling agung Sejak kapan kau menjadi jurucakap Tuhanmu? Tuhanmu Maha Hebat katamu Maka mengapa Dia perlukan kau untuk membelaNya? Pada sejarahnya Manusia membutuhkan agama Kerana…

SAPIENS SEXUALIS (PO)

Bagimu Persoalan falsafah itu bagaikan Bebenang pelbagai warna Berselirat laksana neurons Kau rungkai satu persatu elemennya Mengikut warna Mengikut tebal nipis dan teksturnya Kemudian kau tenun semua persoalan Menjadi sutera hujah yang unik, tajam dan juga kompleks Penting bagimu untuk membicarakan Hak-hak kemanusiaan Kebaikan dan kejahatan Keadilan dan undang-undang Hidup mati Iblis malaikat Yang berpaksikan…

YANG PALING KEJAM (PC)

Berdiam Merenung ruang kosong Aku pelajari tentang kesunyian dengan ketiadaanmu di sisi Perkara yang paling menyakitkan Kau membuatkan aku berfikir Yang kau menyayangiku Dan aku pula mempercayainya Yang paling ditakuti Apabila aku dilupakan Oleh kau yang tidak boleh aku lupakan Kejam, bukan? Itulah engkau Jika kau belum menyadarinya

ILEILA DRAGONBLADE (CI)

Bayu bertiup perlahan dan aroma lavender mengindahkan suasana, menenangkan jiwa yang galau. Ileila membuka matanya perlahan. Dia dapat merasakan Ivern sedang membelai rambutnya. Ileila tersenyum. Dia bagaikan tidak percaya Ivern bersamanya, memangku kepalanya di bawah pohon apel yang mereka suka. Syukurlah. Dia memegang tangan Ivern lembut lalu meletakkan tangan Ivern ke pipinya. Tiba-tiba mata Ivern…