CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 22

Jantungku masih berdegup kencang. Bagaikan surrealis, apa yang berlaku di hadapan balai polis sebentar tadi. Mimpikah aku? Justo mencium bibirku? Aku menyentuh bibirku perlahan. Serta-merta aku terbayangkan kejadian itu sekali lagi. Aku memejamkan mata dan menggeleng-geleng. Ah … kacau! Aku mahu melupakannya. Aku tidak mahu perkara itu menjadikan aku berlembut dengan Justo. Berani dia ya!…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 21

Mata Justo meliar mencari kelibat Xeva. Dia terlihat kaki kecil berkasut Converse biru yang lusuh di bawah pentas, sedang merangkak perlahan ke dalam. Justo tahu, keadaan masih tidak selamat di sana. Menggunakan inteleknya sebagai seorang jurutera, Justo yakin pentas itu tidak akan bertahan lama. Xeva akan dihempap pentas itu. Justo melompat ke tanah lalu menyusup…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 20

Panggilan tidak berjawab. Panggilan ditolak. Atau telefon ditutup. Sudah hampir seminggu, Justo gagal menghubungi Xeva. Apabila dia ke rumah Xeva, Xeva tidak mahu keluar. “Nayi …” “Sorry, Justo. Aku tak boleh bantu kau dalam hal ini. Kau tak tahu betapa keras kepalanya Eve. Nanti aku dimakinya. Jadi aku takkan masuk campur. Sorry, okay,” Jawapan Nayi…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 19

Di mana Benny? Aku mengerling pada jam tanganku. Ah … sudah pukul 2.30 petang. Sudah setengah jam lewat. Adakah aku patut pulang sahaja? Lantas aku membangunkan punggungku, menggalas beg dan bersedia untuk beredar. “Xeva!” kedengaran suara Benny menjerit dari jauh. Aku berpaling, bercekak pinggang, berpura-pura marah padanya. “Lambat! Ke mana saja engkau?” Benny menekan dadanya….

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 18

Xeva melangkah lemah. Pandangan dihalakan ke lantai dengan beg dokumen dihayunkan sewenang-wenangnya. Justo bangun lalu mendapatkan dia. “Bagaimana?” “Mereka bilang mereka akan telefon,” kata Xeva sambil melepaskan keluhan. Justo menepuk bahu Xeva. “Jangan risau. Ia bukan berita buruk. Masih ada harapan. Cheer up! Jom makan, OK,” Xeva hanya mengangguk lemah. Justo hanya mampu menggosok bahunya….

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 17

Ayah terbaring lesu di atas katil dengan pelbagai wayar berselirat di seluruh tubuhnya. Dia kelihatan bagaikan bahan eksperimen dalam cerita saifai yang sering kubaca. Takku sangka kali ini, aku dapat memerhatikannya secara visual, di depan mataku sendiri, sedangkan tanganku tidak dapat menyentuh ayah atau mengucup dahinya. Dari luar tingkap berkaca ini, aku hanya mampu mengigit…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 16

“Ayuh, cuba!” kata Justo sambil menepuk bahuku. Aku mengerutkan dahi memandang Justo. “Wake up!” jeritku. Terperanjat dengan suaraku, pengunjung Starbucks yang duduk berdekatan denganku melemparkan wajah kurang senang dengan tingkahku. Aku terpisat-pisat mengangkat tangan, tanda meminta maaf. Justo mencubit pipiku. “Tak perlu begitu kuat. Hmmm … Sekarang cuba cakap sesuatu,” kata Justo, tenang sambil menyandarkan…

CB : AKu Dan Pria Aprilia Siri 15

Naela hanya melangut bodoh di hadapan aku. “Apa? Cakaplah,” kata Naela tidak sabar. “Justo ajak aku jadi teman wanitanya,” Pandangan Naela menjadi kosong sebentar. Tiba-tiba dia tersenyum melebar. “Benarkah?!!!” “Ya!” “Wow!!! Tahniah, Xeva!” kata Naela sambil memegang tanganku. Kami berdua melompat-lompat sambil di atas katil bagaikan kanak-kanak riang. Tiba-tiba punggung terasa perit seperti dipukul sesuatu….

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 13

Sulandri memandang Xeva yang sejak tadi hanya termenung. “Kenapa dengan budak ni?”kata hati Sulandri. Perlahan dia menghampiri Xeva. “Xeva? Kau ada masalah?” tanya Sulandri. Xeva bagaikan tersentak. Dia berpura-pura mencapai fail di atas meja. “Tak ada apa-apa, En. Sulandri,” “Jangan bohonglah. Aku faham sangat kau ni,” Xeva mengeluh perlahan. Sulandri duduk di hadapan Xeva. Bersedia…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 11

Studio latihan Justo merupakan studio yang agak besar. Ada 20 orang penari semuanya. Justo memperkenalkan aku pada rakan-rakannya. “Ini pertama kali Jay bawa rakan wanita ke studio,” kata mereka. Walaupun sukar untuk aku mempercayainya, namun aku tidak berkata apa-apa. Mereka merupakan manusia-manusia yang peramah dan ceria. Namun apabila muzik dimainkan kesemuanya kembali serius, menumpukan pada…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 10

Naela menuruti langkah Justo dari jauh. Dia bernasib baik kerana ketika itu adalah waktu sibuk, ramai orang berpusu-pusu untuk masuk ke dalam lif untuk masuk kerja. Maka Justo tidak sedar yang dia diekori. Sampai di tingkat 7, Justo keluar dari lif. Naela menuruti. “Cik, mau ke mana?” penyambut tetamu menahan Naela. Dia melihat Naela dari…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 8

Justo merenung ke luar jendela. Hatinya bungkam. Masih terngiang-ngiang kata-kata Xeva tempoh hari. “Karena aku bencikan borjuis. Borjuis telah membuang ayahku di saat dia paling memerlukan wang, ketika abangku Alex sakit. Sedangkan kerjanya amat bagus sekali. Akibat buntu untuk mencari wang, ayah gagal mencari dana yang cukup untuk merawati Alex. Alex meninggal akhirnya. Sehingga kini,…