HUTANG NYAWA (CI)

Bala apa lagi? Sudahlah mataku tertutup dengan ikatan yang begitu ketat dan memeningkan, kini mulutku pula ditekup dengan tangan yang kasar, berpasir. Tanganku yang telah sedia digari itu diheret pantas sehingga tidak sempat untuk aku meronta atau melawan. Ahh … bagaimana hendakku lawan? Kalau tangan, mata dan mulut sudah dikekang? Agaknya begitu sukar untuk mengheret…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 24

Aku meminta alamat rumah Justo daripada Suwardi. Alamat itu membawa aku terus ke sebuah kawasan kondominium mewah di ibu kota. Skuterku terpaksa aku parkir di luar kawasan kondominium tersebut. Aku terpaksa menunggu di pondok sekuriti sebelum dibenarkan masuk. “Tolong tunjukkan dia di mana rumah saya,” kedengaran suara Justo yang serak di interkom. Demam teruk agaknya….

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 23

Aku menyelak langsir. Hujan masih lebat di luar. Mataku pula tak mahu lelap. Tiba-tiba pula tekakku terasa dahaga. Dengan malas, aku bangun, membuka pintu bilik perlahan, mengintai Justo di ruang tamu. Dia tiada di sana. Aku keluar terus menuju ke dapur. Aku mengintai di dapur pula. Justo tiada di sana juga. Eh, dah balik? Hujan-hujan…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 22

Jantungku masih berdegup kencang. Bagaikan surrealis, apa yang berlaku di hadapan balai polis sebentar tadi. Mimpikah aku? Justo mencium bibirku? Aku menyentuh bibirku perlahan. Serta-merta aku terbayangkan kejadian itu sekali lagi. Aku memejamkan mata dan menggeleng-geleng. Ah … kacau! Aku mahu melupakannya. Aku tidak mahu perkara itu menjadikan aku berlembut dengan Justo. Berani dia ya!…

THOUGHTS – BELAJAR DARI SEJARAH

Saat Galileo Galilei menentang gereja Roman Katolik juga pencinta Aristotle dan Ptolemy kerana apa yang dilihatnya melalui teleskop tidak sama dengan apa yang dicanang mereka, para agamawan dan ahli falsafah gereja menjadi gila. Teori heliosentrik melawan hukum Tuhan, kata mereka. Mataharilah mengelilingi bumi, bukan sebaliknya, bantah mereka. Demikianlah agamawan dan gereja membodohkan manusia pada Zaman…

DIA (CF)

Aku seorang lelaki, OK? Jikalau ada seorang wanita yang aku suka, menanggalkan pakaiannya satu persatu di hadapanku, mampukah aku berdiam diri? Aku tahu benar, ia salah. Aku tahu. Namun bagaimana aku mampu menahan gelora yang bergelombang di dalam diriku setiap kali bersamanya? Perasaan ini membuak-buak, mengambil alih seluruh tubuhku, tanpa memperdulikan jeritan waras otakku, yang…

PEMBURU DARAH (PO)

Tegak kaki, meniti genting atap Basah dinginnya Mata helangku, mengecil, menjegil Kau sendirian Bibirku tertawan, bagaikan hangatnya menyentuh kulit Nadi segar susup, menggetar saluran darah Rasanya mengecur pada lidahku Berdenyut, berdesah, menahan gejolak nafsu kian membuak Malam semakin larut Deruan angin kencang menampar pipi Saat aku melayang Menyambar lehermu lalu kubenamkan taring pada nadimu yang…

ERTI KUCUPAN TERAKHIR (PO)

Kucupan itu tidak membawa erti apa-apa Sekadar manifestasi otot-otot wajah Bukan cinta, tidak juga nafsu, atau persahabatan Kerana sukmaku sudah lama mati Untuk apa renungan itu? Bukankah kau menghunus belatinya? Walau seribu tahun lagi Kuburan cinta, itulah ia Bibirmu, hangat, lembut di bibirku, Berlalu melintas ke leherku Wajah dipaling Sepi… Di situ saja Tiada lagi…

JARAK KEHIDUPAN (PO)

Pada nafas pertama dan terakhir Di tengahnya, terbentang jalan panjang Dipanggil kehidupan Landai – lerai – jerlus – haus Cerun tinggi Kasar, tajam, penuh duri Henti tidak, rintih mengabur Adakalanya terlempar kau di lohong Gelap-gelita, bagai tiada dasarnya Terapung, memekik, pautan dicari Asa tidak putus, harapan tidak bulus Kembali kau memanjat, meraba sinar terang Terpanahnya…

PENJILAT DARAH PROLETARIAT (PO)

Tersenyum miring Lazatnya menghirup dari cawan derita Airmata – darah – keringat Sang proletariat Mereka bukan manusia, katamu tenang Lalu menghirup lagi Aroma sengsara – bugar Kenikmatannya … Orgasma yang bergelombang Setiap kali maruah mereka kau injak Golongan bodoh – tunduk Lalu tangan kau seluk dalam kocek mereka Keringat mereka, kering diperah Belakang mereka –…

ANAK SEMANGAT HUTAN (PO)

Belantara hidup Terkadang gelap zulmat Sesekali terang bersuluh Telinga ke tanah Jejak-jejak dibaca Pimpinan Akela Peribadi Raksha Tegas Bagheera menyentap Persahabatan? Baloo! Di mana kau? Masihkah sesat aku di sini? Bukan aku dari semangat hutan ini? Jauh, jauh, jauh Bukan jiwa ini Bukan di sini Malaysia 24 Oktober 2016

SESUCI SETAN (PO)

Mata pemangsa Tajam melirik pada darah-darah manis Di sebalik timbunan kitab-kitab suci Menyeringai setan Menelanjang peribadi munafik Yang dilempar jauh ke dasar lubuk-lubuk Agar tiada jiwa yang tahu kebenarannya Bibir menjilat rakus Pada hakikat hati-hati suci Datang padamu mengharap restu Di mata mereka, kau, tangan kanan Tuhan Bondong-bondong Rupanya kau Azazel durjana Datang membawa candu…