THOUGHTS – BELAJAR DARI SEJARAH

Saat Galileo Galilei menentang gereja Roman Katolik juga pencinta Aristotle dan Ptolemy kerana apa yang dilihatnya melalui teleskop tidak sama dengan apa yang dicanang mereka, para agamawan dan ahli falsafah gereja menjadi gila. Teori heliosentrik melawan hukum Tuhan, kata mereka. Mataharilah mengelilingi bumi, bukan sebaliknya, bantah mereka. Demikianlah agamawan dan gereja membodohkan manusia pada Zaman…

THOUGHTS – ALANGKAH RAPUHNYA KEHIDUPAN MANUSIA …

Dua-tiga hari ini, aku ambil cuti mengajar kerana jiranku, yang membahasakan dirinya sebagai Ummi, berbangsa Iran-Amerika dan sudah berusia dalam pertengahan 60 tahun itu, tiba-tiba jatuh sakit. Sebatang kara, anak jauh di ‘United States’, takkan pula aku nak membiarkan dia keseorangan. Anak lelakinya menelefon aku pagi tadi, memohon pertolongan aku untuk menjaga ibunya sementara dia…

THOUGHTS – MASJID JAMEK ARAKAN

Salam khabar dari Muslim Rohingya di Rakhine, Myanmar. Oleh kerana masjid-masjid telah dimusnahkan oleh penganut agama Buddha, maka Muslim Rohingya membina masjid yang serba lusuh ini. Harapnya tiada keganasan lagi disebabkan masjid ini. Bukankah Buddha menyatakan cinta dan kasih sayang dalam Karaniya Metta Sutta ; … Demikianlah terhadap semua makhluk, dipancarkan pikiran kasih sayangnya tanpa…

THOUGHTS – KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA ; MENENTANG PENINDASAN ROHINGYA

Lewat petang tadi, aku bersama rakan-rakan sukarelawan yang lain berbicara tentang masa depan anak-anak Muslim Rohingya di bawah jagaan kami. Kebanyakan mereka sudah menguasai skil membaca, menulis dan mengira.   Yang kami bimbangkan adalah, skil ini sahaja tidak cukup untuk mendepani masa depan di Malaysia. Sedangkan graduan sarjana muda juga sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup….

THOUGHTS – PENERIMAAN DAN KASIH SAYANG : GOLONGAN AGAMA YANG BONGKAK

Akhir-akhir ini, aku kerapkali bertemu dengan golongan ateis. Golongan ini merupakan golongan bijak pandai serta rajin membaca, juga berpelajaran. Entah bagaimana dan mengapa, mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Aku tidak perlu menyukai pandangan mereka untuk menghormati mereka. Fikiran mereka kritis dan aku senang berbicara dengan mereka. Bila diselami kisah hidup dan pengalaman mereka, masing-masing mempunyai…

SAYING GRACE 18 09 2016

Malam semakin lewat. Entah mengapa sejak siang tadi, hati dirundung keliru yang membuak-buak tanpa dapat dikawal. Wajahku renung di cermin. Ya, aku semakin matang. Baik dari segi mental dan fizikal. Soal-soal picisan kehidupan takkan sesekali boleh menggangu mood aku. Namun persoalan yang bermain di kepalaku adalah; Apakah hidup yang telah aku jalani memberikan faedah kepada…

THOUGHTS – FANTASI CERITA CINTA PARI-PARI : PEMUSNAH ALAM DEWASA?

Orang tuaku adalah orang tua yang terbaik di dunia. Mereka cuba membentuk aku menjadi gadis yang baik, seterusnya berharap agar aku menjadi wanita yang baik juga. Mereka berjaya menjadikan aku manusia yang punya jati diri, namun mungkin tidak seperti yang mereka harapkan. Sejak kecil, mereka menyogokkan aku dengan cerita-cerita fantasi Disney dengan harapan agar aku…

THOUGHTS – ANTARA KELUARGA DAN CITA-CITA

Suatu ketika dahulu, aku pernah menginginkan untuk menjadi seorang pegawai tentera. Keluargaku membantah habis-habisan. Entah mengapa, tidak ada jawapan konkrit yang diberikan. Semua alasan-alasan itu, adalah picisan pada taakulanku, maka akalku menolak mentah semua rasionaliti mereka. Sudahnya, aku mengambil keputusan untuk membantah keputusan keluargaku dan meneruskan latihan sehinggalah ibu berkata, “Sekiranya kau melangkah masuk ke…

SAYING GRACE 30 08 2016

Salah satu perkara jelik yang aku tidak suka bicarakan namun ia wajib dibicarakan adalah hal politik. Aku benci sekali. Namun tidak dapat tidak, ia penting untuk dibicarakan. Bukan untuk diri sendiri, untuk generasi akan datang. Lihatlah wajah anak-anakmu, wajah anak muridmu, cucu-cicitmu. Lihatlah ke wajah mereka dan renungkan. Tidak lama lagi, dunia akan kau tinggalkan….

THOUGHTS – IBU YANG TIDAK MENERAN ANAKNYA KELUAR BUKAN IBU YANG SEBENAR?

Melihat penderitaan Jepun setelah melahirkan, membuatkan aku terfikir akan pengorbanan ibu-ibu di seluruh dunia. Ada yang mengatakan, melahirkan secara operasi, bukanlah pengalaman melahirkan yang sebenar kerana si ibu tidak merasakan sakitnya menolak anak keluar. Aku tidak setuju. Penderitaan itu tetap dirasakan walaupun bukan penderitaan menolak anak keluar dari rahim. Kata Jepun, setelah diberi ubat anaestetik,…

THOUGHTS – NATIJAH ANAK DERHAKA

Aku jarang baca suratkhabar. Jarang sangat. Pertamanya, kerana media massa zaman sekarang terkenal dengan manipulasi persepsi. Menjadi seorang yang ‘liar’, aku benci dikawal. Apatah lagi dikawal fikiran oleh media massa. Namun aku sedar, aku perlu juga mengetahui hal dunia untuk melakukan kerjaku, maka aku selak-selak juga halaman surat khabar dan media siber. Kemudian, aku terpaksa…

SAYING GRACE 24 08 2016

Aku harus katakan yang sukar sekali keluarga Spaite untuk benar-benar berkumpul bersama-sama biarpun ketika musim perayaan kerana kerjaya dan kehidupan masing-masing. Aku di utara Malaysia. Sementara adik-adik lelakiku, Bol dan Jhon berada di selatan. Paling sibuk adalah Bol. Kerjayanya sering membawa dia ke seluruh Malaysia dan kadang-kadang ke luar negara. Namun, nampaknya kehadiran satu-satunya puteri…