CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 21

Mata Justo meliar mencari kelibat Xeva. Dia terlihat kaki kecil berkasut Converse biru yang lusuh di bawah pentas, sedang merangkak perlahan ke dalam. Justo tahu, keadaan masih tidak selamat di sana. Menggunakan inteleknya sebagai seorang jurutera, Justo yakin pentas itu tidak akan bertahan lama. Xeva akan dihempap pentas itu. Justo melompat ke tanah lalu menyusup…

SATU MALAM DI TEPI TASIK (CF)

Suasana di kelab malam itu benar-benar memeningkan aku. Dry martini yang kupesan kini tinggal separuh. Kucapai kayu kecil yang dicucukkan buah zaitun padanya. Buah zaitun itu kutarik lalu ku lontarkan ke dalam mulut. Alkohol kini mula menunjukkan kesannya. Kepalaku terasa sedikit pening. Bukan pening yang menyakitkan, tetapi pening yang mengujakan. Kepala ku baringkan di atas…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 20

Panggilan tidak berjawab. Panggilan ditolak. Atau telefon ditutup. Sudah hampir seminggu, Justo gagal menghubungi Xeva. Apabila dia ke rumah Xeva, Xeva tidak mahu keluar. “Nayi …” “Sorry, Justo. Aku tak boleh bantu kau dalam hal ini. Kau tak tahu betapa keras kepalanya Eve. Nanti aku dimakinya. Jadi aku takkan masuk campur. Sorry, okay,” Jawapan Nayi…

JAJAR PUTAR LOGAMAYA (PO)

Dekat, sejajar Jauh, seputar Kanan dan kiri, tiada bayangnya Dalam selimut, mengigit Rasa itu tersekat di kerongkong Kapan diluah, tiada suaranya Cembung dimensi pandangan Bagai logamaya, entah sahih wujudnya Maka mahukah melangkah Jika ragu destinasinya? Jangan kelirukan aku Dengan bunga-bunga kata Yang terhasil di atas kertas Terkadang bila jari berani bersuara Belum tentu mulut sanggup…

DADDY (PC)

Daddy Masih ingatkah daddy Saat lututku tergores Daddy cium pipiku, kesat air mataku Aku ceria semula Daddy Masih ingatkah daddy Slip peperiksaan aku serahkan Air matamu menitis Mengapa? Daddy bilang aku tidak pernah kecewakan daddy Dan aku janji sampai kapan pun Daddy takkan aku kecewakan Daddy Masih ingatkah daddy Saat Dan tinggalkan aku Pahamu basah…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 19

Di mana Benny? Aku mengerling pada jam tanganku. Ah … sudah pukul 2.30 petang. Sudah setengah jam lewat. Adakah aku patut pulang sahaja? Lantas aku membangunkan punggungku, menggalas beg dan bersedia untuk beredar. “Xeva!” kedengaran suara Benny menjerit dari jauh. Aku berpaling, bercekak pinggang, berpura-pura marah padanya. “Lambat! Ke mana saja engkau?” Benny menekan dadanya….

MABUK SANG SERIGALA (PC)

Kau Gagah mengatur langkah Laksana bulan mengambang Dilitupi gemawan hitam Di tengah malam   Aku Menyeringai menanti Bagai serigala kemabukan Rindu penuhnya bulan Dalam kepekatan malam Lolongan senyap, gemuruh dada Dingin tubuh, dipanah asmara   Shh …   Apa yang terjadi Di sebalik cadar sutera Kan terus menjadi rahsia   Serigala terus meraung … Sang…

BANGSAT BERTOPENG WALI (PO)

Buta Dingin, beku hatimu Hunjam rasa diri Dalam negeri para bedebah Cintamu, hanya pada dirimu Sekain jingga denganmu   Sekalian makhluk Melutut di bawah tapak kakimu Merayu nafas, menagih nyawa Kepala ditadah Bukti kalah menyerah Bagi kau, mereka hanya semut-semut Yang bertempiaran tatkala tercurah air hujan   Mulut mereka kau kunci Sembahan mereka diterjang Bangsat…

THOUGHTS – MASJID JAMEK ARAKAN

Salam khabar dari Muslim Rohingya di Rakhine, Myanmar. Oleh kerana masjid-masjid telah dimusnahkan oleh penganut agama Buddha, maka Muslim Rohingya membina masjid yang serba lusuh ini. Harapnya tiada keganasan lagi disebabkan masjid ini. Bukankah Buddha menyatakan cinta dan kasih sayang dalam Karaniya Metta Sutta ; … Demikianlah terhadap semua makhluk, dipancarkan pikiran kasih sayangnya tanpa…

THOUGHTS – KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA ; MENENTANG PENINDASAN ROHINGYA

Lewat petang tadi, aku bersama rakan-rakan sukarelawan yang lain berbicara tentang masa depan anak-anak Muslim Rohingya di bawah jagaan kami. Kebanyakan mereka sudah menguasai skil membaca, menulis dan mengira.   Yang kami bimbangkan adalah, skil ini sahaja tidak cukup untuk mendepani masa depan di Malaysia. Sedangkan graduan sarjana muda juga sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup….

THOUGHTS – PENERIMAAN DAN KASIH SAYANG : GOLONGAN AGAMA YANG BONGKAK

Akhir-akhir ini, aku kerapkali bertemu dengan golongan ateis. Golongan ini merupakan golongan bijak pandai serta rajin membaca, juga berpelajaran. Entah bagaimana dan mengapa, mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Aku tidak perlu menyukai pandangan mereka untuk menghormati mereka. Fikiran mereka kritis dan aku senang berbicara dengan mereka. Bila diselami kisah hidup dan pengalaman mereka, masing-masing mempunyai…

RACUN OSIRIS DURJANA (PO)

Tunduk Di pangkal hidung, nyawaku Kerana kau, nyawaku Sesudu demi sesudu Racun berbisa, kata-katamu Kau suapkan Hadirmu, Hathor tidak lagi di sisiku Tiada lagi bulan di payudaranya Tiada lagi matahari dari rahimnya Lumpuh Sekujur tubuh dahaga, sentuhanmu Rebah ke lantai Sejuk, konkrit menikam kulit Jiwaku telanjang Dinoda angkuhmu Kuburkan aku Mati ku, sudah di hatimu…