RAKHINE (CF)

“OK, you can leave the food here, we can give it to the villagers!” Pemilik suara yang serak-serak kering itu menghembuskan asap rokok daunnya sambil matanya melirik tajam pada aku dan Khairil. Senjata submachine gun MP5 itu diusap perlahan sambil bibirnya sumbing, tersenyum miring padaku. Barangkali mengejek. Barangkali menggertak. Aku tidak takut. Ini bukan kali…

DIA (CF)

Aku seorang lelaki, OK? Jikalau ada seorang wanita yang aku suka, menanggalkan pakaiannya satu persatu di hadapanku, mampukah aku berdiam diri? Aku tahu benar, ia salah. Aku tahu. Namun bagaimana aku mampu menahan gelora yang bergelombang di dalam diriku setiap kali bersamanya? Perasaan ini membuak-buak, mengambil alih seluruh tubuhku, tanpa memperdulikan jeritan waras otakku, yang…

SATU MALAM DI TEPI TASIK (CF)

Suasana di kelab malam itu benar-benar memeningkan aku. Dry martini yang kupesan kini tinggal separuh. Kucapai kayu kecil yang dicucukkan buah zaitun padanya. Buah zaitun itu kutarik lalu ku lontarkan ke dalam mulut. Alkohol kini mula menunjukkan kesannya. Kepalaku terasa sedikit pening. Bukan pening yang menyakitkan, tetapi pening yang mengujakan. Kepala ku baringkan di atas…

LIRIKAN (CF)

Christopher terpaku melihat wajah gadis itu. Gadis itu lagi. Gadis yang sama. Bagaikan penunggu misteri, kehadirannya di mall itu hampir setiap hari membuatkan Chris tertanya-tanya dan terpesona dalam masa yang sama. Senyumannya manis sekali dengan lirikan mata yang tajam, menusuk kalbu. Matanya nakal, melemparkan renungan demi renungan di sebalik rak-rak baju di sekitar seksyen pakaian…

KORBAN CINTA DI TIMOR LESTE (CF)

Nina meletakkan teh hijau kegemaranku di atas meja kopi, mengerling, melemparkan senyuman manis, kemudian berlalu. Bidadariku ini, walaupun dalam usia 40-an, masih cantik, masih jelita pada pandanganku. Perkahwinan kami telah mencapai hampir 2 dekad, aku tetap bahagia bersama Nina. Semuanya kerana … Rendra. Mengenangkan namanya sahaja, hatiku sebak. *** Pada hari yang tragis itu, Rendra…

SETELAH 14 TAHUN … (CF)

Aku bagaikan beku di hadapannya. Perlahan-lahan otakku memutarkan kembali memori lama dan mengira tahun-tahun yang berlalu itu. 14 tahun berlalu. Mataku masih memandang sekujur tubuh itu yang jaraknya antara 10 meter dari tempatku berdiri. Tetapi aura kehadirannya, masih bergetar dalam jiwaku. Tanganku memegang rak buku agar aku bisa berdiri tegak seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku….

CIKGU JANGGUT (CF)

Aku tergumam. Wajah tua itu berdiri di hadapanku. Dahulu janggutnya hitam, kini memutih bagaikan berus lukisan sekolah. Dia turut terkesima melihat aku tanpa berkelip. Barangkali masih cuba mengingati siapa gadis yang berdiri di hadapannya, yang memandangnya bagaikan ternampak hantu. Serta-merta fikiranku melayang kepada belasan tahun yang lalu, ketika aku masih lagi di alam remaja ……

BIDADARI BISKUT BIN-BIN (CF)

Manusia yang melilau bagaikan lalat-lalat sampah di stesen keretapi yang besar itu memeningkan kepala Ben. Berasal dari bandar yang terpencil, Ben berasa janggal dengan gaya hidup metropolitan. Dia tidak pasti ke mana harus dituju. Dia membelek-belek peta kota itu ditangannya. Dia merenung lama peta laluan monorel di dinding stesen keretapi. Dia pening dan keliru. Dia…

GERIMIS MENJAUH (CF)

Sampel kad undangan dan barang perkahwinan yang lain yang dijinjit dengan baik, dilepaskan Lourdes secara tiba-tiba. Perasaan yang teruja kini bertukar rasa. Dadanya terasa sesak. Tersepit. Menghimpit. Melemaskan. Dunia Lourdes bagai gelap seketika. “Lourdes, kau tak apa-apa?” Sharon memegang bahu Lourdes apabila dia sedar yang Lourdes terhuyung-hayang secara tiba-tiba. Lourdes menutup matanya seketika bagaikan menahan…

DRAMA SEORANG LELAKI (CF)

“Tuanya, mak!” kataku separuh menjerit, apabila mak berikan gambar tunangku. Dia kelihatan seperti berusia 40an. Rupanya tidaklah hodoh benar. Sekali imbas, kacak juga. Kulit sawo matang, senyumannya manis. Semua orang dalam rumah ini dah gila agaknya. Mak menarik pantas gambar itu dari tanganku. “Kau tu muda sangatkah? Bertuahlah ada orang yang mahukan kau. Sudah 30an,…

DIAN TERBAKAR SEPI (CF)

Aaron berjalan perlahan-lahan di melintasi hadapan pejabatku sambil meneliti dokumen di tangannya. Mataku menurut saja jejak langkah Aaron. Setiap kali dia berlalu, berlaku reaksi yang sama. Jantungku berdegup kencang. Pipiku terasa panas. Hatiku terasa mahu luruh. Entah mengapa. Dia berpaling seketika padaku, lalu tersenyum. Wajahnya tampak bersinar. (Homaigod! Aku mau pengsan) Dengan pantas aku menunduk…

SENJA DI BUMI RAKHINE (CF)

Phyu terkindap-kindap di sebalik pokok memerhatikan budak lelaki yang berkulit gelap itu yang sedang berehat di bawah pokok lain tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia mungkin lebih tua, setahun dua darinya. Dia nampak letih, penat dan mengantuk. Seketika kemudian, dia menangis sambil memegang perutnya, tak lama kemudian dia terus tertidur. Barangkali budak lelaki itu…