Glosari/Daftar Kata

Memandangkan perjalanan hidup Xeva Spaite adalah perjalanan hidup di alam fantasi, maka di alam ini bahasa yang dipakai adalah bahasa Rugevaria. Makna perkataan dalam novel ini, boleh disemak di sini.

Jedie : Pahlawan Tradisi Rugeva. Pahlawan Jedie dilatih untuk menjadi askar yang hebat. Cekap matematik, bijak berbicara, handal dalam bertempur tanpa senjata dan bersenjata, juga cekap menggunakan komputer.

Spaite : Jurulatih Jedie

Jag Alagjir : Selamat Sejahtera

Jag Alamjir : Selamat Sejahtera Kembali

Hail Pasadia : Selamat Tinggal

Hail Pasadie : Selamat Jalan

Sang Hyang Tunggal : Tuhan Maha Esa

Shamur :Pakaian keperwiraan Jedie yang hanya dipakai pada ketika majlis meraikan perwira Jedie. Ia kelihatan seperti jubah lelaki pendek separas lutut, berserta seluar dan tali pinggang kulit lembu yang tinggi kualitinya. Ia diperbuat daripada kain kapas. Terdapat sulaman etnik Rugeva pada hujung lengan dan hujung kaki baju.

Roba : Pakaian tradisi Rugeva yang berbentuk dres labuh A line namun pada hujung lengan dresnya longgar, bukaannya lebar berbentuk payung dan terdapat sulaman etnik Rugeva. Ia diperbuat daripada kain kapas atau chiffon.

Sesh : Kain shawl yang membaluti rambut gadis di Rugeva.