DIAN TERBAKAR SEPI (CF)

Aaron berjalan perlahan-lahan di melintasi hadapan pejabatku sambil meneliti dokumen di tangannya. Mataku menurut saja jejak langkah Aaron. Setiap kali dia berlalu, berlaku reaksi yang sama. Jantungku berdegup kencang. Pipiku terasa panas. Hatiku terasa mahu luruh. Entah mengapa. Dia berpaling seketika padaku, lalu tersenyum. Wajahnya tampak bersinar. (Homaigod! Aku mau pengsan) Dengan pantas aku menunduk…

HEL (CI)

Hel termengah-mengah. Peluh dirasakan mengalir di seluruh tubuhnya. Walaupun cuaca sejuk mengigit kulitnya, dia tetap berlari dengan pantasnya tanpa menghiraukan keletihannya. Dia terdengar tapak kaki Gokse yang laju menuruti jejaknya. Hel ketawa sambil berlari. Si bodoh Gokse, badannya sahaja yang besar, namun lemah dan lambat macam anak gadis, kata hati kecil Hel. “Tunggu Hel!” jerit…

MINDA (PO)

Jika berkali-kali Kau bilang pada dirimu Yang kau adalah kegagalan Kegoblokan Kepandiran Kedunguan Maka itulah engkau Dan hiduplah dalam kesialan Yang dicipta oleh dirimu sendiri Berhati-hatilah dengan ucapanmu Kerna kata-kata negatif Bagaikan sumpahan Yang mengakari mindamu Maka manifestasi kenegatifan itu Bakal menghantui kehidupanmu Pilih Ocehan positif Lalu kau jadikan ia sebagai mentera Yang kau ratipkan…

PERDEBATAN (PO)

Hujahmu Bagaikan peluru yang bertubi Entah tercuit pada sasaran Tanpa diperdulikan Kalau hanya berkata-kata Sekedar untuk berbicara Entah ke mana asal tujuanmu Entah apa makna hasilnya Maka berdiamlah Berbicara tanpa mengetahui butirnya Adalah kedunguan yang nyata Adat perdebatan Tiap elemen harus disimpul rapi Ukurlah kedalaman erti Pelajaran darinya dicari Timbanglah pro dan kontra Lalu bangun…

KEMABUKAN YANG PALING MENGKHAYALKAN (PO)

Hanya dengan satu tegukan Dunia ini kepunyaanmu kau rasakan Bagaikan Midas Segala yang kau sentuh menjadi emas Semua yang memandangmu tunduk akur Kau menjadi semakin takbur Kebajikan manusia lain? Persetan! Dunia kelaparan? Biarkan! Manusia berbunuhan? Teruskan! Selagi adanya kesengsaraan Selagi itu kau menjadi tuan Laungan nasionalis Ah, itu semua hanya mainan Kata-kata manis Kerana itu…

BAYANGAN MALAIKAT (PO)

Kau tetap di sini Meskipun aku kembali Melumurkan lumpur di wajahmu Kau kesat ia Tanpa berkata apa-apa Kau tetap di sini Walaupun aku kembali Bersama ribut dan taufan Kau sendiri terkena panahan petir Kau bangkit Tanpa berkata apa-apa Kau masih di sini Ketika aku kembali dengan gerimis Sungguhpun kau sendiri kebasahan Kau hanya memayungkan aku…

ANIMUS (PO)

Takut dengan lintasan fikiranku Saban waktu Yang bertebaran di minda Tidak sebagaimana zahirnya Luaranku, anak kucing manja Fikiranku, harimau mengasah kukunya Gentar Aku dengan diri sendiri Penzahiran mindaku Membebaskan dalamanku Wajarkah? Persepsi? Korupsi? Hipokrasi? Realisasi? Apakah kebenaran Jika tidak dizahirkan dengan kebenaran hakiki atau sekadar kebenaran yang ingin didengari

PHOENIX ASCENDING

Looking for something In the dark, misty forest of a cloudy mind You are sure, but not too sure You want to be enlightened You want to be in the dark All, at the same time So you embrace the silence And listen to the heartbeat of serenity Could you hear the whispers Of broken…

PADANG PASIR 3 SYAIR (PO)

Di tanah itu Di atas padang pasir yang gersang Si Gagah membawa bersamanya 12 suku kaum yang ketakutan Kerna Rumah Yang Hebat itu ingin bermandi darah Membenci, menindas yang lemah Maka mereka menyeberangi Laut Merah yang dibelah Maha hebat dinding air raksasa itu Mereka menoleh ke belakang Pada saat bala tentera yang ramai itu mencecah…

DENAI (PO)

Ramai bangat Yang ingin menawarkan nasihat-nasihat percuma Seolah-olah mereka menjalani hidupmu Barangkali hati mereka seputih salju Mahukan yang terbaik untukmu Lalu ucapkanlah terima kasih Dan kucuplah tangan mereka Yang jelas Hanya kau yang bisa menentukan ke mana arah tujumu mewarnai sendiri masa depanmu mengolah skrip fikiranmu Kanvas putih kehidupan itu kau lakarkan Dengan pensil mindamu…

DENGARLAH ADIKKU (PO)

Tangan kan kuhulur Jika kau mahu kembali ke dunia nyata Jangan kau lemas dalam kegalauan Ini semua pasti kan berlalu Hidup tiada indahnya jika hanya matahari yang bersinar Sesekali hujan kan turun Bumi akan kembali bangkit dari kelesuan dan kekeringan Ingatlah adikku Hidupmu masih panjang Ceritamu masih belum tamat Jangan kerana si dia Yang gak…

SUARA-SUARA (PO)

Di sini Di ruang kepalamu Hingar-bingar Walaupun alam sepi Tanpa gangguan Beribu-ribu suara memanggilmu Berteriak minta didengari Namun yang kau dengari hanya bunyi bising Yang tidak berbuah-butir isinya Berkali-kali kau coba memahami Semakin kau coba semakin galau jadinya Barangkali ada satu dua kali Dapat kau fahami suara itu Dan dirimu perlahan-lahan bersalin kulit baharu Kau…