RINDU CHIKO (CI)

Chiko terus merengkuh aku dalam pelukannya lalu matanya yang bulat itu merenung penuh manja padaku. Akhirnya renungan itu bertukar kerutan pada dahinya.

“Kenapa wajahmu penuh duka walau darahnya tidak kelihatan?”

“Kerana lukanya berada di dalam. Darahnya masih mengalir. Masih perit rasanya, Chiko,” kepala Chiko kubelai.

Dia masih berkerut.

“Kesakitan apakah yang begini kompleks? Bagaimana bisa aku merawatnya? Masih bolehkah aku tidur dalam pelukanmu malam ini? Apakah kau selesa? Atau biar saja aku tidur di bilik stor?”

Aku tersenyum pada Chiko. Bagaimana makhluk berbulu, berdaging kekabu nilon ini punya hati dan perasaan lebih dari manusia? Lebih lembut, lebih sensitif, lebih prihatin.

“Jangan, sayang. Peluk saja aku malam ini. Hatiku sudah sebegitu sunyi sekian lama di tanah orang,”

“Bukankah kau pergi bersama ramai rakan lain? Sepatutnya aku yang mengadu sunyi. Kau tinggalkan aku sendirian, berbual sama dinding,”

“Maaf, Chiko. Aku terlampau pentingkan diri. Benarlah. Dalam misiku, ramai rakan yang mengikuti. Pelbagai warna dan pegangan. Namun dunia telah membiarkan manusia-manusia yang aku tolong itu sendirian. Mereka telah diinjak oleh pengikut putera Siddharta yang dikatakan paling damai di antara manusia lain. Mereka terasa sunyi, berteriak memanggil dunia, namun dunia kemam, menutup mulutnya, aku turut merasa sepi mereka. Air mata mereka sudah kering, hanya tinggal darah. Aku juga begitu,”

“Tanganmu kecil.”

“Aku sedar dan tahu, Chiko.”

Chiko merenung aku lagi. Barangkali mencari makna pada semua riak di wajahku. Tangannya merangkul leherku.

“Kau manusia, mereka juga manusia. Dunia juga penuh manusia. Malaikat sudah cuba memberi amaran kepada Tuhan, ketika Adam sedang diciptakan, bahawa cukuplah malaikat sebagai penjaga bumi, sedangkan manusia hanya akan merosakkan bumi dan berbunuhan sesama mereka. Pantas Tuhan membalas, “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.” Malaikat tertunduk. Kau tahu apa yang Tuhan tahu?”

Perlahan aku menggeleng.

“Jadi lenalah kau dalam pelukanku malam ini. Berlapang dada. Tuhan ada perancanganNya.”

Aku memeluk erat Chiko dan perlahan-lahan memejamkan mata.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s