DADDY (PC)

Daddy Masih ingatkah daddy Saat lututku tergores Daddy cium pipiku, kesat air mataku Aku ceria semula Daddy Masih ingatkah daddy Slip peperiksaan aku serahkan Air matamu menitis Mengapa? Daddy bilang aku tidak pernah kecewakan daddy Dan aku janji sampai kapan pun Daddy takkan aku kecewakan Daddy Masih ingatkah daddy Saat Dan tinggalkan aku Pahamu basah…

MABUK SANG SERIGALA (PC)

Kau Gagah mengatur langkah Laksana bulan mengambang Dilitupi gemawan hitam Di tengah malam   Aku Menyeringai menanti Bagai serigala kemabukan Rindu penuhnya bulan Dalam kepekatan malam Lolongan senyap, gemuruh dada Dingin tubuh, dipanah asmara   Shh …   Apa yang terjadi Di sebalik cadar sutera Kan terus menjadi rahsia   Serigala terus meraung … Sang…

TEGANGNYA BUSUR SRIKANDI (PC)

 Bergendang dada Cipta muzik nan sayu Daripada sendu terbiar Hentak kaki, menggegar bumi Kering sudah sungai airmata Angkat busurmu, tegang talinya Lepaskan mata panah kau simpan Pada si polan – si polan Yang membusur nista durjana Sedang berpijak tanah tiada Handal pula mencanang auta Maju dan bunyikan semboyan Biar gentar musuh tempiaran Laungkan Kini kau…

LUBUK RAHSIA (PC)

Pernahkah kau Selami lubuk paling dalam Jiwamu Apa kau temui di sana? Sekonyong-konyong Bahagian paling gelap itu Lubuk rahsia Kau hampar benang-benang sutera Berkemilau indahnya tatapan manusia Bertembok Zulkarnain Agar tiada yang bisa dekatinya Malu? Takut? Kecewa? Adakah kau penglipur lara Tidak seindah hikayat Cananganmu Matamu melirik manusia lain Apakah mereka punyainya? Ketahuilah olehmu Shhhh…

KONYOL TUHAN-TUHAN KECIL (PC)

Aku ingin lari Mata-mata itu memandangku Lalu bentuk wajah baru Dalam benak mereka Ditampal pada wajahku Terpekik-pekik “Inilah kau, inilah kau!” Aneh ya Jarak seluas segara Sentuh tidak sapa tiada Otak konyol, cipta interpretasi semu Bukankah kau biduandanya? Pesan orang tua “Tak kenal, maka tak cinta” Berbahana melolong Bagai manusia naif Persepsimu, kau tempa bagai…

MENCARI ERTI KEHIDUPAN (PC)

Seribu kali melangkah Berputar mengelilingi dunia Mencari sebuah erti Kehidupan yang mengelirukan ini Ke gunung, berteriak Gema bersahut Selami kehijauan Jutaan rindu bersirna Pada sosok Yang Maha Perkasa Jantung berdetak Satu, dua dan tiga Dalam setiap detak, berzikir cinta Langit biru direnung Melamun kasih Yang Maha Agung Capailah tanganku Belailah wajahku dengan bayu Sebelum aku…

SEPUTIH KERTAS (PC)

Aku ingin Coretkan kata Yang bisa melakar Isi hatiku ini Namun kertas itu Kekal kosong Aku tidak bisa lagi Melakarkan diksi Yang lebih baik dari itu Kerana itulah rasaku Kosong …

KATA-KATA INDAH BUAT TEMANKU (PC)

Dunia ini Bukan hitam putih saja Ia berwarna-warni 3 primer warna Pecah jadi jutaan tona Takjub jiwa Dengan serakannya Dunia ini Bukan satu garisan tebal hitam Yang membahagi Hemisfera Utara dan Selatan Itu hanya bayangan Sebetulnya semuanya kelabu Lagi kabur Kerana realiti seringkali berbeda Juga dimensi dan fantasi Unik, tiada duanya Begitu juga kehidupan Setiap…

GHAIRAH IDEA (PC)

Terpempan aku Teleku Bernas katamu   Tanggalkan semua Lapisan Idea kencangmu   Sisi seksi Mindamu Kan kucernakan

KELIRU

Bingung Tingkahmu tidak bisa Kucerna dalam kotak fikiran Tidak mengerti Kau hulur bunga Berduri Jariku kau genggam Seketika Kau lepaskan pergi Kumbang lain mendatang Kau halau Ku hulur mekar Kau tolak Pergilah kau Usah bertamu lagi Aku bencikan rasa Yang tiada makna ini Sia-sia masaku Menanti Biarkan mentari bersinar lagi Dalam diri ini

MAAFKAN AKU, TEMAN (PC)

Teman Maafkan aku kerna Suara kutinggikan Kau lagi kehilangan arah Jika kubisikkan Takkan ketemu jalan pulang Maafkan aku kerna Airmatamu kubiarkan Kerna beku hatiku Akan mengeraskan jiwa Dan hatimu Maafkan aku kerna Menolak kau berjalan Ke dalam api kehidupan Kerana aku tahu Ia akan membakar jiwamu Untuk meneruskan perjuangan Aku bukan pendengar yang baik Aku…

PENDAKIAN (PC)

Jerih-perih Mendaki puncak kehidupan Menggelungsur turun Kaki kugagahkan Sehingga hampir di puncak Aku rindukan perjalanan Baruku sedar Hidup Matlamat bukan destinasinya Perjalanan mendewasakan Merubah perspektif Meluaskan penaakulan Setiap duka yang membekas Tidak membunuhku Hanya menguatkan aku Cinta? Bagaikan lautan luas Dalamnya tidak terduga Hampirku lemas Terus berenang jua Hidup itu misteri Setiap hari membaru realiti…