NO – 3. Menongkah Arus

“Bonda, jika lelaki tidak mahu bersamaku hanya kerana aku dikenali sebagai wanita yang kuat, ketahuilah bonda, dia sama sekali tidak layak untukku. Manakan tikus bisa bersama sang singa,”

NO – 2. Ariste

Ariste masih menanti jawapanku. Hmm…hari sudah jauh malam, Ariste Jedie. Aku kurang selesa dilihat bersama lelaki di dalam kereta tumpangan. Kau pun tahu bagaimana pandangan Parena terhadapku, bukan?”kataku sambil memasukkan kad kredit, cermin, telefon bimbit ke dalam tas ku. Ariste tunduk sebentar. Kemudian mengangkat kepalanya. “Baiklah, jika begitu kata Xeva Spaite. Aku tidak mahu memaksa,”katanya…

NO – 1. Bukan mudah menjadi wanita

Tetamu bersimpang-siur di dalam dewan yang maha gah di tengah-tengah wilayah Parena. Aku membetulkan roba hijau lumut yang menyeret ke lantai. Roba adalah pakaian biasa penganut agama lama sepertiku. Diperbuat daripada kain chiffon berlapis tiga, lengannya panjang menutupi paras pergelangan tanganku. Bukaan lengannya lebar seperti payung. Rambutku disanggul dan ditutupi sesh berwarna kuning yang lebar…