MURKA! (CI)

Hujan masih turun merintik. Tahun ini sudah sampai penghujungnya. Namun aku masih begini. Ternyata bila mereka katakan, persoalan hati itu adalah yang paling sukar. Aku tidak pernah mempercayainya. Hidup aku hanya untuk pekerjaanku. Dan pekerjaan adalah hidupku. Malah tidak pernah terlintas di hatiku, aku akan jatuh hati kepada seseorang. Pada awalnya, dia adalah sebagaimana lelaki…

HUTANG NYAWA (CI)

Bala apa lagi? Sudahlah mataku tertutup dengan ikatan yang begitu ketat dan memeningkan, kini mulutku pula ditekup dengan tangan yang kasar, berpasir. Tanganku yang telah sedia digari itu diheret pantas sehingga tidak sempat untuk aku meronta atau melawan. Ahh … bagaimana hendakku lawan? Kalau tangan, mata dan mulut sudah dikekang? Agaknya begitu sukar untuk mengheret…

RINDU CHIKO (CI)

Chiko terus merengkuh aku dalam pelukannya lalu matanya yang bulat itu merenung penuh manja padaku. Akhirnya renungan itu bertukar kerutan pada dahinya. “Kenapa wajahmu penuh duka walau darahnya tidak kelihatan?” “Kerana lukanya berada di dalam. Darahnya masih mengalir. Masih perit rasanya, Chiko,” kepala Chiko kubelai. Dia masih berkerut. “Kesakitan apakah yang begini kompleks? Bagaimana bisa…

BENIH SANG OBERFUHRER : KEBANGKITAN REICH KELIMA (CI)

13 September 1942  Semua Ketua Kematian berdiri tegak di hadapan Oberfuhrer. Di jari masing-masing sudah tersarung SS-Ehrenring (Cincin Penghormatan SS), yang sudah disarung Reichsfuhrer sebentar tadi. Sudah pastinya bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai pegawai yang paling berpengaruh dalam Schutzstaffel atau SS khususnya, dalam tentera Nazi amnya. Karl Maria Wiligut memandang Reichsfuhrer dengan pandangan yang sukar…

LOLOS! (CI)

“RM20,000!! Awak dah gila ya, Sara!” Dahi Emran yang sudah berkedut itu semakin berkerut. Cermin mata ditolak ke pangkal hidungnya. Rambut yang separuh kelabu, separuh hitam itu ditolak ke belakang. Dia mengipas kertas cadangan belanjawan untuk siasatan terbaru aku. Aku hanya berdiri di hadapannya, acuh tak acuh sambil tersenyum mengejek. “Come on, boss. Apalah sangat…

GBP10 (CI)

“Hello, Room Service. How may I assist you?” Ku cuba menjawab seceria mungkin walaupun mataku diterjah rasa mengantuk yang amat sangat. Kedengaran suara wanita tua dengan aksen Inggeris berkata-kata di corong telefon. “Oh, I would like to order midnight snack. May I have Alu Gobi and paratha? Some tortilla chips as well? That would be…

TATKALA APOLLO MEMBISU (CI)

300 tahun selepas kematian Nabi Isa. Decius memanjat gunung Nebo dengan kepayahan. Jikalau menurut inskripsi lama yang ditemuinya di Jerusalem, di kawasan ini, terdapat sebuah gua tersembunyi. Dia mengesat peluh menggunakan lengan toganya. Lapang. Decius tertanya-tanya. Apakah inskripsi itu tidak benar? “Argghhh!! Sial!” jerit Decius. Dia telah mengembara berulang-alik dari Rom ke Jerusalem, semata-mata ingin…

BERTEBARNYA SAYAP LEJION (CI)

Suatu ketika pada tahun 2016 … “Jangan, jangan! Hey, jangan kau sentuh tubuhku!!!!” Ia bagaikan mimpi. Berulangkali ku tampar pipiku dan mengharapkan aku bangun dari mimpi yang aneh ini namun aku masih belum terjaga. Di hospital, kelihatan manusia menanggalkan bajuku yang berlumuran darah, mendedahkan seluruh tubuhku yang pucat tanpa nyawa. Usus besarku yang sudah terburai…

VELOSITI (CI)

“Ada pengimbas retina, pengimbas cap jari dan analisis ‘gait’,” kata Max ketika memeriksa di sekitar hadapan pintu bilik kebal. “Bawakan pengurus bank ke sini,” kata Emma sambil membetulkan balaclava yang dipakainya. Tanpa banyak soal, Anton menarik pengurus bank yang berusia hampir 40an. Dia kelihatan sangat takut, mukanya kelihatan pucat. Matanya tidak lepas merenung Pistol CQB…

METALIA : BERANI MENONGKAH ARUS (CI)

Aku merenung keranda Amy yang perlahan-lahan dibawa turun ke dalam liang kubur. Amy disahkan meninggal dunia akibat mengambil heroin secara berlebihan.  Dia juga mengandung 2 bulan. Elena menangis tersedu-sedu ditepiku. Bahunya kupeluk. Aku tahu Elena paling rapat dengan Amy. Sara hanya membatu tanpa emosi di tepi kubur. Wajahnya diangkat lalu memandangku. Aku hanya menunduk. “Rita,…

MELEBUR PARUT NERAKA DUNIA (CI)

Bukaan kecil pada dinding selku dibuka. Cahaya menerjah masuk menyilaukan mataku. Penderitaanku bakal bermula. Aku tahu. Tubuhku yang telanjang, lemah, dan cedera diheret bagaikan kain buruk lalu dicampak ke dinding. Aku mengerang perlahan. Mengeliat kerana kesakitan dibelakangku. Mataku buka perlahan. Seorang saja kali ini? Apakah ini peluang untuk aku melarikan diri? Dia telah memandang rendah…

JANGAN BERHENTI (CI)

Shasha menekan punat pengelap cermin memandangkan hari hujan. Kereta dipandu perlahan. Hari dah hampir senja. Jambatan Tasik Banding begitu sunyi tanpa sebarang kenderaan. Dia meramalkan dalam masa mungkin 3 jam lagi dia akan tiba di Gopeng. Tiba-tiba dia ternampak seorang budak lelaki duduk di tepi jalan berhampiran dengan birai jambatan. Basikal terbalik di tepinya. Dia…