COLLIDE – HOWIE DAY (PO)

Cahaya mentari menerobosi langsir Menyilaukan Pagi sudah menjelang Malasku membuka mata Bergelumang rutin sama Menuruti putaran dunia Mencari arah tidak terarah Mencari tempat bisa ku panggil rumah Namun saat kau memeluk pinggangku Menarikku kembali ke dalam pelukanmu Selimuti aku dengan belaian mesramu Persetankan dunia … Aku sudah berada di rumah Yang berhawa syurga Dalam dakapanmu…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 9

Sudah 4-5 kali Naela menguap. Entah apa yang paderi bilang dalam khutbahnya juga tidak sedikit pun masuk dalam kepalanya. Xeva nampaknya bersungguh-sungguh memasang telinga. Fikiran Naela hanya melayang pada perbualan penduduk kampung dengan wakil rakyat tempatan bernama Heryanto pada perjumpaan yang diaturkan 2 hari lepas. “Tidak ada apa yang perlu tuan-tuan dan puan-puan risaukan. Proses…

CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 5

Mahu nombor telefonku? Aku terpempan mendengar permintaan lelaki ini. Terpisat-pisat aku berdiri di hadapannya. Tak tahu apa yang mahu ku jawab. Aku gementar kerana ini kali pertama lelaki meminta nombor telefonku. Aku mula menggengam hujung blouseku. Bingung. Lelaki itu melihat pergerakan tanganku, barangkali sedar yang aku kurang senang akan pertanyaannya, seraya berkata, “Kalau tak mahu…

TAKLID BUTA (PO)

Dengar namun pekak Melihat tetapi buta Berfikir tidak menelan Lali dek syair penunggang agama Telunjuk di bibir Usah banyak bertanya Mereka handalan Kita sialan Mereka menurut Tuhan Kalian yang bangsat, harus ikut-ikutan Biar tolol jumud Akal dipakai jangan Terus dari kitab Ini dari Rabb Nerakalah yang menolak Jiwanya kan berbelak Candu agama Lebih enak dihidang…

SUARA-SUARA (PO)

Di sini Di ruang kepalamu Hingar-bingar Walaupun alam sepi Tanpa gangguan Beribu-ribu suara memanggilmu Berteriak minta didengari Namun yang kau dengari hanya bunyi bising Yang tidak berbuah-butir isinya Berkali-kali kau coba memahami Semakin kau coba semakin galau jadinya Barangkali ada satu dua kali Dapat kau fahami suara itu Dan dirimu perlahan-lahan bersalin kulit baharu Kau…

INSIDE ME

Feeding my inner demon. Smiling at the saint in my head, Standing between good and evil, In choosing the fate that lies ahead Between art, love, and lust, how can you be just? Do you love to play God? or clasp your fingers and bow like an angel?