NO – 8. Sakura dan Pedang

Xeva mengasah pedang Exabenanya di ruang santai balkoni rumahnya. Cuaca pagi yang mendung mengizinkan aku membuat kerja yang leceh ini. Exabena merupakan pedang tradisi Rugeva yang berukuran 18 inci, dihiasi dengan pemegang yang indah diperbuat daripada keluli bersulam tembaga merah dan bahagian pommelnya berbentuk daun pakalolo namun dihiasi dengan ukiran awan larat yang cantik. Bagaimanapun…

NO – 7. Mentari Merah

Sudah menjadi budaya di Rugeva barangsiapa yang berbudi, mereka yang menerima budi hendaklah berbahasa. Ariste tahu jika dia menawarkan diri untuk membayar Xeva pasti takkan menerimanya. Ariste menyisip kopi sambil menikmati indahnya pemandangan di waktu petang Persiaran Rasta. Di tangan, buku Puisi Jalaludin Rumi diselak helaiannya satu-persatu. Dia tertarik dengan satu puisi tentang wanita. CINTA…

NO – 6. Dia…Lain Daripada Yang Lain

Ariste merancang untuk menghabiskan hari cutinya dengan membaca buku dan pergi ke gymnasium. Dia segera menggalas begnya, mengambil kunci mobil lalu dan keluar. Di dalam mobil, dia membetulkan cermin sisi kereta lalu dia terpandang pamphlet Kejuaraan Jedie yang bakal berlangsung bulan Ogos ini. Dia menarik nafas dalam. Selain daripada minatnya yang mendalam terhadap liga Jedie,…

NO – 5. Bertahan Dengan Segala Dugaan

Sejak pertemuan yang lalu, ada sekali Ariste cuba menghubungiku melalui Serena. Aku enggan menerima panggilannya. Entahlah…aku sibuk. Aku enggan diganggu masalah hati dan perasaan. Dia seorang Jedie, dia harus tahu betapa sibuknya menjadi Spaite dan Jedie. Dalam usia mencecah 30-an, aku sudah pasti dengan keutamaanku dan aku enggan diganggu dalam memilih keutamaan dalam mengatur hidupku….

NO – 4. Masa Silam Yang Ingin Kulupakan

“Jangan alihkan pandanganmu. Fokus ke hadapan, Publius,” kataku sambil membetulkan kedudukan tangan Publius. Publius berdiri dalam posisi kuda-kuda, bersedia untuk menyerang Akemi, anak murid ku yang tinggi lampai. “Pihak lawan, dari segi fizikalnya, melebihi kamu. Dia tinggi, kamu rendah,” kataku. Akemi tertawa kecil. Publius tersenyum. “Fokus,” kataku tegas. “Apa yang kamu mahu lakukan,Publius?” Publius menggaru…