NO – 2. Ariste

Ariste masih menanti jawapanku.

Hmm…hari sudah jauh malam, Ariste Jedie. Aku kurang selesa dilihat bersama lelaki di dalam kereta tumpangan. Kau pun tahu bagaimana pandangan Parena terhadapku, bukan?”kataku sambil memasukkan kad kredit, cermin, telefon bimbit ke dalam tas ku.

Ariste

Ariste tunduk sebentar. Kemudian mengangkat kepalanya.

“Baiklah, jika begitu kata Xeva Spaite. Aku tidak mahu memaksa,”katanya sambil berdiri di tepi stesen perhentian kereta tumpangan itu.

“Xeva Spaite tidak ada masalah jika aku berada di sini untuk menemanimu sementara kereta tumpangan muncul?”katanya sambil memandang tepat ke arahku.

Aduhai… pandangan itu bisa melemahkan lututku. Apa alasanku lagi? Aku terdiam sebentar, memikirkan jawapan terbaik. Dia terus memandangku dengan pandangan yang redup.

“Hmmm…barangkali boleh saja jika Ariste Jedie ada kelapangan,”jawabku akhirnya. Dia tersenyum.

“Ruang waktu lapang itu satu kemewahan. Namun jika kemewahan itu diluangkan sebentar bersama Xeva Spaite, tidak menjadi masalah rasanya,” katanya sambil duduk berdekatan denganku dalam jarak sekadar sekaki sebagai tanda hormat. Parena tidak seperti mana bandaraya lain yang bebas pergaulan antara lelaki dan wanitanya. Parena masih memandang sinis akan keintiman lelaki wanita tanpa ikatan. Satu perkara yang membuatkan aku cintakan Parena. Di bandaraya ini, masih ada perasaan hormat sesama manusia.

Lelaki dan wanita.

Tua dan muda.

Anak dan ibu bapa.

Manusia dan alam.

Jedie dan Spaite.

Semuanya saling menghormati.

Umumnya, Parena sangat mementingkan nilai tradisi masyarakat Ruvega. Jika di Sogota, kampung halamanku, sudah tidak terlihat anak gadis memakai roba. Di sini, roba bagaikan pakaian wajib anak gadis Parena. Jika tidak dengan kain chiffon, roba kain kapas dijadikan pakaian harian.

“Jauh termenung. Banyak yang difikirkan?” tegur Ariste. Aku tersentak seketika.

“Oh, tidak. Sekadar memikirkan rancangan pengajaran untuk minggu depan. Bagaimana dengan perniagaan Ariste Jedie? Baguskah?,” keluar jawapan spontan dari mulutku.

Ariste mengangguk.

“Perniagaan baik sekali. Keadaan ekonomi kita semakin baik. Jadi banyak juga bangunan yang hendak disiapkan,”ujar Ariste. Selain daripada menjadi Jedie, Ariste adalah seorang jurutera bangunan. Seorang Jedie yang berbakat dan terhormat. Yang aku tahu, zaman muda Ariste, dihabiskan dengan berlatih dan menyertai pertandingan Jedie. Apabila umurnya meningkat 30an, Ariste mengambil pengkhususan kejuruteraan. Kami terus berbual tentang kehidupan masing-masing, tetapi kami banyak tertumpu kepada topik Jedie. Selalunya Jedie adalah topik panas bagi Parena.

Menjadi seorang Jedie bukanlah mudah. Seorang Jedie adalah seorang yang kuat minda, tubuh dan jiwanya. Seorang Jedie perlu lancar matematika nya. Seorang Jedie perlu bijak tutur katanya. Seorang Jedie perlu tangkas dan kuat tubuh badannya. Seorang Jedie perlu cekap penguasaaan komputernya.

Pertandingan Jedie terbahagi kepada 5 :

  1. Agusta – kuiz matematik pantas. Ini adalah pertandingan asas bagi seorang Jedie. Seorang Jedie hendaklah mampu menjawab 100 soalan arithmatik dalam masa 3 minit dalam pusingan kelayakan.
  2. Seperia – debat bebas. Apabila Semua peserta duduk dalam arena dan diberikan penggera. Ketika tajuk diberikan, yang paling pantas menekan butang penggera akan diberi peluang memulakan perbahasan. Setelah tamat hujah, markah akan segera diberikan. Sekiranya dicelah, hujah akan didengari dan diberikan markah. Dan begitulah seterusnya sehingga tamat masa. Yang paling pantas memberi hujah, mencelah dan mendapat markah yang paling tinggi akan diberi peluang untuk ke peringkat seterusnya.
  3. Holbrecht-pertempuran fizikal tanpa senjata. Perlawanan akan ditentukan secara liga.Lelaki atau perempuan juga tidak dibezakan dalam pusingan ini. Dalam pusingan inilah ramai yang kecundang.
  4. Peskiva-pertempuran dengan senjata. Apa saja senjata yang dipilih peserta. Automatik atau tidak. Dalam pusingan inilah ramai yang mati.
  5. Peseta-pertempuran siber. Kepakaran data, hacking dan cracking diperlukan dalam pusingan ini.

Ramai penduduk negara lain yang tertanya-tanya, mengapa Rugeva mempunyai tradisi kepahlawanan yang kompleks. Rugeva merupakan negara kecil. Maka Rugeva memerlukan rakyat yang serba boleh bagi mempertahankan negara yang tercinta. Rugeva tidak mempunyai tentera. Semua hasil negara disalurkan kepada pendidikan. Maka Rugeva sangat menggalakkan dan memandang tinggi mereka yang sanggup bersusah-payah untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu kepahlawanan. Yang dititikberatkan, bukan kekuatan fizikal sahaja, kekuatan mental juga amat penting. Budaya ilmu amat dititikberatkan di sini. Anak-anak diajar cintakan buku sejak usia muda. Waktu petang, selagi daripada bersukan, anak-anak Rugeva berlatih mempertahankan diri sebagai cara beriadah.

Beginilah kami warga Rugeva saban hari.

Angin malam semakin menyejuk. Tubuhku terasa menggigil. Aku merapatkan pelukan tubuhku. Ariste pula sibuk melayan fikirannya sendiri, memandang jauh ke hadapan, melemparkan pandangan ke laut Sascaeae yang berombak perlahan.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, menikmati bayu malam. Hari sudah semakin lewat. Tiada satu pun kereta tumpangan yang kelihatan. Aku mula berasa gusar. Aku kurang senang berdua begini lama-lama, kerana ku tahu ia boleh jadi berita panas di Parena dan aku tidak menyukainya walaupun jauh di sudut hatiku, aku senang bersama Ariste. Sekurang-kurangya dia tidak bongkak seperti Palnera.

Tiba-tiba, Ariste memecah kesunyian.

“Bisa aku tanyakan satu soalan peribadi, Xeva Spaite?” tanyanya sambil perlahan memusingkan badannya ke arahku. Aku terpana sebentar.

“Sekiranya tidak terlalu peribadi, aku akan menjawabnya, Ariste Jedie,”

“Mengapa Jedie?Mengapa Spaite?”matanya tepat memandang ke arahku.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Wow…ini benar-benar soalan yang tidak dijangka.

“Mengapa tidak?”tanyaku kembali. Giliran dia pula menarik nafas dalam.

“Aku tidak berniat mempersoalkan kebolehan Xeva Spaite kerana aku telah melihatnya sendiri. Aku sekadar ingin tahu,”ujarnya sopan.

Aku terdiam sebentar untuk memikirkan kata-kata terbaik untuk diulaskan. Akhirnya aku mengambil keputusan.

 

“Sejujurnya Ariste Jedie, ini adalah soalan yang terlalu peribadi untukku jawab sekarang kepadamu,”

Dia menghela nafas perlahan.

“Baiklah, maafkan aku menyentuh hal peribadimu,”katanya perlahan.

Aku hanya mengangguk perlahan dan mengangkat tangan kiriku separas bahu sebagai tanda aku maafkan.

Tiba-tiba dari kejauhan aku terpandang kereta berwarna kuning menghampiri hentian.

“Bisa aku menaikinya terlebih dahulu?”tanyaku pada Ariste.

“Sudah tentu.Silakan,”katanya lalu bangun dan membukakan pintu kereta tumpangan untukku naiki.

“Hail pasadia,”kuucapkan terima kasih padanya.

“Hail pasadie,” balasnya.Dia menolong ku menutup pintu kereta. Setelah dia kembali ke bangku hentian, aku menurunkan tingkap kereta.

“Ariste Jedie,”

“Ya, Xeva Spaite.”

“Mungkin lain kali saja,”

Ariste mengerutkan dahinya.

“Lain kali apa, Xeva Spaite?”

“Lain kali saja ku jawab soalanmu itu,”

Dia tersenyum lalu mengangguk. Aku pula terus menaikkan tingkap kereta dan mengarahkan supir untuk terus ke Persiaran Sekeva.

Bersambung 3…Menongkah Arus

 

 

 

 

 

 

Advertisements

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s