AKU NAMPAK ALLAH

Cinta? Apa yang kau tahu tentang cinta? Tiada yang lebih tahu tentang cinta melainkan aku, Allah dan habib. Jangan kau temberang kau tahu semuanya tentang cinta. Jangan. Jangan temberang! Kenapa aku yakin aku lebih tahu? Hahahahaha! Bodoh! Kau semua memang dungu. Buta hati dan buta mata. Aku yakin aku lebih tahu kerana aku pernah nampak…

THOUGHTS – MASJID JAMEK ARAKAN

Salam khabar dari Muslim Rohingya di Rakhine, Myanmar. Oleh kerana masjid-masjid telah dimusnahkan oleh penganut agama Buddha, maka Muslim Rohingya membina masjid yang serba lusuh ini. Harapnya tiada keganasan lagi disebabkan masjid ini. Bukankah Buddha menyatakan cinta dan kasih sayang dalam Karaniya Metta Sutta ; … Demikianlah terhadap semua makhluk, dipancarkan pikiran kasih sayangnya tanpa…

THOUGHTS – PENERIMAAN DAN KASIH SAYANG : GOLONGAN AGAMA YANG BONGKAK

Akhir-akhir ini, aku kerapkali bertemu dengan golongan ateis. Golongan ini merupakan golongan bijak pandai serta rajin membaca, juga berpelajaran. Entah bagaimana dan mengapa, mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Aku tidak perlu menyukai pandangan mereka untuk menghormati mereka. Fikiran mereka kritis dan aku senang berbicara dengan mereka. Bila diselami kisah hidup dan pengalaman mereka, masing-masing mempunyai…

THOUGHTS – KENAPA ORANG ISLAM GADUH-GADUH?

Entah kenapa, anak-anak muridku memang sangat terbuka kalau berbicara denganku. Semua perkara mereka akan cerita padaku. Jadi hari ini, datanglah seorang anak muridku yang bermulut banyak, mengajak aku bergosip tentang rakannya. “Teacher, semalam saya nampak Fayaz sembahyang tak betul,” Aku mengerutkan dahi. “Kenapa kamu kata macam tu?” “Sebab masa tahiyat, kan, dia kan, goyang-goyang jari…

THOUGHTS – MANUSIA DAN SANG HYANG

Pagi ini, aku bersarapan di kedai roti canai tidak jauh dari rumahku. Suasana pagi yang tenang mendamaikan fikiran. Aku memerhatikan residen berbangsa Tiong Hua beramai-ramai meruntuhkan khemah bagi Hungry Ghost Festival. Yang paling menarik perhatian aku, adalah dedikasi seorang wanita berusia barangkali pada awal 40an, bertungkus-lumus mencuci tempat sembahyang yang berwarna merah. Bersungguh-sungguh. Selepas dicuci,…

MONOLOG BICARA GABRIEL (PO)

Langit kurenung Berbalam Mana Tuhanku? Kitab di dada Refleksi Pengertian ditatang Bayu berpuput Desis Cita dititip Bicara Ketiga Gabriel Ingin ku capai Belum merunut Harapan Gigih mencari

PELURUS TERJERAT (PO)

Benderang syurga Silau mata pendukung agama Berpeluh dingin di jalan yang lurus Bermula lebar berhujung tirus Berlumbalah anak-anak Adam. Memuja Tuhan siang dan malam Di persimpangan Tegak satu golongan Kanannya lurus, kirinya melencong Tuhan diakui, syaitan dikendong Hati tidak benar-benar hitam Jiwa tidak benar-benar kosong Lalu Azazel bermain wayang Api dihembus pada pelurus-pelurus. Jalanmu sudah…

THOUGHTS – CUBA MEMAHAMI

Aku mencari rujukan apakah yang dipakai oleh golongan Syiah selain daripada Al Quran dan Hadis. Aku dapat tahu bahawa antara kitab yang dipakai oleh mereka adalah Nahjul Balagha yakni koleksi khutbah Ali b. Abi Talib yang juga dibaca oleh sesetengah Sunni. Namun satu lagi kitab yang amat penting bagi golongan Syiah adalah Al Sahifah Al…

KOMEDI MANUSIAWI (PO)

Terpekik Golongan yang satu ini Tuhanku yang satu Yang Maha Hebat Yang paling benar Terlolong Golongan yang lain pula Ku punya Tuhan Bapa, Tuhan Anak Juga Roh Kudus Maka agamaku lebih hebat Terjerit pula Golongan yang satu lagi Bangsa yang dipilih Tuhan Adalah bangsa kami Yang lain hanya sembelihan Laksana biri-biri Sudah penat terpekik-pekik Pedang…

THOUGHTS – MASIH ADAKAH KEMANUSIAAN?

Dengan kekejaman, peperangan dan penindasan yang berlaku di seluruh dunia, baik atas nama agama, bangsa atau negara, seringkali saya hampir hilang harapan dengan kemanusiaan. Sedangkan hampir setiap hari, saya terpaksa menanamkan rasa cinta dan kasih sayang dalam jiwa anak-anak pelarian yang ditindas, yang pernah melihat pembunuhan kejam, yang pernah didera secara mental, fizikal dan seksual…

THOUGHTS – KEJATUHAN TAMADUN ISLAM YANG GEMILANG (2)

Dalam posting yang lalu, saya ada membincangkan tentang bagaimana tamadun gemilang Abbasiyah dibina. Menarik untuk dilihat sebenarnya punca-punca masyarakat Islam maju ketika itu adalah kerana sikap mereka sendiri yang begitu berdaya maju dalam mencari ilmu. Hari ini kita akan bincangkan mengapa ia runtuh pula. MENGAPA TAMADUN ISLAM MEROSOT 1. BERKEMBANGNYA ALIRAN ASH’ARIYYAH Aliran ini diterajui…

KEJATUHAN TAMADUN ISLAM YANG GEMILANG (1)

Aku gemar benar mengkaji persoalan-persoalan sejarah kerana aku percaya manusia akan belajar melalui kesilapan lalu. Terus persoalan yang masih aku kaji sehingga kini dan masih menjadi kegilaan aku adalah mengkaji kejatuhan kegemilangan tamadun Islam. Mengapa Muslim yang gah seantero dunia suatu ketika dulu, kini rebah tidak terbangun lagi? Muslim sering membanggakan tamadun Islam yang mekar…