THOUGHTS – ALANGKAH RAPUHNYA KEHIDUPAN MANUSIA …

Dua-tiga hari ini, aku ambil cuti mengajar kerana jiranku, yang membahasakan dirinya sebagai Ummi, berbangsa Iran-Amerika dan sudah berusia dalam pertengahan 60 tahun itu, tiba-tiba jatuh sakit. Sebatang kara, anak jauh di ‘United States’, takkan pula aku nak membiarkan dia keseorangan. Anak lelakinya menelefon aku pagi tadi, memohon pertolongan aku untuk menjaga ibunya sementara dia mencari jalan untuk pulang ke Malaysia.

Kata doktor, dia diserang ‘Transient Global Amnesia’, sejenis kondisi neurologikal yang menyebabkan dia kehilangan memorinya begitu sahaja. Dia takkan ingat apa yang berlaku sekarang, mengapa tiba-tiba dia duduk. Dia akan mengulang-ulang ayat yang sama dan soalan yang sama. Dia tidak tahu sama ada dia sudah makan atau tidak, atau apa yang dibuatnya 2 jam lepas. Kondisinya yang mengelirukan ini menyebabkan jiwa tuanya terlalu sensitif, sehingga dia mengalirkan air mata. Aku membawanya ke hospital, dia diberikan suntikan. Diperhatikan oleh doktor dalam masa 4 jam, dan dibenarkan pulang. Aku lebih suka dia tinggal di hospital, kerana Ummi bukanlah seorang wanita tua yang tahu duduk diam, atau berehat. Dia sentiasa aktif. Tambahan pula dia adalah pendakwah Islam yang terkenal di kawasanku. Namun kata doktor, boleh kembali ke hospital jika ‘panic attack’ itu terjadi lagi, maka aku akur. Dia ku bawa pulang.

Jadi malam ini, aku akan bersamanya, tidur di rumahnya untuk memastikan dia benar-benar OK. Sekarang dia sedang bersembahyang, membaca Quran. Aku dengar sayu sahaja suaranya memohon pertolongan Tuhannya, redha dengan apa yang berlaku padanya, dan memohon diberikan kekuatan. Secara tidak langsung, memberikan aku keinsafan. Alangkah rapuhnya kehidupan kita sebagai manusia! Bila-bila sahaja, jika Tuhan ingin menarik memori kita begitu sahaja, Dia mampu lakukannya. Memori juga merupakan kenikmatan Tuhan yang tiada bandingannya. Begitu juga dengan kesihatan, kestabilan ekonomi, keamanan dan ahli keluarga kita.

Sejauh mana kita menghargai nikmat ini? Ada di antara kita yang berpusu-pusu mengejar wang pagi-petang-siang-malam, sepertinya dalam kehidupan ini, wang sahaja yang paling penting. Tidak, saudaraku. Hargailah nikmat yang lain juga. Kerana nikmat itu diberikan kepada kita secara percuma. Benarlah, manusia akan ‘take for granted’ semua benda percuma, sehinggalah dia kehilangannya.

Ummi sudah selesai sembahyang. Dia menghampiriku.

“Do you want to have something for dinner?”

Aku senyum padanya. Kami sudah pun makan malam bersama pukul 6.30 petang tadi. Amnesianya datang lagi. Aku katakan padanya yang aku tidak lapar.

“You know what? I am not hungry too. As if I already ate something,”

Aku senyum lagi. Tangannya yang berkedut seribu itu aku capai dan aku cium. Aku menyuruhnya kembali berehat dan jangan berfikir apa-apa lagi.

Kasihan Ummi.

Malaysia 3 Oktober 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s