CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 21

Mata Justo meliar mencari kelibat Xeva. Dia terlihat kaki kecil berkasut Converse biru yang lusuh di bawah pentas, sedang merangkak perlahan ke dalam. Justo tahu, keadaan masih tidak selamat di sana. Menggunakan inteleknya sebagai seorang jurutera, Justo yakin pentas itu tidak akan bertahan lama. Xeva akan dihempap pentas itu. Justo melompat ke tanah lalu menyusup ke bawah pentas. Xeva terbaring sambil menggosok belakangnya, yang kesakitan akibat impak kejatuhannya tadi.  Dia bergolek perlahan ke kiri dan kanan. Wajahnya berkerut menahan kesakitan.

“Eve, are you OK?!” jerit Justo. Xeva mengangkat kepalanya. Dia agak terperanjat melihat Justo. Mulutnya bagai terkunci.

“Damn it, Eve. Are you OK?!”

“Yes, I’m alright!”

Justo menarik tangan Xeva keluar. Kepala Xeva ditundukkan ke bawah lengan kirinya. Tubuh Xeva dipeluk rapat kepadanya lalu dia berlari, sambil mengelak orang kampung yang sedang bertempiaran. Xeva pula cuba mengecilkan dirinya sebaik mungkin dan sedaya-upaya cuba mengikut langkah Justo yang panjang. Dari sebelah kanannya, kelihatan seorang lelaki sedang meluru ke arah Xeva dengan pantas. Justo ternampak sesuatu yang berkilat di tangannya. Pisau! Mata Justo membeliak. Lelaki itu tidak memperlahankan langkahnya. Pisau diangkat tinggi. Dengan pantas, Justo memusingkan tubuh Xeva ke sebelah kiri, mendedahkan bahu kanannya, menyambut tikaman itu. Justo menjerit kuat. Lelaki itu sangat terperanjat. Justo menahan kesakitan itu, sambil matanya cuba menangkap semua ciri-ciri wajah lelaki itu secara terperinci. Lelaki itu sederhana tingginya. Mata berbentuk badan. Mulutnya sedikit menyenget ke sebelah kiri. Dengan pantas lelaki itu melarikan diri.

“Darah … Justo!!” jerit Xeva apabila dia sedar ada pisau tertancap pada bahu Justo. Justo menarik nafas dalam, menahan kesakitan yang menyengat pada bahunya, membawa Xeva ke tempat yang lebih selamat. Mereka berlari ke arah van pasukan medik yang telah bersedia di tepi jalan. Sukarelawan medik menarik Justo ke dalam van lalu dibaringkan atas stretcher. Xeva duduk di sebelah Justo. Wajahnya kelihatan risau. Justo tersenyum sedikit memandangnya dalam kesakitan.

“Risau juga kau padaku,” kata Justo dalam hati.

Pisau ditarik oleh sukarelawan medik itu. Justo menjerit kuat. Xeva mengigit belakang tangannya. Dia menggosok bahu kiri Justo perlahan.

“Lukanya tidak dalam. Kami akan letakkan gel-sealant sahaja. Tolong pergi ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” ujar sukarelawan itu. Setelah membalut luka Justo, sukarelawan itu turun meninggalkan mereka berdua seketika. Justo memejamkan matanya, menahan kesakitan. Dia dapat merasakan jari-jari halus Xeva menggosok bahunya. Dia membuka mata lalu menatap wajah Xeva. Dia kelihatan risau.

“Jangan risau. Luka kecil saja.”

Tangan kirinya cuba mengelus pipi Xeva, tapi Xeva mengelak. Dia tidak memandang wajah Justo. Dia menarik nafas, menahannya seketika. Pipi dikembongkan lalu nafas dilepaskan perlahan. Seolah-olah dia berperang dengan fikirannya sendiri. Pandangannya dilemparkan pada dinding van. Marah lagi nampaknya. Justo cuba bangun untuk duduk menghadap Xeva. Baru saja Justo hendak memulakan bicara, ada 2 orang pegawai polis menghampiri mereka.

“Cik Xeva, anda ditahan kerana merancang rusuhan.”

Dengan tenang, Xeva turun dari van dan menyerahkan pergelangan tangannya untuk digari. Xeva seolah-olah telah bersedia untuk perkara ini. Justo bangun untuk mengikutinya.

“Kau tak payah ikut. Aku ada peguam aku sendiri. Tinggal saja di sini.” kata Xeva, tegas.

Dari dalam van, Justo sedar yang demonstrasi telah tapat dan keadaan telah dikawal. Beberapa orang telah ditahan polis, menanti di dalam Black Maria. Sementara itu, jelas kemusnahan dan sampah bertaburan di hadapan bangunan utama Trans-Pacific Landmark. Sebagaimana yang dijangka oleh Justo, pentas yang digunakan oleh Xeva untuk berucap telah ranap dibantai dan dirempuh oleh para demonstrator.

Xeva dibawa ke tepi jalan di mana sebuah Black Maria menantinya. Apabila sedar yang Xeva telah ditahan, ahli Bar Council mengikuti Xeva, begitu juga dengan ahli Amnesty International dan Human Rights Watch. Sebelum dibawa naik ke Black Maria, seorang ahli Bar Council berbangsa India memegang bahu Xeva dan membisikkan sesuatu. Dia juga berbicara tenang dengan pegawai polis yang membawa Xeva. Bagikan bersetuju dengan sesuatu, mereka mengangguk kemudiannya menaikkan Xeva ke dalam Black Maria. Pegawai-pegawai polis cuba menolak pihak media yang berpusu-pusu mengerumuni Xeva. Xeva tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak media, sebaliknya tenang duduk di dalam kenderaan polis itu. Justo mencapai kemejanya yang berlumuran darah, kemudian disarung, dan dibutangkan. Dia melompat dari van membontoti sukarelawan sosial yang mengikuti Xeva. Dia takkan tinggalkan Xeva seorang diri setelah apa yang berlaku.

***

Xeva ditahan reman selama beberapa hari. Beberapa hari juga, Justo berulang alik ke balai polis. Memastikan Xeva dalam keadaan selamat. Dia agak terganggu melihat Xeva dalam pakaian preman berwarna jingga dan berkaki ayam. Dia kelihatan seperti tidak cukup tidur dan sangat letih. Walaupun Xeva enggan bertemu atau bercakap dengan dia, Justo tak ambil hati. Justo bercadang untuk biarkan dia sejuk hatinya terlebih dahulu. Justo juga membuat laporan polis berkenaan dengan tikaman di bahunya dan menyatakan secara jelas serangan itu sebenarnya ditujukan pada Xeva.

Telefon bergegar seketika.

“Jay, are you alright? I heard that you have been stabbed in the demonstration in front of Trans-Pacific Landmark main office. What are you doing over there?” kedengara suara Juninho begitu risau.

“It’s OK, pa. Nothing serious. My girl is the lead demonstrator,”

“Your girl is … what?” Juninho terdiam seketika. “We need to talk about that, son.”

Justo bersetuju dengan papanya. Memang dia mencari-cari waktu untuk berbincang dengan papanya berkenaan dengan perkara itu. Mereka menetapkan satu waktu untuk berjumpa dan berbincang tentang perkara ini.

Setelah membayar wang ikat jamin untuk Xeva, dia menanti Xeva di perkarangan balai polis. Xeva agak terkejut melihat Justo. Dia mengeraskan riak wajahnya dan berlalu begitu sahaja, menuju ke perhentian teksi. Justo hanya mengikutinya.

“Jom. Aku hantar kau pulang,”

“Tak apa. Aku bisa pulang sendiri,”

“Eve!” Justo terpaksa meninggikan suaranya. Sabarnya semakin hilang. Dia bimbangkan Xeva dan dia tidak mahu Xeva pulang seorang diri. Manusia lain yang berada di perhentian itu memandang mereka dengan kurang senang. Xeva serba-salah. Dia masih membatu, enggan bergerak. Justo memegang tangan Xeva, lalu direntap Xeva, kasar. Justo menarik nafas dalam.

“Kau tak beri aku pilihan lain.”

Dia memandang Xeva, lama. Kemudian dia menarik tangan Xeva pantas lalu mendukung Xeva di atas bahu kirinyanya. Budak pendek ni, tidak seberat mana pun. Justo terfikir, jikalau ada sesiapa yang mahu menculik Xeva, alangkah mudahnya, disebabkan saiz tubuhnya yang kecil itu. Xeva meronta kuat. Dia memukul belakang Justo berkali-kali. Manusia-manusia di perhentian itu hanya memandang telatah pasangan kekasih ini tanpa kata.

“Kau dah gila ke? Turunkan aku!!!”

Justo tidak memperdulikan kata-kata dan pukulan Xeva, membawanya terus ke tempat letak motorsikal. Barulah dia turunkan Xeva. Xeva menolak dan memukul dada Justo berulangkali. Marah benar dia. Justo hanya menahan tanpa kata.

“Berani kau. Memang kurang ajar-” kata-kata Xeva terhenti di situ sahaja apabila Justo menarik wajah Xeva lalu mengucup bibirnya. Tangannya memegang pipi Xeva lalu dielus perlahan dengan ibu jarinya. Kemudian, dengan perlahan, Justo melepaskan bibir Xeva. Sekian lama dia ingin melakukannya. Dia sangat rindukan Xeva. Sudah hampir  2 minggu dia tidak berbicara dengan Xeva sejak perang besar antara mereka di Hotel Julienne’s Palace. Bibir Xeva terasa dingin dan kaku. Barangkali terkejut.

Mata Xeva masih terpejam. Itulah pertama kali dia dicium lelaki. Dengan Justo Adrian pula. Tubuhnya terasa dingin. Perlahan Xeva membuka mata. Matanya terkebil-kebil memandang Justo. Dengan pantas, pandangannya ditundukkan. Wajahnya bertukar kemerahan. Tangannya mengipas pipinya. Pipinya dikembongkan, kemudian nafas dilepaskan perlahan. Xeva kelihatan bingung dan pening.

“Comel pula, macam nak cium sekali lagi,” kata Justo dalam hati. Justo tersenyum melihat reaksi Xeva.

“Aku … nak cakap apa tadi?” tanya Xeva, tanpa memandang wajah Justo. Tangannya memegang belakang lehernya.

“Entah,”- dia memakaikan helmet pada Xeva. Dia menghidupkan enjin Aprilianya. “Naik,” arah Justo. Xeva hanya mengikuti arahannya tanpa sebarang kata. Justo tersenyum. Tangan Xeva ditarik ke pinggangnya. Xeva tidak membantah juga. Justo fikir tindakannya memang tepat pada waktunya.

“I should have kissed her more …” kata Justo dalam hati.

***

Wajah Heryanto pucat lesi memandang wajah Juninho yang menyinga.

“My son was stabbed. If anything happens to my son, you will be held responsible!” tempik Juninho. Sean memegang bahu Juninho, menenangkan sahabatnya yang naik angin.

“Kita kena ada rancangan lain. Budak perempuan tu telah membuatkan banyak mata memandang kita,” kata Sean perlahan sambil menggosok dagunya. Heryanto mengangguk tanda setuju. Juninho tidak berkata apa-apa. Dia hanya mengepalkan tangannya lalu menumbuk kuat meja, mengejutkan Sean dan Heryanto.

Keadaan menjadi semakin kompleks apabila Juninho sedar yang budak perempuan itu adalah kekasih anaknya.

Bersambung

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s