THOUGHTS – KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA ; MENENTANG PENINDASAN ROHINGYA

Lewat petang tadi, aku bersama rakan-rakan sukarelawan yang lain berbicara tentang masa depan anak-anak Muslim Rohingya di bawah jagaan kami. Kebanyakan mereka sudah menguasai skil membaca, menulis dan mengira.
 
Yang kami bimbangkan adalah, skil ini sahaja tidak cukup untuk mendepani masa depan di Malaysia. Sedangkan graduan sarjana muda juga sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup. Inikan pula mereka yang tidak ada kelayakan akademik. Maka kami sepakat, untuk memperkenalkan coding dan program pengaturcaraan komputer kepada mereka. Cabaran kami adalah untuk mencari dana bagi mendapatkan komputer yang cukup. Namun begitu, kami tak pernah risau. Kerana kami tahu rakyat Malaysia seringkali prihatin kepada bangsa ini.
 
Usai mesyuarat, aku pulang ke kelas dan aku lihat, Fatama sedang duduk berteleku di tepi longkang, kelihatan muram dan sedih. Aku pegang bahunya dan bertanya jika dia ada masalah.
 
“Ada serangan di Masjid Rakhine. Datuk saya tercedera. Saya nak balik tengok datuk. Datuk seorang diri di sana.”
 
Airmatanya bergenang. Aku mengeluh lalu menariknya ke dalam pelukanku. Barangkali, ini sahaja yang dapat aku tawarkan. Sebagai sukarelawan yang pernah ke Rakhine, aku maklum bagaimana keadaan di sana. Kini, setelah Aung San Suu Kyi berkuasa bersama Htin Kyaw, keadaan tidak bertambah baik, malah lebih banyak masjid dan penempatan warga Rohingya dimusnahkan.
 
Sehingga sekarang, Doctors Without Borders masih lagi diharamkan untuk masuk ke penempatan Rohingya. Rakanku, John Sparks daripada Channel News 4 juga tidak dibenarkan masuk lagi ke kawasan itu. (John Sparks pernah berlegar dengan helikopter di sekitar Langkawi dan Kuala Perlis pada suatu ketika untuk mencari bot-bot pelarian yang masuk ke Malaysia untuk kami bantu mereka. Terima kasih, John).
 
Kami telah menghantar surat bantahan kepada Kerajaan Malaysia agar menghentikan sebarang hubungan perdagangan dengan Kerajaan Myanmar sehingga isu Rohingya diselesaikan, namun cadangan kami dipandang sepi. Apa lagi daya kami? Kami hanya punya tangan yang kecil untuk menggerakkan bongkah besar penindasan terhadap Muslim Rohingya ini. Bangsa ini adalah bangsa yang paling tertindas di dunia. Kerajaan Myanmar tidak pernah anggap mereka sebagai manusia.
 
Lalu apa yang boleh kita buat untuk menyebarkan kecintaan sesama manusia bagi membantu bangsa tertindas ini? Saya seru rakan-rakan dumay, tidak kira apa bangsa atau agama, gunakan kekuatan sosmed untuk menimbulkan kesedaran orang ramai perihal isu ini. Jangan harapkan media. Al Jazeera telah lama diharamkan masuk ke bumi Rakhine, begitu juga dengan banyak lagi media lain. Mulakan petisyen, atau tandatangani sahaja petisyen di bawah dan share agar rakan-rakan dan keluarga turut bersama membantu mereka. Biarkan suara kita didengari untuk membantu saudara kita.
 
Malaysia 21 September 2016
 
Berita tentang pemusnahan masjid
 
 
Petisyen untuk kerajaan US
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s