CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 19

Di mana Benny?

Aku mengerling pada jam tanganku. Ah … sudah pukul 2.30 petang. Sudah setengah jam lewat. Adakah aku patut pulang sahaja? Lantas aku membangunkan punggungku, menggalas beg dan bersedia untuk beredar.

“Xeva!” kedengaran suara Benny menjerit dari jauh. Aku berpaling, bercekak pinggang, berpura-pura marah padanya.

“Lambat! Ke mana saja engkau?”

Benny menekan dadanya. Dia termengah-mengah, berlari dengan badannya yang besar dan perut yang gedempol. Peluh di dahinya dikesat. Benny menarik seluar slack berwarna kelabu yang sudah melorot ke bawah pinggangnya. Xeva hanya tersenyum melihat telatah lucu Benny.

“Traffic jam. Sorry.”

Dia menyerahkan sekeping kad perniagaan.

Antoine Hidayat. Banquet Manager. Hotel Julienne’s Palace.

Aku menghadiahkan Benny dengan senyuman yang paling manis. Tangannya kugenggam. Benny membalas senyumanku.

“Terima kasih, Benny,”

“Ya, kasihmu kuterima,” – aku menampar bahu Benny yang tersengih gatal. “Buat yang terbaik. Aku yang memberi namamu pada pengurus itu. Dia mencari penyair terbaik, aku titipkan namamu. Jangan malukan aku. Aku tahu kau memerlukan wang untuk biaya hospital ayahmu.”

Aku tersenyum tawar. Wajah Benny kupandang. Airmata cuba ku tahan. Walaupun Benny tidak lagi tinggal di kampung setinggan itu, namun dia tidak pernah melupakan aku. Sewaktu kecil, Benny seringkali dibuli kerana tubuhnya yang gemuk dan pendek. Akulah yang sering membelanya walaupun aku juga tidaklah setinggi mana. Fizikalku 2 kali lebih kecil dari Benny, cuma semangatku yang lebih besar darinya. Berkali-kali dia berjanji padaku yang dia akan menjaga aku sehingga dewasa malah akan kahwin denganku jika tiada yang mahukan aku. Lucu sekali jika dikenangkan waktu kecilku. Benny bernasib baik. Ibu bapanya berjaya membawa dia keluar dari kelas kemiskinan. Keluar dari menjadi kampung itu dan menempa nama di ibu kota. Aku memegang bahu Benny.

“Aku takkan malukan kau, Ben.”

***

“Papa, can I see you?” Justo cuba menghantar SMS pada papanya yang tidak menjawab panggilannya beberapa kali. Justo khuatir. Jika perkara ini diketahui Xeva, habislah segala kepercayaan Xeva padanya. Ia harus diselesaikan segera.

“Sorry. Was in a meeting. Come to uncle Sean’s corporate party tonight. I’ll see you there.”

Justo menarik nafas perlahan. Dia mengerling pada jam tangannya. Sudah pukul 6.30 petang. Dia membuka kad jemputan daripada rakan perniagaan ayahnya, Sean. Black Tie Required. Itulah kod pakaiannya. Pastinya ia adalah parti yang gemilang.  Mungkin ia adalah perasmian projek atau pelaburan terbaru. Justo sendiri tidak pasti. Ia tidak dinyatakan dalam kad. Dia mencapai kunci Aprilia Tuononya.

***

“Eve, kau cantik sekali!”

Begitulah reaksi Andy dalam Whatsapp Audio ketika foto aku memakai gaun malam biru firus yang mewah, dengan hiasan rhinestones yang berkilau ini kukirimkan melalui Whatsapp ibu. Gaun ini dipinjamkan oleh Antoine untuk majlis ini. Aku pandang diriku di cermin panjang dalam bilik persalinan itu. Aku betulkan sedikit rambutku yang telah disanggul indah oleh jurumekap hotel. Inilah pertama kali aku bergaya mewah. Aku rasa aku patut berterima kasih kepada Benny. Jika tidak, pastilah aku tidak merasa untuk berpakaian begini. Aku juga telah meminta pihak hotel menyediakan headset microphone. Aku tidak mahu rasa gementarku terlihat ketika aku memegang mikrofon biasa. Lebih buruk jika aku terjatuhkan mikrofon. Bukankah memalukan? Alangkah bagusnya jika Justo berada di sini untuk menghilangkan rasa gemuruh ini.

“Sorry, aku tak boleh hadir menyaksikan persembahanmu. Aku ada temujanji penting malam ini.”

Begitulah Whatsapp dari Justo. Ah … apa saja yang lebih penting dariku? Aku menepuk dahiku sendiri. Justo harus bekerja, bukan? Begitulah aku bermain kata dengan diriku sendiri. Bagaikan manusia terencat akal, aku berbual seorang diri. Barulah aku sedar yang jurumekap itu memerhatikan aku dengan pandangan curiga. Aku berpaling padanya, mengangkat bahu lalu menghadap cermin. Lebih baik aku terus menghafal bait-bait puisiku sebelum mendeklamasikan ia di pentas nanti. Mana tahu lebih banyak rezeki yang datang?

“Cik Xeva, dah tiba waktunya.”

Satu wajah gadis comel berkemeja putih dan berskirt hitam muncul di pintu menjemputku. Aku menarik nafas sedalamnya. Xeva, buktikan keupayaanmu! Ini mungkin boleh jadi detik yang akan mengubah kehidupanmu serta-merta.

***

Justo mengambil tempat di sebelah papanya setelah semua orang di meja VIP itu dijabat tangannya. Papa kelihatan begitu segak dan berkarisma. Itu juga menjadi sebab mengapa papa adalah heronya. Papa sentiasa kelihatan berkaliber, memancarkan aura kepimpinan yang hebat. Juninho memeluk anaknya. Dia rindukan Justo. Justo berkira-kira bilakah waktu yang sesuai dia membuka perbincangan. Dia tidak pasti jika ini waktu yang sesuai. Papanya dan Uncle Sean terlalu sibuk melayan tetamu. Tetamu kehormat merupakan seorang putera diraja dari negara seberang, yang juga merupakan pelabur terbesar dalam Trans-Pacific Landmark.

Justo menarik nafas sedalamnya. Dia cuba bersabar, menanti saat yang sesuai untuk berbicara dengan papanya.

“We have a surprise for you, Sir,” Justo terdengar papanya berkata pada Yang Amat Mulia Tengku Dzulfikar. Wajahnya menjadi ceria.

“We would like to invite Miss Xeva Ariyanti, a prominent star in literary scene. Miss Xeva is a resident poet in one of the distinguished poetry community called Bintang 7. She will recite a poem called ‘Like This’ by Jalaludin Rumi,” terdengar pengerusi majlis bersuara.

“How classy. Thank you, Juninho,” kata Yang Amat Mulia Tengku Dzulfikar sambil menepuk belakang tangan Juninho.

“We know how much you love Rumi.”

“Ya Tuhanku,” kata Justo, perlahan. Dia menggengam tangannya dengan kuat. Perkara yang paling ditakutinya, pasti akan terjadi sekiranya dia tidak bergerak meninggalkan majlis sekarang. Justo bangun dari tempat duduknya. Juninho menarik tangannya.

“Where are you going?”

“Something came up, papa. I have to go,”

“Go after this event is over. It’s very rude to leave the event half-way. You know better.”

Perlahan Justo kembali duduk. Dia cuba menutup wajahnya dan mengelak daripada memandang pentas. Sesekali dia mengerling pada Xeva yang kelihatan begitu anggun dalam gaun malam berwarna biru firus. Dia berharap dapat melihat Xeva sebegitu dalam situasi yang lain. Bukan situasi begini.

Xeva bersajak dengan penuh perasaan, sebagaimana yang diketahui Justo. Tubuh dan gerak gerinya bagaikan mewarnai perasaan Jalaludin Rumi ketika menulis puisi ini. Sesekali memejamkan mata dan menyampaikan puisi tersebut dengan nada dan gaya yang penuh sensual. Suara baritone Xeva sememangnya sesuai untuk puisi begini.  Nampaknya rasa gemuruhnya dapat dikawal dengan baik. Yang Amat Mulia Tengku Dzulfikar bertepuk tangan dengan teruja sekali.

“Call her here, so I can give her a gift. She’s great. I am impressed.”

Shit! Kata Justo dalam hati. Ke mana lagi dia nak lari?

“Wow! Miss Xeva certainly has changed the mood for this evening. Trans-Pacific Landmark Gala Night would be dull without her performance,”

Serta-merta wajah ceria Xeva berubah rupa setelah mendengar kata-kata pengerusi majlis. Dia berpaling ke belakang pentas untuk melihat backdrop pentas. Justo sedar tubuh Xeva bagaikan sedikit terhuyung-hayang setelah melihat backdrop pentas yang bertulis ‘Trans-Pacific Landmark Gala Night’. Pengerusi majlis membawa Xeva ke meja VIP yang terletak di tengah-tengah dewan. Wajah Xeva kemerahan. Mungkin dia tidak tahu yang dia akan membuat persembahan untuk Trans-Pacific Landmark. Begitu juga dengan Justo. Yang Amat Mulia Tengku Dzulfikar menyampaikan sampul berisi duit kepada Xeva, dan Xeva menyambutnya dengan tangan yang menggigil. Juninho memperkenalkan Xeva kepada Uncle Sean dan dirinya sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu. Justo merasakan sekiranya dia punya kuasa halimunan, pastilah ini waktu terbaik untuk dia menghaibkan diri dari situ.

“And this is my son, Justo Adrian,” kata Juninho sambil menarik tangan Justo yang sekian lama menutup wajahnya.  Jantungnya berdegup kencang tatkala mata mereka bertemu. Xeva membuntangkan matanya.  Dia hampir rebah.

“Are you OK?” tanya Juninho pad Xeva, Xeva mengerutkan dahinya,

“I don’t … feel too well. I have to go. Thank you.” ujar Xeva dengan nada suara yang bergetar. Dia segera berlalu. Justo mengikuti Xeva sehingga ke belakang pentas lalu menarik tangan Xeva. Xeva merentap tangannya.

“Don’t touch me!!”jerit Xeva sekuat hatinya. Marah benar nampaknya,

“Just listen …”

“Just shut up!!”

Xeva masuk ke dalam bilik persalinan. Setelah beberapa ketika, dia keluar dengan wajah dan mata yang merah. Pipinya basah. Barangkali telah dibasuh berulangkali dengan air. Dia kembali dalam jeans dan T-shirtnya. Justo menahan Xeva. Xeva menolak dada Justo dengan keras sehingga Justo terdorong ke belakang, dan terus berlalu. Kuat pula Xeva ketika marah. Justo tahu, kini amarah Xeva memuncak. Keputusan Justo untuk berdiam diri tentang siapa dirinya telah memakan diri sendiri. Justo hanya mampu memandang  Xeva yang membelakanginya dengan penuh kepegalan.

Xeva cuba menghidupkan skuternya. Namun skuternya tak mahu hidup. Berkali-kali dia cuba. Justo hanya membatu ditepinya tanpa sebarang kata.

“Shit! Waktu nilah kau nak rosak ya! Bodoh! Bodoh!” Xeva menendang tayar hadapan skuternya berkali-kali dengan sneakers Conversenya yang hampir lusuh. Bibirnya diketap menahan marah. Justo cuba menahan keras dirinya dari ketawa kerana comel sekali Xeva walaupun dalam keadaan marah. Dia pendek, cemerkap tetapi sangat garang ketika marah. Xeva terus turun ke bawah lereng perkarangan hotel yang terletak di atas bukit.

“Eve, kau nak ke mana?”

Xeva tidak menjawab. Justo menarik tangan Xeva. Xeva merentap tangannya sekali lagi, dan mengangkat jari telunjuk sebagai memberi amaran keras kepada Justo supaya tidak menyentuhnya. Justo mengangkat kedua-dua belah tangannya.

“Di sini tak ada teksi. Bas pun tak ada. Please. Aku tahu kau marah sekarang. Sekurang-kurangnya benarkan aku hantar kau balik, nanti kita bincang.”

Sepanjang perjalanan, Xeva tidak bersuara. Dia juga tidak memeluk Justo seperti biasa. Justo hanya boleh bayangkan betapa marahnya Xeva dengan situasi ini. Setelah sampai di rumahnya, Xeva menyerahkan topi keledar Justo lalu berpaling dan terus menutup pintu. Tanpa berpaling dan mengucapkan selamat malam seperti selalu. Barangkali Xeva memerlukan waktu untuk bertenang.

Justo hanya mampu mengeluh dengan penuh kekesalan. Situasi kini berada di luar kawalannya. Bagi Xeva pula, memang benar, malam ini adalah malam yang mengubah hidupnya serta-merta. Dia menyembamkan wajahnya ke bantal dan menjerit sekuat-kuat hatinya.

***

“Bala apakah ini, Jesus? Sudahlah ayah di hospital, wang aku juga tidak cukup. Kini Justo pula menjadi orang yang begitu asing. Berikan aku kekuatan,” aku merintih sendiri. Airmataku mengalir laju, membasahi bantalku sepanjang malam. Hatiku tidak dapat menerima pengkhianatan ini. Kepalaku sakit. Hatiku panas.

Bagaimana Justo tega membiarkan papanya memusnahkan rumahku, kehidupanku dan semua penduduk kampung? Mungkinkah Justo juga bersubahat? Di depanku menguntum cinta dan kasih sayang.  Di belakangku, menginjak maruahku, mungkin juga mengetawakan perjuanganku, menghina orang-orang yang aku kasihi? Aku mengetap bibir begitu kuat sehingga hampir melukakan bibirku. Kesakitan sudah tidak terasa lagi. Aku takkan maafkan Justo dan papanya. Aku akan menentang mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir.  Pergi mati kau, Justo Adrian.

Bersambung

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s