THOUGHTS – PENERIMAAN DAN KASIH SAYANG : GOLONGAN AGAMA YANG BONGKAK

Akhir-akhir ini, aku kerapkali bertemu dengan golongan ateis. Golongan ini merupakan golongan bijak pandai serta rajin membaca, juga berpelajaran. Entah bagaimana dan mengapa, mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Aku tidak perlu menyukai pandangan mereka untuk menghormati mereka. Fikiran mereka kritis dan aku senang berbicara dengan mereka.

Bila diselami kisah hidup dan pengalaman mereka, masing-masing mempunyai kisah silam yang begitu rahsia. Semuanya memberi kesan kepada kepercayaan mereka terhadap Tuhan. Sebab utamanya adalah, sikap golongan beragama yang terlalu taksub dengan kebaikan diri serta suka menghakimi orang lain. Biar agama apa pun. Terutamanya, Kristian dan Islam. Golongan ini gemar sekali menerakakan mereka yang tidak sama pandangan dengan mereka. Terkadang manusia intelek yang suka bertanya soalan-soalan filosofi, mereka menolak untuk berbicara dengan golongan ini secara matang dan waras, maka golongan ini merasa begitu tersisih. Mereka membuat kesimpulan ;

“Jika mempercayai kewujudan Tuhan, menjadikan aku seperti golongan ini, maka biar saja aku kekal tidak berTuhan.”

Nah, manusia Kristian dan Islam sama-sama berkongsi dosa, mengeluarkan manusia dari tali Tuhan. Bukankah lebih baik jika kita berusaha untuk memahami pandangan mereka, menunjukkan kasih sayang, menerima mereka dalam kelompok kita? Mudah-mudahan, mereka mengerti mengapa kita memilih untuk mempercayai kewujudan Tuhan.

Sikap yang sama juga ditunjukkan oleh manusia Kristian dan Islam terhadap golongan homoseksual. Bukan sahaja enggan menunjukkan penerimaan dan pemahaman, malah mencerca dan sudah menjadikan mereka sebagai ahli neraka, walhal kecenderungan mereka disebabkan hal biologi tubuh, dan mungkin kerana cara mereka dibesarkan. Tahukah kau bagaimana hidup manusia yang merasa terperangkap dalam tubuh sendiri, kemudian dicerca sepanjang hidup? Golongan ini, ramai sekali yang ingin kembali kepada jalan Sang Hyang Tunggal, namun kerana sikap golongan agama yang prejudis, telah menjauhkan mereka daripada jalan cahaya itu.

Sesekali cuba kau layari laman web, dan lihatlah kelakuan-kelakuan manusia beragama ini yang tidak ubah seperti kanak-kanak sekolah dasar atau sekolah rendah. Saling merendahkan antara satu sama lain. Malah berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa yang lebih diterima Tuhan dan siapa yang lebih berkasih sayang. Sehingga berlumba mengira berapa banyak perkataan ‘cinta’ di dalam kitab masing-masing. Apakah dengan banyaknya perkataan ‘cinta’ dalam kitabmu akan menjadikan kau manusia yang baik dengan sendirinya atau dengan kau sendiri yang meluahkan rasa cinta itu melalui sikap dan tauladan yang baik?

Bolehkah kau menerima manusia lain seadanya dan menyebarkan kasih sayang?

Tuhan siapa yang benar, agama siapa yang lebih baik, sudah pun dimajukan oleh hujah dan bukti yang nyata. Justeru, ribut apa lagi? Manusia bisa berfikir. Jangan kau merasa dirimu lebih bijak dari orang lain.

Dunia ini sudah semakin tua. Jangan kau rosakkan dengan kebencian sesama manusia. Sebarkan cinta. Lupakan dendam. Marilah sama-sama kita jadikan dunia ini, dunia yang lebih sempurna.

Malaysia 21 September 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s