SAYING GRACE 18 09 2016

Malam semakin lewat. Entah mengapa sejak siang tadi, hati dirundung keliru yang membuak-buak tanpa dapat dikawal. Wajahku renung di cermin. Ya, aku semakin matang. Baik dari segi mental dan fizikal. Soal-soal picisan kehidupan takkan sesekali boleh menggangu mood aku. Namun persoalan yang bermain di kepalaku adalah;

Apakah hidup yang telah aku jalani memberikan faedah kepada kemanusiaan?

Pernahkah kamu dihurung persoalan begini? Aku rasakan hidup semakin singkat namun setakat mana telah aku sumbangkan untuk memperbaiki alam kemanusiaan? Apakah aku berjaya membawa apa-apa perubahan kepada dunia?

Aku tahu. Aku bukanlah Wonder Woman. Aku tidak ada kuasa super yang bisa menggerakkan gunung atau menghempas lautan. Aku juga takkan bisa menyelamatkan Ibu Gaia daripada dirosakkan manusia dan aku juga takkan bisa menyelamatkan semua mangsa peperangan. Tidak, tidak, dan tidak. Itu jawapan yang aku terima setelah berkali-kali aku menyoal diriku sendiri. Maka apakah sebenarnya makna kehidupanku di atas dunia ini selain dari memenuhi kehendak dan kemahuan diri, serta keinginan-keinginan karnal jiwa pemberontak seperti aku?

Aku tarik nafas sedalamnya. Mungkin aku takkan boleh menyelamatkan dunia. Tanganku kecil amat. Tetapi, bukankah lebih baik jika terus cuba dan mencuba tanpa henti, agar ia menjadi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama sehingga timbulnya rantaian kebaikan di seluruh dunia. Dikit-dikit lama-lama menjadi bukit, bukan? Aku masih punya anak-anak murid yang memandang tinggi perananku dalam hidup mereka. Semoga seorang Xeva yang suka berfikiran kompleks, dapat melahirkan lebih banyak Xeva kecil yang akan keluar menghadapi dunia, berusaha untuk menjadikan dunia ini, dunia yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga Sang Gusti memberikan aku kekuatan untuk terus melakukannya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s