BAHANA AMUKAN GAIA (PO)

Pada netra yang berkaca
Sebiru langit dan lautan tiada bezanya
Pada bintang yang berkelipan
Sekujur bayangan Aphrodite tidak membawa makna

Terus apa lagi yang tinggal
Pada roh Gaia merintih pedih
Pada anak bumi bertukar syaitan
Langsung tanah diperkosa ganas
Sedang hijaunya Gaia mengelus mesra
Menyuap kehidupan, lapar dan dahaga
Madu dibalas tuba
Tamaknya manusia tiada sudahnya

Tekad Gaia berdiri membalas
Pada angin, ia berteriak
Pada lautan, ia menghentak
Pada bumi, ia menggegar
Pada seluruh cakerawala, ia bertitah
Sarat kecewa merajut amarah
Anak Adam dibangsat parah

Berlari, merangkak
Tersadung, melalak
Baru kini tangan menadah
Pada langit manusia terngadah
Berkumat-kamit insaf semu
Menitis air mata palsu
Sedang insaf makin menjauh
Jiwa takkan terang biar bersuluh

“Telah kelihatan kerosakan di darat dan laut, akibat perbuatan tangan manusia, kerana Tuhan hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” 30 :41

Malaysia 4 September 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s