THOUGHTS – NATIJAH ANAK DERHAKA

Aku jarang baca suratkhabar. Jarang sangat. Pertamanya, kerana media massa zaman sekarang terkenal dengan manipulasi persepsi. Menjadi seorang yang ‘liar’, aku benci dikawal. Apatah lagi dikawal fikiran oleh media massa. Namun aku sedar, aku perlu juga mengetahui hal dunia untuk melakukan kerjaku, maka aku selak-selak juga halaman surat khabar dan media siber. Kemudian, aku terpaksa membaca 2-3 media untuk memastikan berita yang kubaca itu benar. Ia adalah proses yang amat meletihkan. But it has to be done.

Kedua, peratusan berita yang menyebarkan kasih sayang berbanding kebencian terlalu sedikit. Peperangan, perbalahan politik sering menjadi tajuk utama. Dan mutakhir ini, kisah anak-anak memukul ibu bapa dan datuk nenek, kisah guru dipukul murid, kisah ibu bapa memukul guru. Apa nak jadi dengan dunia ini?

Menjadi seorang guru, aku sering memerhatikan anak-anak yang baik tingkah lakunya dengan anak-anak nakal dan biadap. Yang menjadi punca anak-anak nakal dan biadap ini selalunya, sama ada ibu bapa itu lemah sekali pendidikannya apatah lagi pendidikan keibubapaan, atau ibu bapa terlalu garang di rumah, atau ibu bapa terlalu memanjakan anak atau ibu bapa yang mendera anak-anak secara mental.

Kebanyakan kes anak nakal adalah kerana ibu bapa mendera anak secara mental.
1. Membanding-bandingkan anak dengan anak yang lain.
2. Memanggil anak-anak dengan panggilan yang tidak baik seperti bodoh dan anak haram.
3. Membiarkan anak tanpa perhatian walaupun berada di hadapannya kerana terlalu sibuk dengan handphone.
4. Memburukkan anak di hadapan teman-temannya walaupun dengan nada mengusik.
5. Membiarkan anak-anak dengan gajet kerana malas nak melayan kerenah anak.

Anak-anak adalah ladangmu. Jika benih buruk yang kau semai, pokok yang tidak sihat dan buah yang buruk yang akan kau dapat suatu hari nanti. Beringatlah wahai ibu bapa, anakmu tidak akan kecil selamanya. Sekarang kau malas memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka, bila mereka sudah dewasa, perhatian mereka yang akan kau tagih. Rasa kasih mereka tiada padamu. Ketika itu, kau akan merasa kesunyian yang mereka rasakan sewaktu mereka kecil dahulu.

Beringatlah wahai ibu bapa…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s