THOUGHTS – IBU YANG TIDAK MENERAN ANAKNYA KELUAR BUKAN IBU YANG SEBENAR?

Melihat penderitaan Jepun setelah melahirkan, membuatkan aku terfikir akan pengorbanan ibu-ibu di seluruh dunia. Ada yang mengatakan, melahirkan secara operasi, bukanlah pengalaman melahirkan yang sebenar kerana si ibu tidak merasakan sakitnya menolak anak keluar. Aku tidak setuju. Penderitaan itu tetap dirasakan walaupun bukan penderitaan menolak anak keluar dari rahim.

Kata Jepun, setelah diberi ubat anaestetik, Jepun masih berada dalam keadaan sedar. Walaupun ketika scalpel menyentuh perutnya tidak dirasai, namun ketakutannya ketika dia sedar kakinya masih boleh digerakkan amat dirasakan. Setelah melahirkan, setiap pagi, Jepun terpaksa menyuntik dirinya dengan Heparin untuk mengelakkan darah beku setelah operasi. Dia juga terpaksa menjamah pelbagai jenis ubat-ubatan dan berpantang makan. Tidurnya juga tidak menentu kerana waktu jaga Puteri tidak terjangka.

Melahirkan secara operasi atau tidak, bukan menjadi soal. Semua ibu bertarung nyawa untuk melahirkan. Risiko untuk terjadinya komplikasi tetap wujud walaupun dengan adanya teknologi canggih bidang perubatan. Melahirkan hanya sebahagian kecil penderitaan ibu. Mendidik dan membesarkan menjadi cabaran paling getir semua ibu. Bezanya, kesengsaraan ibu tidak terlihat secara fizikal, ia terzahir dalam jiwa dan mental seorang ibu.

Jika ibu membesarkan anak-anak bersama seorang ayah, sekurang-kurangnya bebanannya itu dikongsi bersama pasangan hidupnya. Namun jika si ibu bersendirian, bagaimana pula? Masyarakat Nusantara seringkali memandang serong ibu-ibu tunggal. Terkadang si ibu terpaksa menghadapi penderitaan tambahan walaupun apa yang terjadi dalam hidupnya, bukanlah apa yang diimpikannya atau salahnya. Hakikat patriarki yang masih kuat di tanah ini, memandang penderitaan ibu sebagai perkara mudah, ringan dan kadangkala, memalukan.

Solidariti bersama ibu-ibu hebat di seluruh dunia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s