SAYING GRACE 24 08 2016

Aku harus katakan yang sukar sekali keluarga Spaite untuk benar-benar berkumpul bersama-sama biarpun ketika musim perayaan kerana kerjaya dan kehidupan masing-masing. Aku di utara Malaysia. Sementara adik-adik lelakiku, Bol dan Jhon berada di selatan. Paling sibuk adalah Bol. Kerjayanya sering membawa dia ke seluruh Malaysia dan kadang-kadang ke luar negara.

Namun, nampaknya kehadiran satu-satunya puteri generasi kedua keluarga Spaite telah berjaya menyatukan kami sekeluarga kembali. Bol dan Jhon baru sahaja menelefon, yang mereka sudah dalam perjalanan pulang ke Penang. Syukur sekali. Puteri ini lahir dengan membawa rahmat dan kebahagiaan kepada keluarga Spaite.

Aku percaya mana-mana bayi yang lahir adalah lambang kehidupan baru, rezeki serta pembawa rahmat kepada keluarganya. Dalam hal ini, puteri Jepun yang belum diberikan nama itu adalah keajaiban itu. Tuhan menjadikan kejadian manusia begitu hebat sekali. Lahirnya manusia ke dunia dengan tangisan, perginya dia juga diiringi dengan tangisan. Antara 2 tangisan ini, merupakan perjalanan kehidupan yang begitu singkat. Yang menjadikan ia bermakna atau tidak adalah bagaimana kita mengemudinya.

Selamat malam teman dumay. Semoga rahmat, kebahagiaan dan keceriaan mengiringimu untuk hari esok dan selama-lamanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s