THOUGHTS – PEREMPUAN TIDAK PERLU MENJADI BIJAK?

Aku baru saja menamatkan perbualan Skype dengan sepupuku yang melanjutkan pelajaran di Jordan. Setelah bertanya khabar tentang kehidupan masing-masing, dia mengeluh akan penatnya kehidupan menjadi seorang mahasiswa.

“Mengapa wanita perlu belajar, Eva? Bukankah nanti akan dipayungi suami? Asal berdandan cantik, mudah saja mendapat suami kaya. Senanglah hidup,”

Aku tertawa besar mendengar kata-katanya. Aku tahu, jauh disudut hatinya, dia tidak maksudkannya. Dia hanya meluahkan isi hatinya kerana kepenatan. Namun aku takkan biarkan kata-katanya berapungan di udara begitu sahaja. Risau kalau ia benar-benar meracuni fikirannya. Dia sememangnya seorang gadis yang cantik persis model.

“Benarlah, kalau cantik, barangkali mudah mendapat suami kaya. Namun, apa kau fikir suami kaya mahukan wanita dungu menjadi isterinya? Jangan kau lupa, kita hidup di zaman yang aneh. Lelaki mempunyai ‘inferiority complex’ yang takkan kita mampu fahami dengan mudah,”

“Sedangkan wanita cantik yang bijak pun ada yang membujang sampai ke tua. Jika tiada yang mahukan kau, siapa yang akan menyara kau?”

“Cantik bukan juga penentu kebahagiaan suami isteri. Manusia akan menjadi tua. Apabila masing-masing sudah kerepot, apa yang bakal menjadi hiburan suami isteri? Perbualan yang bernas. Jika tiada ilmu, bagaimana boleh berbicara secara bernas?”

Dia terdiam sebentar. Barangkali cuba menghadamkan kata-kataku. Kemudian, dia tersenyum.

“Benarlah kata-katamu. Mama dan papa menghabiskan waktu persaraan dengan perbualan yang sarat dengan ilmu. Baru aku sedar yang ilmu juga merupakan kunci kebahagiaan rumah tangga,”

“Ilmu adalah kunci kebahagiaan kehidupan. Pahatkan di hatimu,”

Dia mengangkat jempol lalu meniupkan ‘flying kiss’ padaku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s