THOUGHTS – MENJADI FEMINIS ERTINYA MEMBENCI LELAKI?

“Feminis? Kau benci lelaki?”

Kata seorang kenalan suatu ketika dahulu. Aku hanya tersenyum simpul.

“Mana mungkin? Bapaku juga seorang lelaki,”

“Jadi ertinya kau menganggap perempuan lebih baik dari lelaki?”

Aku langsung tertawa.

Inilah pandangan stereotaip yang aku terima apabila berbicara tentang istilah feminis. Ada yang mencebik, ada yang mengerutkan dahi, ada yang menjuih. Ini mengingatkan aku akan kata-kata Andrew Smith, penulis novel Winger,

“People fear what they don’t understand and hate what they can’t conquer.”

Feminism, menurut kamus Merriam-Webster bererti ‘the belief that men and women should have equal rights and opportunities’.

Ertinya, kalau ada 2 pengurus pemasaran, lelaki dan wanita, keduanya harus punya gaji yang sama, kelebihan yang sama dan peluang untuk naik pangkat yang sama. Tanpa prejudis. Hanya usaha yang menentukan ganjarannya, bukan jantina.

Aku tak fikir perempuan lebih baik dari lelaki. Lelaki dan wanita dicipta untuk 2 fungsi yang berbeza. Maka kalau dari segi anatomi saja sudah berbeza, apatah lagi dari segi keupayaan fizikal. Walaupun, wanita boleh meningkatkan keupayaan fizikal yang hampir sama seperti lelaki, masih tidak sama hasilnya.

Namun, aku adalah pendokong kuat kepada kepercayaan bahawa pemikiran wanita boleh menjadi sama atau lebih baik dari lelaki. Mungkin kerana sifat ingin tahu, usaha, kerajinan dan mungkin juga emosi mereka. Cuma yang membezakan di sini adalah perspektif lelaki dan wanita adalah jauh bezanya. Lelaki selalunya nampak ‘the bigger picture’ sementara wanita akan nampak ‘all details’. Disebabkan itu, lelaki dan wanita harus bekerjasama untuk mendapatkan hasil terbaik untuk semua perkara.

Tetapi malangnya, dalam dunia serba moden ini, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan tangga gaji masih menjadi isu wanita di seluruh dunia. Patriarki masih bermaharajalela. Banyak budaya menyembunyikan wanita di ceruk dapur, atau sekadar kilang membuat anak. Isu interpretasi terhad kitab-kitab agama yang mengehadkan peluang wanita meneroka dunia masih lagi menjadi perdebatan di sana-sini.

Jadi bagaimana teman-teman? Adakah menjadi feminis itu begitu buruk natijahnya pada pandanganmu?

BTW : I love men. So much. 😛

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s