THOUGHTS – NORMAL

“Jangan berbuat begitu. Ia tidak normal!”

Pernah ada yang berkata-kata begini kepada kamu? Kadang-kadang? Selalu? Kerap sekali?

Jika kerap sekali, apakah kamu tergolong dalam golongan yang tidak normal? Siapa yang tentukan standard normal atau tidak normal?

Manusia sememangnya makhluk yang suka menghakimi. Yang lebih menjengkelkan, kadangkala mereka menganalisis tabiat, kelakuan serta akhlak orang lain lebih daripada merefleksi diri sendiri.

Bagi golongan beragama pula, seringkali dimainkan di mulut para agamawan adalah istilah persepsi. Bagi agama Islam pula, ada istilah fitnah.

Baik bagi mereka yang mempercayai agama atau tidak, kelakuan yang baik serta berkasih sayang sesama manusia adalah fitrah yang patut dijaga. Namun jika anda melakukan sesuatu yang di luar ‘lingkungan’ anda, selagi tidak melibatkan nyawa orang lain, menyusahkan orang lain, kejahatan atau maksiat, lakukanlah dengan yakin.

Ketika Abdul Sattar Edhi mula-mula melancarkan perkhidmatan ambulan percuma kepada semua orang termasuk yang beragama Kristian dan Hindu, rata-rata orang Pakistan mengatakan dia tidak normal kerana membantu orang lain selain daripada yang beragama Islam, jawapan Edhi sangat mudah,

“Ambulan ini lebih Muslim dari kamu.”

Bila melakukan sesuatu yang melibatkan kasih sayang sesama manusia, jangan merasa ragu-ragu. Jangan pedulikan kata-kata orang lain. Manusia suka berkata-kata kerana dia merasa dia patut berkata-kata, bukan kerana dia ada perkara untuk diperkatakan.

Abdul Sattar Edhi pernah berkata,

“Manusia menjadi semakin terpelajar, namun mereka belum menjadi manusia.”

Sebarkan cinta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s