THOUGHTS – MANUSIA DAN SANG HYANG

Pagi ini, aku bersarapan di kedai roti canai tidak jauh dari rumahku. Suasana pagi yang tenang mendamaikan fikiran. Aku memerhatikan residen berbangsa Tiong Hua beramai-ramai meruntuhkan khemah bagi Hungry Ghost Festival.

Yang paling menarik perhatian aku, adalah dedikasi seorang wanita berusia barangkali pada awal 40an, bertungkus-lumus mencuci tempat sembahyang yang berwarna merah. Bersungguh-sungguh. Selepas dicuci, dia memasang colok dan meletakkan buah. Barangkali untuk santapan nenek moyangnya. Aku tahu kaum Tiong Hua sangat menghormati nenek moyang mereka yang disembah setiap pagi tanpa culas.

Apabila manusia mempercayai, dengan sepenuh hati, mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Hasil kajian neurosaintis mendapati apabila manusia mempercayai kewujudan Tuhan, aktiviti kimia di dalam otaknya menjadi lebih stabil. Mereka juga mempunyai kekuatan mental yang luar biasa. Kebergantungan kepada Tuhan, walaupun dianggap oleh sesetengah saintis sebagai kelemahan, ia terbukti membawa kesan yang sangat menakjubkan dalam kehidupan manusia. Manusia yang mempercayai Tuhan sedalamnya tidak memerlukan kebergantungan terhadap manusia lain, meyakini diri sendiri, tabah, dan tidak mudah mengalah dalam menghadapi ujian hidup.

Apakah kita salah seorang daripada manusia yang mempunyai kekuatan mental yang hebat ini? Aku tinggalkan soalan ini untuk diriku sendiri juga teman-teman dumay yang setia mengikuti semua postingku.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s