THOUGHTS – KENAPA ORANG ISLAM GADUH-GADUH?

Entah kenapa, anak-anak muridku memang sangat terbuka kalau berbicara denganku. Semua perkara mereka akan cerita padaku. Jadi hari ini, datanglah seorang anak muridku yang bermulut banyak, mengajak aku bergosip tentang rakannya.

“Teacher, semalam saya nampak Fayaz sembahyang tak betul,”

Aku mengerutkan dahi.

“Kenapa kamu kata macam tu?”

“Sebab masa tahiyat, kan, dia kan, goyang-goyang jari dia. Bila tanya kan, dia kata bapa dia pun sembahyang macam tu. Semua sembahyang salah, Tuhan tak terima. Padan muka dia,”

Rupa-rupanya, ada di antara kalangan orang Rohingya mengikut Mazhab Maliki. Jadi, aku pegang bahu dia, aku suruh dia panggil semua kawan-kawan dia datang dekat padaku.

Aku bersihkan papan putih, aku tulis besar-besar perkataan ISLAM.

“Kamu semua orang Islam, kan? Baik tak kalau kamu mengata sahabat kamu di belakang dia?”

“Tak baik!!!!” jerit mereka. Si mulut banyak itu terdiam.

“OK. Dengar baik-baik, teacher nak cerita hal sejarah sikit,”

Daripada perkataan Islam itu, aku pecahkan 2 bahagian. Sunni dan Syiah. Daripada Sunni, aku pecahkan kepada 4 – Hanafi, Hanbali, Maliki, Shafiee. Di Malaysia, kebanyakan orang Islam ikut Imam Shafiee. Ada sebahagian di Penang, ikut Mazhab Hanafi. Dan nampaknya, ada sebahagian daripada Rohingya, ikut Mazhab Maliki.

“Mazhab tu apa teacher?”

“Mazhab itu dalam bahasa Arab, maksud dia cara, atau jalan. Dalam Islam, mungkin bererti cara melakukan ibadat mengikut cara imam yang 4 tadi tafsirkan kata-kata Nabi Muhammad,”

“Semua ikut kata Nabi?”

“Ya,”

“Mana teacher tahu?”

“Membacalah. Kamu membaca tak?”

Semua terdiam lagi.

“Jadi kalau ikut kata Nabi, semua betullah?”

“Ya,”

“Jari goyang-goyang masa tahiyat betullah?”

“Ya,”

“Tapi jari kami diam semasa tahiyat?”

“Betul juga. Ikut cara Imam masing-masing. Semua kan orang Islam? Kalau tak tau, baca. Jangan hukum orang salah betul kalau tak tau,”

“Chop! Chop! Teacher, kenapa Islam pecah jadi Syiah dan Sunni kat sini?”

“Mmm … kalau ikut sejarah, sebab rasa tak puas hati. Ada yang sokong sahabat Nabi. Ada yang sokong sepupu Nabi,”

“Sampai sekarang tak puas hati lagi? Mereka gaduh ke?”

Aku hanya mampu tersenyum tawar.

Kalau anak-anak kecil pun cerdas begini, bagaimana pula dengan yang dewasa?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s