THOUGHTS – KEHIDUPAN SOSIAL

Ada rakan yang berkata,

“Kehidupan sosial kau zero. Itu sebabnya kau serius semacam,”

Hahaha! Aku tak marah dia. Aku tahu, dia ambil berat akan aku. Kalau dia benar-benar kenal aku, aku pasti dia takkan berkata demikian.

Pagi tadi, semasa pulang dari berjoging, aku singgah makan di kedai makan Makcik Siti. Kedai Makcik Siti memang singgahan aku setiap kali joging. Business dia biasa-biasa saja, sebab tu, aku support dia. Walaupun business dia macam tu, dia tak pernah caj air limau panas aku. Tak pernah. Walaupun aku cuba bayar. Ikhlas, sedekah katanya. Daripada perbualan aku dengan dia, banyak perihal kehidupan yang aku belajar daripada wanita tua yang buta sebelah matanya ini. Banyak ceritanya jadi inspirasi aku menulis.

Tengah hari tadi pula, aku dapat Whatsapp suara daripada mamak kedai makan yang menjadi singgahan aku 2 minggu sekali. Sekali-sekala aku manjakan diri makan roti canai cheese. Mamak ni adalah seorang sukarelawan homeless. Dia suka berbual hal pendidikan dan agama. Kedatangan aku memang dia tunggu. Meja aku betul-betul menghadap tempat dia tebar roti canai. Aku banyak belajar perkara baru dengan dia.

Selang 2 buah rumah dariku, ada seorang wanita tua warga Amerika beragama Islam yang seringkali mengajak aku ke rumahnya bila dia ada masak lebih. Aku dilayan bagai anak sendiri. Wanita ini suka berbincang hal-hal dunia, orang muda, kasih-sayang sejagat, dan keindahan alam.

Sekali-sekala rumahku akan didatangi oleh anak-anak muridku yang simply datang untuk tengok video kartun denganku. Hilai tawa mereka menghiasi rumahku yang terkadang sunyi.

Ini belum termasuk rakan-rakan sejawatan yang semuanya sukarelawan yang tidak pernah pentingkan diri sendiri, juga ahli-ahli kelab bukuku yang bijak pandai.

Now tell me, apakah kehidupan sosialku benar-benar zero? Mungkin definisi kehidupan sosial bagi individu adalah berbeza. Bagiku, inilah kehidupan sosial yang terbaik, dan aku tidak pernah stres atau mengeluh mengenainya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s