CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 17

Ayah terbaring lesu di atas katil dengan pelbagai wayar berselirat di seluruh tubuhnya. Dia kelihatan bagaikan bahan eksperimen dalam cerita saifai yang sering kubaca. Takku sangka kali ini, aku dapat memerhatikannya secara visual, di depan mataku sendiri, sedangkan tanganku tidak dapat menyentuh ayah atau mengucup dahinya. Dari luar tingkap berkaca ini, aku hanya mampu mengigit bibir. Pedih hatiku melihat ayah begini. Ku rasa pipiku hangat dengan airmata. Sekali lagi, dalam hidup aku menyaksikan pemandangan begini setelah kehilangan Alex dahulu. Tanganku disentuh.

“Xeva, sudahlah. Pergi balik. Biar ibu tinggal di sini,”

Aku menggeleng. Ibu memicit bahuku, menggosoknya kemudian menolakku agar aku bergerak pulang. Dengan berat, kakiku langkah. Aku terdengar namaku dipanggil. Aku mengangkat wajah. Justo berdiri di hadapanku. Dengan pantas, aku menyeka airmata.

“Mengapa kau di sini?”

“I care about you. Plus, I don’t think you should ride. Let me take you home, OK?”

“Motorsikal macam mana?”

“Tinggalkan ia di sini. Esok kita ambil,”

Tanganku ditarik Justo. Walaupun kakiku terasa berat, namun terpaksa ku langkah mengikut gerak langkah Justo. Kami tidak banyak berbicara di sepanjang perjalanan. Fikiranku buntu. Ayah sakit sedangkan wang gajiku belum tentu cukup untuk menyara keluargaku. Novel-novelku belum ada yang diterbitkan. Ah … serabut.

“Dah sampai,”

Aku mengangkat kepala. Eh, McDonald’s? Justo membuka topi keledarku, mengunci motorsikalnya, lalu menarik tanganku ke dalam. Aku masih terpinga-pinga.

“4 sundae coklat, ya,” kata Justo kepada pelayan. Oh … how sweet. Aku hanya mampu memeluk lengan Justo sambil mengesat airmata. Kepalaku digosok perlahan oleh Justo. Tenang sekali berada di sampingnya.

______________________________________________________

Justo tidak mahu berkata apa-apa. Dia tahu Xeva dalam keadaan yang paling sukar sekarang. Dia hanya membiarkan Xeva menyudu sundae itu perlahan sambil menitiskan airmata tanpa kata.  Sesekali Justo mengesat airmata itu dengan sapu tangan yang memang sentiasa berada di dalam poket kirinya.

“Aku tak mungkin boleh merasai apa yang kau rasa, tapi aku nak kau tahu aku akan sentiasa berada di sisimu, OK?” pujuk Justo. Xeva mengangguk perlahan.

Setelah Xeva dilihat bertenang, barulah Justo menceritakan yang kini dia dalam proses mencari Trans-Pacific Landmark dengan lebih giat lagi. Dia juga mahu Xeva terus tabah dan cekal kerana tidak lama lagi dia akan bertemu dengan syarikat penerbitan untuk Neraka Irtiad. Xeva hanya membatu tanpa berkata apa-apa. Akhirnya Justo menghantar Xeva pulang.

Di perkarangan rumah, Naela sudah menanti Xeva. Apabila Xeva memeluk Naela, barulah dia menangis dengan bersungguh-sungguh hati sehingga terhinggut-hinggut bahunya dipeluk Naela. Naela mencium dahi Xeva dan memeluknya erat. Hati Justo tersentuh. Baru dia tahu yang Xeva menahan perasaannya ketika bersama Justo. Dia menghidupkan motorsikalnya.

“Justo, nanti dulu,” kata Naela. Naela menghantar Xeva ke dalam rumah, kemudian kembali kepada Justo.

“Sepatutnya kau dengar perkara ini daripada Xeva sendiri, tapi keadaan mendesak, aku fikir kau patut tahu. Xeva tak mampu menangani kesedihan melampau. Ketika abangnya Alex meninggal dunia, dia mengalami depresi klinikal yang kronik. Ingat, jangan kau biarkan dia,” pesan Naela bersungguh-sungguh. Justo mengangguk.

“Memang aku takkan biarkan dia keseorangan,” kata hati Justo. Perlahan dia menginggalkan perkarangan rumah Xeva.

______________________________________________________________

Justo mengelap peluhnya. Dia melemparkan pandangan pada kalendar yang tergantung di dinding. Pertandingan ‘street dance’ akan berlangsung dalam masa 1 bulan lagi. Mereka harus lebih bersungguh-sungguh. Tommy masih baru, belum dapat rutin yang sesuai. Rocco masih belum ada ‘chemistry’ dengan Gina. ‘Mixing’ lagu masih belum siap. Banyak lagi perkara yang harus dititikberatkan. Justo ingin menambah waktu latihan namun dia tahu kini Xeva mengambil cuti selama 5 hari untuk menenangkan fikiran juga menyiapkan novel terbarunya. Maka dia bercadang untuk menambah waktu latihan selepas Xeva habis bercuti.

” Hello Eve, are you OK?”

“Hmmm …”

“Esok pitching pukul berapa? Do you want me to be there?”

“Pukul 3pm. I need you to be there,”

“OK,”

Xeva kelihatan sangat comel dengan skirt labuh dan blazer berwarna kelabu. Rambutnya diikat tinggi dan disanggul longgar. Telinga dihiasi subang mutiara. Dengan kasut pump hitam berkilat. Jarang sekali Justo dapat melihat Xeva berpakaian seformal ini. Namun wajahnya tetap sedih. Justo mencubit pipinya.

“Tak boleh begini untuk pitching. Macam mana novel nak laku?”

Xeva menguntumkan senyum paksa. Dia mula melangkah untuk masuk ke dalam bangunan syarikat penerbitan itu, kemudian dia berpatah balik. Wajahnya gusar. Dia kelihatan panik.

“Tak boleh. Aku rasa tak boleh bercakap hari ini,”

Justo memegang bahunya.

“Peluang begini mungkin tak datang lagi. Tabahkan hati, masuk dan jadi dirimu sendiri. Ini adalah cita-cita dan masa depanmu, bukan?”

Xeva mengangguk. Dia mengerutkan dahinya dan melepaskan sebuah keluhan.

“Dengar sini, kau rasa kau lebih sanggup mencuba sekarang atau tidak mencuba langsung, kemudian berfikir tentangnya dan menyesal sepanjang masa?”

Xeva hanya mendiamkan diri. Kemudian, dia cuba menggosok matanya kerana rungsing namun tangannya dipegang Justo.

“Rosak maskara nanti. Pergi sekarang, Jangan buang  masa. Aku akan tunggu kau di sini. Jangan risau. Apa-apa pun kita harungi bersama, OK?”

Xeva menarik nafas sedalamnya, kemudian terus melangkah ke dalam bangunan tanpa berpaling lagi.

“Tuhan, bantu gadis ini mencapai cita-citanya. Dia sudah bersusah-payah menghadapi kehidupan, dan menerima semua ujianMu dengan sabar. Permudahkan urusannya. Kembalikan keceriaan padanya. Sesungguhnya aku tidak boleh hidup tanpa senyumannya. Amen,” doa Justo dalam hati.

Bersambung.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s