SAYING GRACE 30 7 2017

Aku punya senarai panjang untuk perkara yang ingin aku lakukan dalam hidup. Ada beberapa perkara yang telah aku tandakan dan aku sangat berpuas hati dapat melakukannya. Antaranya terjun bungee, paragliding, absailing daripada helikopter, menembak (Browning, M16, M203, GPMG, dan Steyr), dan menjadi sukarelawan sosial dan kemanusiaan.

Kebanyakan aktiviti ini kecuali sukarelawan merupakan kegiatan one-off, jadi bila ada peluang, terus aku melakukannya tanpa membuang waktu. Sekarang aku sedang mencari-cari peluang untuk melakukan terjunan freefall, yang ini sangat-sangat mahal di Malaysia. Walaupun kesemuanya tidak aku lakukan secara professional, aku bisa katakan, “Hey, aku sudah melakukannya.”

Yang paling aku inginkan, adalah mengembara seorang diri ke seluruh Malaysia, secara homestay atau backpacking kerana aku ingin berhubung dengan manusia dan alam secara dekat. Mungkin tinggal bersama orang asal atau menyelami kesengsaraan suku kaum Penan dan Bajau Laut. Tidak pernah aku ada peluang untuk melakukannya. Mungkin kerana perkara ini memerlukan masa. Mungkin setahun, dua tahun. Aku ingin kenal secara mendalam akan negaraku ini. Mungkin juga mengenali Tuhan dan diriku sendiri.

Semoga aku punya masa untuk melakukannya kerana aku fikir ia akan menjadi perjalanan yang paling penting dalam hidupku untuk menjawab semua persoalanku tentang kehidupan, kemanusiaan dan mungkin agama dan ketuhanan.

Selamat malam teman maya. Jangan sesekali memandang impianmu sekadar sebuah ilusi minda. Cubalah kau gapai ia, kau akan sedar, ia bukanlah sesukar yang kau sangkakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s