HILANGNYA KASIH SAYANG ANTARA SYIAH DAN SUNNI

Sebagai peminat sejarah yang cintakan kasih sayang sesama manusia, aku seringkali mengkaji punca-punca perpecahan blok manusia. Yang paling menarik minatku adalah mengkaji perpecahan Katolik dan Prostestan, juga mengkaji perpecahan Syiah dan Sunni. Aku di sini, bukan sebagai ahli agama atau ahli akademik, sekadar manusia biasa yang mengkaji kegagalan manusia-manusia dahulu sebagai panduan manusia akan datang juga ingin menyebarkan cinta sesama manusia.

Melalui pembacaan aku yang tidak seberapa, dapatlah aku merumuskannya kepada beberapa sebab :

1. Tafsiran Berbeza bagi Hadith Ghadir Khumm.

Ketika Nabi Muhammad PBUH mengatakan : Wahai manusia, ini adalah Ali, saudaraku dan washi-ku, pemelihara ilmuku, khalifahku bagi orang yang beriman kepadaku dan wakilku dalam menafsirkan Kitab Allah Azza Wajalla. (Sumber al-Wilayah fi Thurug Ahadits al-Ghadir oleh At-Tabari)

Bagi Sunni : Nabi PBUH mahukan umat Islam mengasihi Ali dan keluarganya.

Bagi Syiah : Nabi PBUH mahukan Ali sebagai khalifah penggantinya.

Maka, dapat dilihat pada awal perpecahan, ia disebabkan oleh pertikaian politik, bukannya pertikaian akidah.

2. Tafsiran berbeza bagi Hadith At-Thaqalayn

Ketika Nabi PBUH berkata : “Aku meninggalkan di antara kamu dua hal penting : satu menjadi Kitab Allah yang di dalamnya ada bimbingan yang benar dan cahaya , sehingga berpegang teguh pada Kitab Allah dan mematuhi itu . Dia mendesak ( kita ) ( berpegang teguh ) pada Kitab Allah dan kemudian berkata : kedua adalah anggota keluargaku” (Sumber Sahih Muslim 30 : 5920)

Bagi Sunni : Walaupun hadith ini diriwayatkan oleh perawi Sunni sendiri, dalam Kitab Muwatta oleh Malik Bin Anas, dia mengatakan bahawa 2 perkara penting tersebut adalah Quran dan Sunnah.

Bagi Syiah : Hadith ini digunakan sebagai bukti bahawa Nabi PBUH mahukan ahli keluarganya meneruskan perjuangan baginda

Ketika ini, belum lagi ada hal-hal yang menyebabkan perpecahan akidah.

Berpunca daripada hal ini, setelah kewafatan Nabi PBUH, berlaku pertelingkahan demi pertelingkahan sehingga menyebabkan keretakan antara Syiah Sunni semakin buruk.

Disebabkan rasa tidak puas hati, anak perempuan Nabi, Fatimah Az Zahra, ketika tenat, tidak mahu pengebumiannya dihadiri oleh sesiapa pun kecuali orang-orang yang diperkenannya. Fatimah Az Zahra juga dikuburkan secara rahsia oleh Ali, yang sehingga kini masih menjadi perdebatan ahli sejarah berkenaan dengan lokasinya.

Ia diburukkan oleh Peperangan Jamal yang diketuai oleh Saidatina Aisyah, yakni isteri terakhir Nabi PBUH memerangi Ali RA, yakni menantu dan sepupu Nabi PBUH.

Pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku, bermula daripada Fitnah Pertama sehingga membawa kepada pembunuhan Ali bin Abi Talib. Titik ini menjadi permulaan kepada keretakan yang lebih besar.

Terjadi lebih banyak perbalahan sehingga membawa kepada Tragedi Karbala di mana kebanyakan saki-baki ahli keluarga lelaki Nabi PBUH dibunuh termasuk Hussein, cucu kesayangan Nabi yang dibunuh dengan kejamnya. Yang terselamat adalah Ali ibn Husayn, yakni anak lelaki Husayn yang juga dikenali sebagai Imam Sajjad oleh golongan Syiah.

Maka disebabkan pertelingkahan ini, golongan Syiah mula menolak hampir kesemua hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi, manakala Sunni pula menolak kebanyakan hadis yang dibawa oleh Ahlul Bayt, yakni Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.

Dengan inilah, bermulanya pertikaian akidah yang membentuk golongan Syiah dan Sunni pada hari ini.

Sejarah diajar bertujuan agar manusia mengambil iktibar dari masa lalu. Pertikaian ini sudah mencapai ribuan tahun lamanya. Mungkin sudah tiba masanya, perbezaan dilupakan demi kasih sayang dan perpaduan sejagat.

Maafkan aku jika ada salah dan silap dalam tulisan ini. Aku tidak berniat untuk menyinggung sesiapa, sekadar mahukan cinta diserakkan. Aku sedia diperbetulkan bagi tujuan mencari ilmu, bukan perbalahan.

Sebarkan cinta

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s