GBP10 (CI)

“Hello, Room Service. How may I assist you?”
Ku cuba menjawab seceria mungkin walaupun mataku diterjah rasa mengantuk yang amat sangat. Kedengaran suara wanita tua dengan aksen Inggeris berkata-kata di corong telefon.

“Oh, I would like to order midnight snack. May I have Alu Gobi and paratha? Some tortilla chips as well? That would be all,”
Aku mengulangi pesanan tetamu itu, pastikan semua pesanannya tepat sebelum mendail nombor dapur hotel. Setelah pesananku sampaikan, aku menggosok mata berulang kali. Ah kenapa malam ini mengantuk benar aku? Ini bukan syif malamku yang pertama.

“Hoi!” melompat aku apabila tiba-tiba disergah. Rocky tersenyum bagaikan kerang busuk memandangku yang menggosok-gosok dada. Aku menumbuk bahunya.

“Bodohlah kau ni,”

Dia tersenyum. “Eh, penakut rupanya kau, Dellina. Aku fikir kau berani sangat,”

“Aku terkejut, bukannya takut,” tukas aku. Dia mengangkat bahu.

“Aku nak angkat barang di stor. Kalau ada apa-apa, panggil je aku melalui walkie-talkie,”

“Aku ada order la,”

“Blok mana?”

“Blok J,”

“Jaga-jaga. Blok tu berhantu,” kata Rocky sambil menjelir dan menjulingkan mata.

Aku menendang punggungnya. Dengan cepat dia berlari sambil tertawa mengilai. Dialah hantu. Kacang hantu.

Tritt!! Tritt!!

“Dellina, order kau dah siap,”

Setelah makanan kuambil, buggy kupandu perlahan ke bahagian tengah resort. Resort 5 bintang ini kelihatan lebih indah pada waktu malam. Hujan turun renyai-renyai, membuatkan aku terasa dingin disebalik uniformku yang diperbuat daripada kain kapas nipis.
Apabila aku melintasi blok I yang berada tidak jauh dari blok J, aku ternampak benda bergerak di bawah pokok kelapa. Ada payung. Namun ia di atas tanah. Ada tetamu pengsankah? Ataupun hantu …? Cepat-cepat aku buang perasaan itu. Mana ada hantu dalam dunia ini? Ini mungkin kecemasan.

Perlahan aku menghampiri pokok itu.

“Hello?”
Ternampak bayang-bayang hitam di balik payung itu. Aku tidak nampak wajahnya. Hatiku semakin berdebar-debar. Perlahan aku menghampirinya, walaupun langkah terasa berat, hati terasa seram …

“Dellina …” suara itu bagaikan berbisik.

Perlahan bayang itu semakin meninggi. Sehingga menyamai ketinggianku. Aku cuba menjerit, namun tiada suara yang keluar. Ia memandang tajam padaku lalu bayang itu cuba menyentuh bahuku. Kakiku bagaikan terpaku pada tanah. Mulutnya dibuka perlahan-lahan …

“Kau memang suka potong wayang, kan?” Terdengar suara yang biasa ku dengar. Rocky. Baju hujan yang berwarna hitam itu dibuka penutup kepalanya. Hatiku menarik nafas lega.

“Apa kau buat kat sini, gila?” tanyaku marah. Dia menunjukkan jarinya pada beranda tingkat 3 blok I. Ada tetamu yang memadu asmara tanpa menutup langsir malam. Aku menampar bahunya.

“Gatal!”

Dia hanya tersengih. Lalu dia menunjuk ke arah yang sama sekali lagi.

“Kau tengok, ganas oooo … fuyyooo!”

“Kau tengoklah seorang diri. Pervert!”

Dengan pantas, aku memandu buggy ke destinasiku, bilik J116. Loceng ku bunyikan 2-3 kali, namun tiada jawapan. Bilik pun gelap. Takkan dia dah tidur?

Tiba-tiba pintu terbuka. Namun kelibat manusia, aku tidak nampak. Perlahan aku menjenguk ke dalam.

“Hello?”

Tiba-tiba aku ternampak kelibat wanita tua, sedang memakai jubah mandi, lalu berdiri menghadap balkoni. Rambut putihnya panjang mencecah pinggang.

“Your order, ma’am,”

“Just put it on the coffee table,” katanya tanpa berpaling padaku. Aku menurut arahannya. Setelah aku meletakkan makanan di atas meja kopi, aku terus menuju ke buggy.

Pap! Aku menepuk dahiku. Aku terlupa menyuruh dia menandatangani bil. Pintu masih terbuka. Apakah aku terlupa menutupnya?
Aku menjenguk ke dalam. Terdapat asap putih di balkoni. Dia merokok? Aku terdengar suara wanita tertawa kecil, namun aku tidak nampak dia. Tiba-tiba aku ternampak duit GBP10 di atas meja.

“That’s for you,”

Mana dia?

“Ma’am, I need your signature,”

Semakin kuat dia tertawa. Kali ini mengilai. Barangkali dia mabuk. Aku mengambil duit itu tanpa berfikir panjang. Esok pagi, mungkin staf syif pagi boleh menolong aku mengambil tandatangannya.

Aku pulang untuk merekodkan perkara ini. Senarai tetamu ku capai untukku periksa namanya.

J116 …

J116 …

J116 …

Tiada dalam senarai? Aku mencuba lagi. Tiada. Aku menggosok-gosok mataku. Tiba-tiba Rocky kembali.

“Kenapa kau nampak panik saja, Dellina?”

“Kau baru pulang daripada mengisi minibar, kan? Bilik vacant?”

“Ya, tapi ke …” tanpa menunggu soalan Rocky, aku mencapai senarai bilik kosong di tangannya.

J116 …

J116 …

J116 – vacant

Apa????? Tapi aku nampak ada tetamu. Di poketku masih ada duit GBP10.

“Kau isi minibar dalam J116?”

“Hish! Mana aku berani. Bilik tu berhantu. Ada wanita tua mati menggantung diri di bilik itu. Camilla James namanya. Tak tahu apa sebabnya dia bunuh diri. Dengar khabar, dia baik hati. Suka bagi tips GBP10 dekat semua pekerja hotel yang memberi servis padanya,”

Kata-kata Rocky membuatkan pandanganku berpinar, lalu gelap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s