THOUGHTS – CUBA MEMAHAMI

Aku mencari rujukan apakah yang dipakai oleh golongan Syiah selain daripada Al Quran dan Hadis. Aku dapat tahu bahawa antara kitab yang dipakai oleh mereka adalah Nahjul Balagha yakni koleksi khutbah Ali b. Abi Talib yang juga dibaca oleh sesetengah Sunni. Namun satu lagi kitab yang amat penting bagi golongan Syiah adalah Al Sahifah Al Sajjadiya yakni buku doa yang ditulis oleh cicit kepada Nabi PBUH dan anak kepada Husayn, cucu kesayangan Nabi PBUH.

Setelah membaca dan mengkaji buku ini, aku dapati ada beberapa perkara menarik yang suka untuk aku kongsikan.

1. Tiada langsung perbuatan memohon syafaah ketika berdoa, sebagaimana lazimnya yang golongan Syiah lakukan seperti memanggil Ya Ali, Ya Hasan, Ya Husayn.

2. Ada dinyatakan dalam buku ini berkenaan sujud di atas lantai atau bumi, tidak di atas batu sembahyang sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah.

3. Walaupun Imam Sajjad dikatakan Imam besar golongan Syiah sehingga diberi gelaran Zainul Abideen, aku tidak melihat ciri-ciri Syiah dalam buku ini. Bahkan jika tidak aku diberitahu bahawa Imam Sajjad merupakan Imam Syiah, pasti aku menyangka buku ini adalah buku ilmuan agama Sunni.

4. Doa-doa dalam buku ini terlalu indah. Aku tidak pernah membaca doa seperti ini di mana-mana tempat.

Daripada kajianku terhadap buku ini, Imam Ali ibn Husayn/Zainul Abideen/Imam Sajjad adalah seorang manusia yang alim lagi hebat. Barangkali kita tidak harus memandangnya sebagai Imam Sunni atau Syiah, namun memandangnya sebagai cicit Nabi Muhammad PBUH, legasi penyambung warisan Islam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s