CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 14

“Temankan aku untuk extra practice petang ini? Please?”

Whatsapp dari Justo. Aku hanya mengiyakan. Barangkali malam ini dia boleh temankan aku menulis. Setelah sampai, studio kelihatan gelap. Aku sedikit hairan. Takkan tak ada sesiapa pun yang datang?

“Mana semua orang?” tanyaku pada Justo. Justo hanya tersenyum.

“Hanya aku yang ada extra practice. Dengan kau,”

“What?!”

“Kau kata nak belajar menari?”

Hanya aku dan Justo? Berdua? Dalam studio yang besar ini? Aku menelan air liur. Aku mula terasa yang studio itu semakin kecil, dan apa-apa jarak antara aku dan Justo adalah begitu dekat. Dia menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar.

“Come!”

Aku hanya menurut saja langkah Justo. Semua pergerakan pun aku terasa janggal. Dia menarik, menolak dan memusingkan aku. Hampir terjatuh aku. Aduh … bodohnya aku ni. Justo tertawa setiap kali aku hampir terjatuh. Aku mencebik.

“Comel sangat kau ni,” katanya sambil mencubit pipiku. Sambil menari, mataku memerhatikan cacahan Polynesia di lengan kiri Justo. Aku bertanya pada Justo jika cacahan ini membawa apa-apa makna. Katanya matahari bererti kepimpinan, lembing adalah lambang perjuangan. Hmm … menarik.

“Motif ini dilukis sampai ke bahu sahaja?” tanyaku. Justo menggeleng.

“Ia dilukis sampai ke bahagian scapula. Sekejap,” dia menanggalkan T-shirtnya. Alamak … Dia memusingkan badan agar aku dapat melihat corak cacahan itu sepenuhnya. Aku pula terasa janggal sekali melihat Justo tanpa baju.

“OK, OK. Kau boleh pakai balik T-shirt tu,” kataku, melarikan pandangan.

Justo hanya memandangku. Dia melangkah setapak. Betul-betul di hadapanku. Mungkin hanya seinci dua jaraknya. Shit! Tanganku mula mencari hujung T-shirtku. Justo menangkap kedua-dua belah tanganku lalu diletakkan ke pinggangnya. Kemudian tangannya menarik aku rapat ke dadanya. Oh my God … jerit aku dalam hati.

“Kenapa? Nervous?” tanyanya, seolah-olah mencabar aku. Aku mengangkat wajahku memandangnya. Pandangan dihalakan tepat padaku. Bagaikan laser, sinarnya menembusi ruang hatiku. Kemudian dia tersenyum. Dia meletakkan pipinya pada pipiku. Aku dapat merasakan dadanya yang turun dan naik ketika menarik dan melepaskan nafasnya, namun jantungnya berdetak tenang. Aku mengetap bibir. Jantungku pula berdetak kencang sekali, terasa bagaikan ingin mati.

“Kau tahu aku benar-benar marah semasa kau memeluk Tommy?” bisiknya padaku.

“Kenapa kau marah?”

“Sebab aku tak suka orang lain menyentuh teman wanitaku,”

Aku terdiam seketika. Apakah aku tersalah dengar?

“Apa?”

“Sebab aku tak suka orang lain menyentuh teman wanitaku,” katanya lagi. Dia memegang kedua-dua belah pipiku. Dia memandang terus ke dalam mataku. Seolah-olah mencari jawapan padanya.

“Boleh kau jadi teman wanita aku?”

Aku hanya diam. Perlahan-lahan aku cuba menenangkan diri, berfikir akan jawapan yang sesuai.

“Entahlah,”kataku perlahan. Dia mengangkat wajahku. Wajahnya bersungguh-sungguh mahukan jawapan.

“Aku perlukan jawapan,”

“Dan aku tak mau jawab,” usikku. Aku menguntumkan senyuman miring. Justo mengerutkan dahinya.

“Kau mempermainkan aku ya?” tangannya mula mencucuk pinggangku. Aku tertawa kegelian. Aku cuba mengelak daripada dicuit sehingga terjatuh ke lantai. Tanpa memperdulikan jeritanku, Justo terus mencuit pinggangku. Aku menolak tangannya.

“Aku akan mencuit kau sampai kau pengsan selagi kau tak mahu jawab,” katanya, geram. Aku terus tertawa gelihati.

“Ampun, ampun. OK, OK, aku jadi teman wanita kau,”jawabku separuh menjerit kerana kegelian. Ini semua ‘Truth and Dare’ punya pasal. Aku ada beritahu Justo yang aku sangat geli di bahagian pinggang sekiranya dicuit. Aku berbaring kepenatan. Mataku hadapkan ke siling, melepaskan nafasku yang termengah-mengah.

Justo berbaring di sebelahku di atas lantai. Kemudian dia mengalihkan pandangan padaku. Aku juga mengalihkan pandanganku padanya, meletakkan kepala di atas tanganku. Aku merenung anak matanya yang kecoklatan itu. Entah dari mana agaknya muncul si kacak ini, tiba-tiba mengajak wanita pendek cemerkap sepertiku menjadi teman wanitanya.

“Betul?”

“Ya, Justo Adrian,”

“Terima kasih, Xeva Ariyanti,”

Justo memberikan senyuman yang paling istimewa. Rambutku dibelai. Pipiku dicubit. Aku juga mencubit pipinya. Dia mendekatkan wajahnya pada wajahku lalu pipiku dikucup lembut.

Aku merasakan jiwaku terbang di langit biru, dan melayang jauh, terus menembusi syurga ketujuh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s