CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 13

Sulandri memandang Xeva yang sejak tadi hanya termenung.

“Kenapa dengan budak ni?”kata hati Sulandri. Perlahan dia menghampiri Xeva.

“Xeva? Kau ada masalah?” tanya Sulandri. Xeva bagaikan tersentak. Dia berpura-pura mencapai fail di atas meja.

“Tak ada apa-apa, En. Sulandri,”

“Jangan bohonglah. Aku faham sangat kau ni,”

Xeva mengeluh perlahan. Sulandri duduk di hadapan Xeva. Bersedia untuk mendengar semua masalah Xeva. Xeva menceritakan kisah proses pengukuran tanah serta berita yang datang dari Justo. Ia begitu merunsingkan Xeva. Buat masa ini, belum ada apa-apa tindakan drastik yang diambil. Sulandri hanya mampu mengangguk dan bersimpati mendengar cerita Xeva. Dia tidak pasti bagaimana hendak membantu Xeva. Kedainya hanya kedai yang kecil. Dia menepuk bahu Xeva.

“Aku turut bersimpati dengan kau. Aku harap boleh bantu kau,”

Xeva hanya mengangguk. Pandangan dihalakan ke lantai.

“Tapi, mungkin ini boleh mengembalikan semangat kau,” Sulandri menyerahkan sepucuk surat kepada Xeva. Perlahan Xeva menyambut surat itu. Dia membuka sampul surat itu.

Surat daripada syarikat penerbitan. Mereka ingin penjelasan deraf penuh untuk novel terbarunya, Neraka Irtiad.

“Maaflah, aku hantar deraf cerita kau pada mereka tanpa pengetahuan kau,” Sulandri tersenyum pada Xeva. Xeva melompat kesukaan. Dia memegang tangan Sulandri.

“Ini berita yang sangat baik! Terima kasih Encik Sulandri. Terima kasih banyak-banyak. Jesus saja mampu membalas budi baik tuan,” Xeva menari kesukaan. Sulandri hanya mampu tertawa.

“Ha, sudah. Buat kerja sekarang,” katanya sambil berlalu. Hatinya gembira dapat membantu anak muda bersemangat dan berbakat besar ini. Dia berpaling untuk melihat Xeva. Nampaknya dia sedang mendail nombor seseorang sambil tersenyum.

“Gembira sangatlah tu,” kata Sulandri dalam hati.

________________________________________

“Wow, Eve! Bila kau nak pergi pitching?” tanya Naela setelah aku beritahukan berita gembira itu. Suaranya kedengaran ceria. Aku senang sekali mendengar suara Naela begini.

“3 minggu dari sekarang. Sempatlah aku siapkan 3 lagi bab,” balasku.

“Bestnya! OK, sekarang aku nak buat kerja. Nanti balik, sambung cerita, OK!”

Aku cuba mendail nombor Justo. Tiada jawapan. Barangkali sibuk. Sekarang sudah pukul 4.30pm. Mungkin Justo sudah berada di studio. Aku sendiri sudah tamat kerja. Segera aku mencapai topi keledar untuk ke studio JayVox yang terletak kira-kira 25 minit perjalanannya dari tempat kerjaku.

Setelah sampai di tempat parkir, aku dapati Aprilia Justo berada di situ.

“Yes!”

Aku berlari dengan pantasnya tanpa memperdulikan sesiapa. Tak sabar rasanya hendak ku beritahu berita ini pada Justo. Dia fikir Neraka Irtiad hebat. Maka ternyata ada syarikat penerbitan yang berfikiran sama seperti Justo.

Sampai sahaja di studio, kelihatan mereka telah pun memulakan rutin. Aku tidak ingin mengganggu sesi latihan mereka, jadi aku menanti di pintu sahaja. Ketika hampir rutin terakhir barulah Justo terpandangkan aku di pintu. Dia tersenyum lalu mengangkat tangan padaku, menyuruh aku menunggu. Aku mengangguk.

Setelah muzik dihentikan, aku berjalan masuk ke studio menghampiri Justo. Dia mengelap peluhnya lalu menghampiriku juga.

“Hey, what’s up?” tanya Justo. Belum sempat aku membalas, terdengar suara yang biasa aku dengar sebelum ini memanggilku.

“Xeva? Xeva Ariyanti?” aku berpaling. Kelihatan seorang lelaki yang hampir sebaya denganku menghampiri. Wajah ini. Entah di mana aku melihatnya.

“Tommy? Oh my God!” aku terus memeluknya. Sudah hampir belasan tahun aku tidak bertemu dengan Tommy. Dia membalas pelukanku. Dia adalah di antara temanku yang paling rapat sewaktu kecil dulu. Tommy juga adalah ‘first crush’ aku. Ah … aku masih anak kecil lagi ketika itu.

“Ke mana kau menghilang sebelum ini?” tanyaku, ceria. Tommy masih kelihatan seperti dahulu. Wajah keanak-anakannya. Senyumannya.

“Aku ke luar negara menyambung pelajaran. Aku baru sahaja pulang,” katanya. Dia memegang lalu menekan kepalaku. “Kau masih pendek seperti dulu ya?” aku menolak tangannya sambil ketawa.

Tiba-tiba aku teringat tujuanku ke sini. Aku berpaling pada Justo. Wajahnya mencuka. Dia terus minum air dan mengelap peluhnya sambil melemparkan pandangan kurang senang terhadap aku dan Tommy.

“Sorry, Justo. Ini kawan lamaku, Tommy,”

“Ya, bo …” belum sempat Tommy menghabiskan ayatnya, Justo menolak Tommy mengarahkan dia menyertai rakan-rakan mereka yang lain. Dia memandangku kembali. Wajahnya masih mencuka.

“Ada apa mencariku di sini?” suaranya dingin. Oh … oh … cemburukah dia?

Aku menceritakan kepada tentang surat dari syarikat penerbitan. Memberitahu yang selama ini apa yang dia fikirkan itu benar.

“Ya, aku juga berfikiran begitu,” katanya. Masih dingin. Aku mengeluh. Begitu jauh aku ke mari, begini saja layanannya padaku?

Setelah tidak mendapatkan reaksi yang ku harapkan, aku hanya pulang dengan separuh hati. Sebelum sampai ke tempat parkir, Justo menghantar Whatsapp.

“Sorry. Ini berita gembira. Tahniah. Maaf kerana aku berkelakuan bodoh. Nanti kita celebrate, OK?”

Aku tersenyum kembali. Yep, he’s jealous. Hihihi … aku hanya mampu ketawa dalam hati.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s