CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 12

“Boss, maklumat yang boss minta hari itu, aku dah dapat,” kata Yvonne, pembantu peribadi Justo. Justo meletakkan fail di tangannya, lalu mengangkat kepala memandang Yvonne.

“Let’s hear it,”

“Dalam perancangan 5 tahun kerajaan tempatan, sememangnya kawasan setinggan itu akan dibangunkan sebagai kawasan perumahan mewah. Namun, rancangan ini mendapat bantahan penduduk setinggan di situ, maka rancangan itu tergendala seketika. Ada beberapa syarikat yang berlumba untuk mendapatkan kawasan itu. Yang paling kuat melobi untuk mendapatkan kawasan itu adalah Trans Pacific Landmark,” jelas Yvonne.

Justo mengerutkan dahinya. Trans Pacific Landmark? Macam pernah dengar nama syarikat itu.

“Rancangan itu sudah diluluskan atau belum?”

“Belum, boss,”

“Good. Thanks, Yvonne. Kerja yang bagus,”

Bukan berita yang baik. Keputusan itu boleh berubah bila-bila masa sahaja. Dia bertekad untuk membantu Xeva dalam masalah ini.

____________________________________

Xeva mengarahkan Justo membelok ke sebuah padang rekreasi. Justo terpinga-pinga. Ini tempat kegemaran Xeva? Matahari baru sahaja terbenam. Kawasan itu tidak terlalu terang. Dari jauh, kelihatan sekumpulan manusia sedang berkumpul di hadapan pentas kecil. Di kiri dan kanan kawasan rekreasi itu terdapat gerai-gerai kecil menjual makanan ringan.

“Cepatlah! Dah nak mula!” kata Xeva. Justo mengunci tayar motorsikalnya lalu berlari anak menuruti langkah Xeva. Xeva kelihatan sangat ceria. Justo turut terkesan dengan aura ceria yang dibebaskan oleh Xeva. Jiwanya terasa tenang sekali melihat gelagat dan gerak tubuh Xeva yang comel itu.

Xeva mengajak Justo di duduk di satu sudut yang tidak jauh dari pentas kecil itu. Xeva memberikan seikat kertas surat khabar kepada Justo.

“Buat lapik untuk duduk,” katanya.

Mereka pun duduk dengan tenang di atas padang rumput itu. Justo membaca ‘banner’ yang tersangkut di tepi pentas itu. Sayembara Puisi Anak-anak Jalanan. Rupa-rupanya Xeva suka mendengar puisi.

“Esentrik. Tapi menarik,” kata hati kecil Justo.

“Tunggu kejap. Aku nak membeli kudapan,” berpusu Xeva menghampiri gerai. Sementara menantikan Xeva, Justo menguap kerana terlalu bosan. Puisi bukanlah sesuatu yang digemari. Mungkin kerana dia tidak memahaminya. Namun dia sanggup bertahan untuk mengenali Xeva dengan lebih dekat. Xeva datang kembali dengan bungkusan makanan ringan.

“Nak chips?”

Justo menggeleng. “Aku tak makan makanan ringan,”

“Oh, sorry. Kejap, aku pergi beli buah,” baru sahaja Xeva nak melangkah, tangannya ditarik oleh Justo.

“Tak payahlah. Air dah cukup,”

Xeva kembali duduk. Dia mendengar puisi dengan khusyuknya, seolah-olah menghayati setiap bait yang dideklamasikan. Hilang mengantuk Justo. Asyik memerhatikan gadis mungil di hadapannya. Tiba-tiba Xeva kelihatan kurang senang. Segala gerak-gerinya serba tak kena. Dia mula menggengam hujung T-shirtnya semahunya.

“Kenapa, Xeva? Ada yang tak kena? Kenapa genggam baju begitu?”

“Oh, aku gementar. Setiap kali aku gementar, beginilah aku. Tabiat buruk. Itu sebabnya baju aku semua rosak dihujungnya,” kata Xeva. Justo mengerutkan dahinya.

“Kenapa gementar?”

“Kita mempersilakan pemuisi residen kita, Xeva Ariyanti untuk ke hadapan. Beliau akan mendeklamasikan puisi bertajuk, Saat Ini,” pengerusi majlis mengumumkan. Perlahan Xeva bangun. Dia menyerahkan makanan ringannya pada Justo. Xeva membetulkan hujung bajunya, berjalan perlahan menuju ke pentas. Terdengar tepukan tangan dan siulan yang kuat mengiringi langkah Xeva. Pastinya Xeva amat dikenali di sini.

“What? She’s a poet, too?” kata hati Justo. Justo tersenyum. Xeva ternyata penuh dengan kejutan.

Xeva kelihatan pucat dan bagaikan takut-takut bagaikan pertama kali membaca puisi. Malah dia hampir menjatuhkan mikrofon namun sempat disambutnya. Justo hanya ketawa dalam hati.

“Cemerkap betul,”kata Justo dalam hati.

Xeva memejamkan matanya bagaikan mencari ketenangan. Dia menarik nafas dalam lalu membuka matanya. Dengan tiba-tiba, Xeva menjadi manusia yang lain. Dia mendeklamasikan puisinya dengan penuh perasaan tanpa memperdulikan manusia di sekelilingnya. Air mukanya, gerak tubuhnya, kata-katanya, cuba membawa para pendengarnya menghayati bait-bait yang disampaikan. Ada ketika suaranya kedengaran sayu, menyentuh sudut hati Justo. Luar biasa. Itu sahaja perkataan yang dapat menggambarkan Xeva pada ketika ini.

Setelah tamat puisinya, Xeva mendapat tepukan yang paling gemuruh. Justo turut berdiri memberi penghormatan. Xeva malu-malu kembali ke tempat duduknya. Setelah duduk di sebelah Justo, Justo hanya mampu memandang Xeva sambil tersenyum, tanpa berkata apa-apa. Xeva mengerutkan dahinya.

“Apa?”

“Kau ni hebatlah. Tak padan dengan kecil,” kata Justo bersahaja. Xeva hanya tersenyum dan tunduk malu.

“Merepeklah,”

Justo menghantar Xeva pulang tepat jam 8.45 malam. Sebelum Xeva masuk, Justo memberitahu Xeva tentang berita yang didapatinya daripada Yvonne pagi tadi. Xeva kelihatan sugul setelah mendengar berita itu. Justo merasa bersalah melihat keadaan Xeva.

“Hey, jangan risau. Aku akan cuba tolong kau, OK?”

“Tak apalah. This is not your fight,” kata Xeva perlahan. Justo memegang bahu Xeva.

“Apa guna kawan kalau tak boleh tolong, bukan?” Justo cuba meyakinkan Xeva. Xeva memaksa sebuah senyuman.

“Terima kasih,” perlahan Xeva masuk ke dalam rumah selepas mengucapkan selamat tinggal.

Justo bagaikan kaku di luar rumah Xeva. Bagaimana untuk aku tolong Xeva tanpa mendedahkan siapa diri aku sebenarnya? Sampai bilakah kebenaran dapat kusimpan sehingga aku benar-benar pasti yang Xeva akan menerima aku seadanya?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s