CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 10

Naela menuruti langkah Justo dari jauh. Dia bernasib baik kerana ketika itu adalah waktu sibuk, ramai orang berpusu-pusu untuk masuk ke dalam lif untuk masuk kerja. Maka Justo tidak sedar yang dia diekori. Sampai di tingkat 7, Justo keluar dari lif. Naela menuruti.

“Cik, mau ke mana?” penyambut tetamu menahan Naela. Dia melihat Naela dari bawah ke atas. Naela hanya berselipar Jepun, berskirt lusuh dan T-shirt.

“Aku ingin berjumpa dengan Justo,”

“Tuan Justo?” tanya penyambut tetamu itu, sedikit keliru.

“Tuan Justo?” kata hati Naela. “Ya, dia,”

“Ada appointment?”

“Ahhh … !!”

“Naela?” tiba-tiba Justo keluar. Wajahnya kaget.

Naela hanya berpeluk tubuh memandang Justo dengan bersahaja.

______________________

Ir Justo Adrian, CEO. Naela membaca tanda nama di atas meja Justo.

“Ir? Nama jenis apa tu?” kata hati Naela. Dia berpeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya di atas sofa empuk dalam pejabat Justo. Justo tersenyum sambil meletakkan kopi di atas meja kopi berhampiran Naela.

“Jemput minum, Naela,” jemput Justo, dengan sopan, lalu dia mengambil tempat di sebelah Naela.

“Jadi, Ir. Apa ertinya semua ini?”

“Ir?” Justo mengerutkan dahi sambil tersenyum simpul. Naela mengumam. Benci melihat Justo begitu.

“Namaku Justo. ‘Ingenieur’ itu datang bersama dengan ijazah dan kelayakan profesionalku,”

“Apa-apalah. Aku tidak suka penipu macam kau berkawan dengan Xeva. Kau fikir kau banyak wang, kau boleh mempermainkan kami anak-anak miskin?”

Justo menarik nafas dalam-dalam, kemudian melepaskan satu keluhan. Dia memandang wajah Naela seketika.

“Nayi … ”

“Hanya Xeva boleh panggil aku Nayi,”

“Baiklah, Naela. Aku ikhlas ingin bersahabat dengan Xeva. Benar-benar ikhlas. Aku tidak berniat untuk menipu atau mempermainkan dia. Sekarang kau jawab soalan aku pula. Kalau aku beritahu Xeva perkara sebenar, apakah dia mahu berkawan dengan aku?” Tanya Justo bersungguh-sungguh. Matanya memandang tepat pada Naela.

Naela terdiam sebentar. Kata-kata Justo ada kebenarannya.

Hampir setengah jam, Justo menerangkan situasi sebenar kepada Naela agar Naela faham mengapa dia tidak berterus-terang. Naela juga memberitahu sebab mengapa dia menentang perhubungan mereka dan serba sedikit kisah hidup Xeva yang lalu. Akhirnya mereka menerima penjelasan situasi masing-masing. Mereka bersetuju untuk merahsiakan pertemuan ini daripada Xeva terlebih dahulu. Justo menawarkan untuk menghantar Naela pulang, namun Naela menolak.

“Hey, ini bukan bererti aku suka kau berkawan dengan Xeva, ya! Aku memerhatikan kau,” kata Naela sambil mengecilkan matanya, menggunakan jari telunjuk dan jari hantu diletakkan di hadapan matanya lalu dihalakan kepada Justo. Justo hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

Setelah Naela pergi, Justo menyandarkan badannya ke sofa.

“Pheww. Satu masalah selesai!” kata hati Justo.
__________________________________________________

Hatiku berdebar-debar. Sekejap aku duduk, sekejap aku berdiri. Sesekali aku membetulkan ikatan rambut. Sesekali aku membetulkan seluar jeans dan T-shirt lengan panjangku.

“Dah lawa dah,” tegur Naela. Aku mencebik. Naela menjelir padaku. Aku membalas jelirannya. Beginilah kami sejak kecil lagi.

Terdengar deruman motorsikal berkuasa tinggi masuk ke kawasan setinggan itu. Hati aku semakin tak keruan. Aku melambai-lambai ke arah Justo. Justo terus memacu motorsikalnya ke hadapan rumahku.

“Lama dah tunggu?” tanya Justo sambil membuka topi keledarnya. Aku menggeleng.

Rambutnya barangkali baru dipotong, kelihatan kemas sekali. Aduh, aduh, aduh … ingin pengsan aku melihat dia memakai T-shirt tanpa lengan, menampakkan keseluruhan cacahan Polynesia berbentuk matahari, beberapa segitiga kecil, mata lembing dan sulur paut yang cantik, dari pangkal lengan, bahu dan barangkali bahagian belakang badannya yang ditutupi oleh T-shirtnya.

Justo menunduk sedikit, tanda hormat pada Naela. Naela hanya meletakkan jari telunjuk dan jari hantu di hadapan matanya lalu dihalakan kepada Justo. Aku menjegilkan mataku pada Naela.

“Eve, ajak kawan kamu masuk ke dalam rumah dulu,” kedengaran suara ayah memanggil dari dalam rumah. Oh, oh …

Justo kelihatan teragak-agak. Aku menggesa dia masuk dengan segera. Setelah aku memperkenalkan ayahku dan ibuku dan memperkenalkan Justo juga, Justo memohon kebenaran mereka untuk membawa aku keluar.

“Tattoo di lengan itu, lambang gengster atau apa?” tanya ayah tanpa berselindung. Justo terpempan. Serta-merta dia memegang cacahan lengannya lalu menggosoknya perlahan. Aku juga mengerutkan dahi memandang ayah. Aku terdengar Naela tertawa kecil di luar rumah. Ibu memegang lengan ayah.

“Abang … ” ibu menggeleng perlahan.

“Tidak, uncle. Ini sekadar body art saja. Ketika saya belajar, semua kawan-kawan lukis tattoo. Saya ikut sekali. Jangan risau, ini bukan lambang gengster,” jawab Justo perlahan. Dia memandangku sekilas.

“Ke mana kau nak bawa Eve?”

“Ke studio tarian, Uncle Xavier,”

“Pastikan kau hantar dia balik sebelum pukul 9 malam,” kata ayah, tegas. Tangan ayah dipegang ibu.

“Abang, diaorang dah besar,” kata ibu perlahan. Ayah memandang ibu. Lama sekali.

“Eve tetap anak kecil aku walau sebesar mana pun dia. You heard me, boy?”

“Yes, sir!” jawab Justo sambil mengangguk. Justo memandangku lalu tersenyum. Aku membalasnya.

Dia memakaikan topi keledar padaku. Ketika membonceng, tanganku ditarik ke pinggangnya. Alamak, janggalnya.

“Your dad is tough,” bisik Justo. Aku hanya tersenyum.

“Tell me about it,”

“Sedia?”

Aku mengangguk. Justo menghidupkan motorsikalnya lalu memecut keluar dari kawasan setinggan itu.
Aku tak pasti bagaimana temujanji kami yang pertama ini berjalan. Aku cuma berharap dapat kenal Justo dengan lebih rapat lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s