THOUGHTS – MASIH ADAKAH KEMANUSIAAN?

Dengan kekejaman, peperangan dan penindasan yang berlaku di seluruh dunia, baik atas nama agama, bangsa atau negara, seringkali saya hampir hilang harapan dengan kemanusiaan.

Sedangkan hampir setiap hari, saya terpaksa menanamkan rasa cinta dan kasih sayang dalam jiwa anak-anak pelarian yang ditindas, yang pernah melihat pembunuhan kejam, yang pernah didera secara mental, fizikal dan seksual dan juga yang mengalami masalah mental dan psikologi akibat pembersihan etnik.

Saya harus ajar mereka cinta sedangkan dunia penuh kebencian. Bolehkah?

Hal yang berlaku di Rakhine adalah hal politik, namun agama dijadikan tunggangan dan alasan untuk membenarkan yang salah, dan menyalahkan yang benar. Jika agama tidak boleh menjadikan manusia baik, maka apa lagi yang boleh?

Maka setiap kali saya tertekan begini, saya akan mendengar lagu Nella Fantasia. Lagu ini memberikan saya harapan bahawa masih ada kemanusiaan di dunia ini.

Walau apa pun agama kita, ketika lahir, kita lahir sebagai seorang manusia terlebih dahulu. Kemudian baru dididik dengan agama oleh ibu bapa kita. Maka hulurkan kasih sayang dan kemanusiaan. Lupakan perbezaan agama dan bangsa. Serta lain-lain istilah yang membezakan manusia. Marilah sama-sama kita jadikan dunia ini, dunia yang lebih baik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s