THOUGHTS – MANUSIA PERTAMA MENGELILINGI DUNIA – ENRIQUE DE MALACCA?

Sejarah kerapkali di’putih’kan oleh bangsa Kaukasia. Daripada Jesus dan Pharaoh sehinggalah kepada siapa yang pertama mengelilingi dunia.

Walaupun Ferdinand Magellan menjadikan perjalanan mengelilingi dunia sebagai misinya, namun takdir tidak menyebelahinya apabila beliau dibunuh di Filipina.

Maka dikatakan hamba yang dijadikan penterjemah Bahasa Melayu di sepanjang perjalanan Magellan itulah yang berjaya mengelilingi dunia.

Enrique dikatakan dijadikan hamba ketika berusia 16 tahun dan dibaptiskan sebagai seorang Kristian dalam perjalanan ini. Nama dan agama asal Enrique tidak diketahui.

Ada banyak perdebatan, berkenaan asal-usul penterjemah Bahasa Melayu ini. Awang merupakan nama yang diberikan oleh penulis novel Harun Aminurrashid dalam bukunya yang berjudul Panglima Awang. Namun tidak dapat dipastikan apakah ini nama sebenar penterjemah tersebut kerana tiada sumber sejarah yang mengesahkan perkara ini. Nama Enrique de Malacca adalah nama yang tercatat dalam wasiat Ferdinand Magellan. Dalam jurnal Antonio Pigafetta, salah seorang anak kapal Magellan yang menyatakan bahawa penterjemah ini berasal dari Zamatra atau Sumatra.

Gelaran Henry The Black pula diberikan setelah penterjemah ini meningkat dewasa kerana beliau sedikit hitam berbanding anak kapal yang lain. Ada sejarawan yang menyatakan bahawa Henry The Black berasal dari Filipina kerana dikatakan mampu berbahasa Visayan/Bisayan. Namun sejarah membuktikan bahawa Henry The Black tidak boleh berkomunikasi dengan orang tempatan Visayan sebaliknya boleh berkomunikasi dengan raja Visayan. Ini tidaklah menghairankan kerana zaman kegemilangan Empayar Melaka, Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca.

Apa pun, kesemua ini hanya boleh disahihkan dengan kajian yang mendalam oleh sejarawan tempatan atau sejarawan Nusantara. Sesungguhnya bangsa Nusantara juga telah menempa sejarah dunia yang penting dan kita bertanggungjawab membuktikannya. Harapan saya agar adanya sejarawan muda yang mampu meneruskan kajian ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s