CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 8

Justo merenung ke luar jendela. Hatinya bungkam. Masih terngiang-ngiang kata-kata Xeva tempoh hari.

“Karena aku bencikan borjuis. Borjuis telah membuang ayahku di saat dia paling memerlukan wang, ketika abangku Alex sakit. Sedangkan kerjanya amat bagus sekali. Akibat buntu untuk mencari wang, ayah gagal mencari dana yang cukup untuk merawati Alex. Alex meninggal akhirnya. Sehingga kini, ayah sering menyalahkan dirinya atas kematian Alex. Lagipun, cita-citaku adalah untuk menjadi penulis. Aku tak ingin makan gaji selamanya,” jawab Xeva ketika ditanya mengapa dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kecil, walhal keputusan peperiksaan IGCSE nya bagus sekali.

Walaupun layak ke universiti, keadaan bapanya yang tidak bekerja ketika itu menyebabkan dia tidak mampu untuk meneruskan pelajaran.

“Boss, mari kita mulakan sesi tarian,”

Suara Rocco menghentikan lamunannya. Semua orang sudah menantikan dia di lantai dansa. Justo bingkas bangun. Rocco memasang muzik rancak,remix kepada lagu-lagu dance antarabangsa, lalu kumpulan sepuluh penari itu memulakan gerakan street dancing yang telah mereka berlatih sejak 8 bulan yang lalu. Mereka ingin menyertai pertandingan street dancing yang akan berlangsung lagi 3 bulan.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Justo memohon maaf kerana terlupa mematikan telefon bimbitnya.

“Jay, malam ni dinner dengan papa, OK. Tempat biasa,”

Setelah tamat latihan, Justo memacu Aprilia nya ke Le Voltaire, sebuah restoran makanan Perancis yang paling mewah di ibu kota yang menjadi kegemaran papanya. Papanya bangun dari kerusi apabila terlihat Justo melangkah masuk ke restoran. Wajahnya ceria. Satu-satunya anak lelakinya itu dipeluk rapat. Justo membalas pelukan papanya. Terasa tenang sekali berada dalam dakapan papanya. “Bagaimana mama boleh berkata yang bukan-bukan terhadap papa?” kata hati Justo.

“Hey, you are not yourself tonight,” kata Juninho, memandang wajah anak lelakinya yang berkerut sejak tadi. Seolah-olah ada sesuatu yang difikirkannya.

“Masalah kerja, papa,”

“You can’t lie to me and you know that. What is it?”

Wajah papanya yang berusia lewat 50-an itu direnungnya. Benar, Justo tidak bisa berbohong pada papanya. Papa terlalu memahaminya.

“This girl I met…”

“A girl? Wow…” papanya tersenyum sambil meletakkan kutleri dan mula memberi sepenuh perhatian kepada cerita Justo. Justo menceritakan semua yang berlaku kepada papanya. Papanya terkadang mengangguk, sesekali menggosok dagunya. Setelah ceritanya ditamatkan, Justo memandang wajah papanya dengan penuh harap agar papanya dapat memberi jawapan kepada persoalan hatinya.

“Sounds complex, eh? The best solution is to come clean. Sooner or later, she would know. If she knew from others, you will be in hot water,” kedengaran mudah sahaja penyelesaiannya, namun apakah semudah itu untuk melaksanakannya?

Ting! Justo mencapai telefon bimbitnya. Whatsapp dari Xeva. Lantas dia tersenyum. Juninho hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang tiba-tiba ceria membaca Whatsapp.

“Hai. Buat apa?”

“Makan dengan papa,”

“Macam mana sesi tarian?”

“Bagus,”

“Aku teringin sekali melihat kau menari 😛 😛 ,”

Semakin lebar senyuman Justo. “Nakal,” ujar hati kecilnya. Kalau berdepan, malu-malu sahaja. Memang Justo bercadang mahu membawa Xeva ke sesi tariannya. Namun hati kecilnya masih risau. Bilakah saat yang sesuai untuk dia berterus-terang dengan Xeva tentang situasi sebenar? Mahukah dia menerima penjelasan Justo? Apakah persahabatan mereka akan berkubur begitu sahaja sedangkan Justo benar-benar ikhlas ingin mengenali gadis mungil cemerkap yang bercita-cita besar untuk menjadi seorang penulis terkenal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s