THOUGHTS – KEJATUHAN TAMADUN ISLAM YANG GEMILANG (2)

Dalam posting yang lalu, saya ada membincangkan tentang bagaimana tamadun gemilang Abbasiyah dibina. Menarik untuk dilihat sebenarnya punca-punca masyarakat Islam maju ketika itu adalah kerana sikap mereka sendiri yang begitu berdaya maju dalam mencari ilmu.

Hari ini kita akan bincangkan mengapa ia runtuh pula.

MENGAPA TAMADUN ISLAM MEROSOT

1. BERKEMBANGNYA ALIRAN ASH’ARIYYAH
Aliran ini diterajui Abul Hasan Al-Asya’ari yang pada awalnya berpandangan Muktazilah namun akhirnya mempunyai konflik diri yang tidak berjawab lantas menerajui aliran Ash’ariyyah. Ash’ariyyah berpendapat bahawa pandangan Muktazilah telah lari daripada pandangan Islam yang asal, lalu bertekad untuk membawa kembali pandangan Islam yang syumul menurutnya.

2. TAHAFUT AL FALASIFAH
Pandangan Ash’ariyyah berpendapat bahawa Al Quran tidak boleh dipertikaikan atau dicabar sama sekali juga menentang ilmu falsafah yang seringkali mencabar perihal-perihal ketuhanan dan mengajak kepada pemikiran logik atau akliyyah. Antara tokoh yang kuat menentang ilmu falsafah adalah Imam Al-Ghazali sehingga beliau mengarang buku Tahafut Al Falasifah. Dia juga mengkritik pengikut-pengikut ilmu falsafah seperti Al Farabi dan Ibnu Sina. Imam Al Ghazali menganggap ilmu falsafah dan ilmu sains dan teknologi menjadikan umat Islam kurang solih.

3. TRADISI IJTIHAD
Golongan Ash’ariyyah percaya Al Quran dan hadith telah memberi jawapan kepada semua permasalahan dalam Islam. Maka ijtihad, yakni penaakulan bebas dan pemikiran kritikal, telah dikurangkan berbanding ketika majunya pandangan Muktazilah yang menebalkan dalil akliyyah, ijtihad dan menjadikan Al Quran sebagai panduan. Tokoh-tokoh yang menentang pengurangan ijtihad seperti Ibnu Rushd dibuang, buku-bukunya dibakar, dianggap sebagai bidaah.

4. PENENTANGAN SYIAH
Tamadun Abbasiyah berjaya antaranya kerana bantuan orang-orang Parsi yang berfahaman Syiah. Ini kerana orang Parsi sangat menyanjungi keluarga Nabi (tamadun Abbasiayah diasaskan oleh cicit Abbas ibnu Abdul Mutalib, yakni bapa saudara Nabi Muhammad SAW). Namun begitu, Kerajaan Abbasiyah berpegang teguh kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah. Maka apabila kerajaan berada di puncak, Kerajaan Abbasiyah telah menghalang kegiatan golongan Syiah sehingga menimbulkan penentangan.

5. RAMPASAN KUASA GOLONGAN MAMLUK
Kerajaan Abbasiyyah telah membentuk tentera yang terdiri daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman Khalifah al-Mu’tasim (842-847). Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam. Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara perlahan sehinggalah mereka merampas kuasa. Selepas itu, pemimpin Bani Abbasiyyah menjadi boneka sehingga khalifah mereka dimusnahkan sepenuhnya oleh puak Mongol pada 1258.

6. SIRI-SIRI PEPERANGAN DENGAN KUAS LUAR.
Kerajaan Abbasiyah sering menghadapi ancaman kuasa luar seperti kerajaan Byzantine. Hulagu Khan daripada kerajaan Mongol kemudiannya menyerang kerajaan Abbasiyah, membunuh pemerintah terakhir yakni Al-Mu’ tasim seterusnya menamatkan kerajaan Abbasiyah amnya, dan tamadun kegemilangan Islam khususnya.

Rumusannya, kegagalan tamadun gemilang Islam adalah disebabkan oleh sikap umat Islam mempunyai perspektif berbeza terhadap ilmu dan juga bersengketa sesama sendiri atas sebab sosial, politik dan hal-hal akidah. Perkara ini amatlah menyedihkan.

Ini hanya pandangan saya secara peribadi dan saya sedia berbincang jika ada input yang lebih baik.

Bacaan lanjut :

The Arabs in History – Bernard Lewis
Greek Thought, Arabic Culture: The Graeco-Arabic Translation Movement in Baghdad and Early ‘Abbasaid Society – Dimitri Gutas
The Closing of the Muslim Mind – Robert R. Reilly
Tahafut Al-Falsifah – Imam Al-Ghazali
The Crisis of Islamic Civilization – Ali. A. Allawi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s