CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 7

27 tahun. Kerani syarikat kejuruteraan. Street dancer? Bapanya berbangsa Filipina dan ibunya berbangsa Cina Indonesia. Ada seekor chihuahua bernama Ergo.

Aku tersenyum sendirian di atas katil. Sudah kacak, lagi pandai menggoyangkan badan? Wow! Aku mengusap buku yang diberi Justo. Prihatin sekali dia.

“Sudah gila agaknya tersenyum seorang diri!”

“Naela!!!Wah, rindunya aku padamu!!”

Aku bingkas bangun lalu memeluk erat sahabat karibku, Naela. Naela berusia setahun lebih tua dariku. Kami sudah tinggal sekampung sejak sekian lama. Naela bagaikan kakakku. Kami sangat akrab. Ketika Alex meninggal dunia, Naela lah tempat aku mengadu dan bergantung harap. Jika tidak kerana Naela, pasti aku akan tewas dengan perjuangan melawan diri sendiri.

Naela menyerahkan bungkusan plastik kepadaku. Aku mencapainya lalu mengintai dalam plastik. Naela membawakan sebungkus Chachos kegemaranku. Aku terasa amat girang, lantas mencium pipi Naela. Naela menendang punggungku sehingga tersembam aku di atas katil. Aku tertawa riang.

“Woi, aku bukan lesbian, OK!”

Sudah hampir 2 minggu Naela tidak menjejakkan kaki ke rumahku. Naela bekerja sebagai seorang pengemas bilik di sebuah hotel di ibu kota. Kami riang bercerita tentang kehidupan masing-masing selama 2 minggu tidak bertemu. Pastinya sebahagian besar perbualan berkisar tentang Justo, lelaki yang baru aku temui di Starbucks.

“Jadi dah ada teman lelaki lah? Hebatlah kau, Eve. Gadis pendek dan cemerkap semacam kau punya boyfriend yang menunggang superbike. Anak orang kayakah dia?” tanya Naela sambil mengunyah Chachos.

Aku menggeleng.

“Bukan teman lelakilah. Kami baru bertemu. Kalau dia anak orang kaya, tak mungkin aku mahu berkawan pun dengannya. Mereka semuanya bangsat. Untuk dapatkan Aprilia itu, dia bekerja siang malam. Siang kerani. Malam menari street dancing,”

Naela kelihatan tidak berapa yakin dengan penjelasanku. Wajahnya berkerut. Bagaikan memikirkan sesuatu.

“Dan kau percayakan dia?”

Aku mengangguk. Kenapa pula aku tidak percaya? Dia nampaknya jujur, ikhlas. Buah bicaranya sopan. Tak mungkin dia berbohong.

“Jangan-jangan dia menjual dadah? Zaman sekarang ini, lelaki kacak begitu, bukan boleh dipercayai sangat. Lagipun kau tu mudah sangat percayakan orang,” kata Naela bersahaja. Aku mencebik lalu menolak bahu Naela. Naela hanya mengangkat bahunya. Dia membetulkan bantal yang diletakkan di dadanya.

“Tapi ketika aku berjumpa dia, entah apa sialnya, aku datang bulan pula. Aku ingin pulang, namun tak bisa. Sofa bagai melekat dipunggung,”

“Ahhh … kalau sudah suka, alasan merimbun menampan bicara. Tak payahlah kau nak berselindung denganku, Eve. Ingat semasa tahun tiga sekolah rendah, kau sukakan budak Tommy tu, duit belanja sekolah kau simpan untuk membeli kereta permainan untuknya. Bodoh kau ni,” kata Naela sambil menunjal dahiku.

Aku menyeringai lalu memukul bahu Naela dengan kuat. Apa lagi diungkit kisah lama yang memalukan itu? Naela menjerit kesakitan sambil menggosok bahunya.

Tiba-tiba ibu datang dengan wajah yang cemas. Mulutnya cuba mengumat-ngamit sesuatu tetapi suaranya tidak keluar. Dia hanya menunjuk-nujuk ke arah depan rumah. Dengan segera aku dan Naela berlari ke halaman rumah. Rupanya ayah sudah pun berada di halaman. Wajah tuanya juga kelihatan risau. Kelihatan peluh menitik di dahinya. Dia menggosok-gosok dadanya. Aku memeluk bahu ayah, cuba menenangkan dia.

Kelihatan sekumpulan lelaki berpakaian kemas dengan peralatan mengukur tanah sedang berbincang dan bersedia untuk mengukur tanah di sekeliling rumahku dan penduduk kampung yang lain. Apakah mereka ingin merampas tanah kami?

“Apa ini?” aku menghampiri kumpulan lelaki tersebut. Naela mengikutiku. Wajahnya cemas.

“Maaf ya saudara, kalau saya bisa bertanya. Mengapa saudara ke sini dan mengapa tanah kami diukur?” tanyaku, cuba mengawal suaraku yang gementar dan berbicara sesopan mungkin.

“Kami hanya menjalankan arahan. Kami tidak tahu mengapa,”

“Ada surat?” tanyaku kembali. Mereka memberikan aku sehelai dokumen daripada pihak kerajaan yang mengarahkan syarikat pengurusan tanah ini mengukur tanah di kawasan itu tanpa memberikan sebarang alasan. Hatiku terasa tidak tenteram. Aku masih teringat janji wakil rakyat kawasan itu, bahawa tanah yang kami tumpangi sebagai setinggan itu akan dibiarkan tanpa pembangunan dan dia akan cuba untuk memujuk pihak kerajaan memberikan hakmilik tanah kepada kami sebagai penduduk asal kawasan itu. Dasar bangsat semua politikus tidak boleh dipercayai. Naela memandang wajahku dengan pandangan risau.

Aku menggenggam tangannya.

Bersambung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s