KEJATUHAN TAMADUN ISLAM YANG GEMILANG (1)

Aku gemar benar mengkaji persoalan-persoalan sejarah kerana aku percaya manusia akan belajar melalui kesilapan lalu. Terus persoalan yang masih aku kaji sehingga kini dan masih menjadi kegilaan aku adalah mengkaji kejatuhan kegemilangan tamadun Islam.

Mengapa Muslim yang gah seantero dunia suatu ketika dulu, kini rebah tidak terbangun lagi? Muslim sering membanggakan tamadun Islam yang mekar ketika Empayar Abbasiyah, namun tidak pernah cuba bertanya di mana kegagalannya sehingga kini?Kebanggaan sahaja tidak dapat membangunkan tamadun, sahabat.

BAGAIMANA TAMADUN GEMILANG ISLAM ABBASIYAH DIBINA

Daripada pembacaan aku yang tidak seberapa, aku dapat rumuskan kepada beberapa perkara :

1. EMPAYAR BESAR, HARTA MELIMPAH RUAH
Ketika zaman Abbasiyah, empayar Abbasiyah merupakan di antara empayar terbesar di dunia. Kekayaan dan kemakmuran melimpah ruah dalam empayar Abbasiyah, maka empayar Abbasiyah mempunyai dana yang hebat untuk membiayai pelajaran.

2. GERAKAN PENTERJEMAHAN GREEK-ARAB
Kehebatan bermula dengan Khalifah Al Ma’mun yang mula membiayai gerakan menterjemahkan karya-karya falsafah dan sains teknologi Tamadun Greek Kuno. Poin yang menarik yang harus diketahui, masyarakat Greek ketika itu adalah masyarakat pagan (penyembah berhala) dan free thinker (tidak mempercayai Tuhan/ateis). Mereka menolak sepenuhnya agama Kristian. Jadi mengapa pemimpin Islam mahukan karya-karya penyembah berhala dan free thinker?

3. PANDANGAN MUKTAZILAH-ALIRAN RASIONALIS ISLAM
Ini adalah kerana keterbukaan fikiran masyarakat ketika itu kepada ilmu falsafah dan sains untuk memperbaiki kehidupan seharian mereka dalam beragama serta mempraktikkan Al Quran dan hadis seperti Ibnu Al Shatir yang mengkaji ilmu trigonometri dan astronomy untuk menentukan waktu sembahyang dan waktu puasa di Masjid Besar Damaskus. Masyarakat Abbasiyah menerima konsep Muktazilah, yakni aliran rasionalis Islam. Masyarakat yang rasional dan liberal. Pemahaman ini dipromosi sendiri oleh khalifah-khalifah Abbasiyah. Malah karya-karya Greek ini dibaca dan dibahaskan secara terbuka oleh saintis-saintis Islam sebagaimana Ibnu Rushd membahaskan falsafah Aristotle.

4. TIADA SEMPADAN POLITIK DAN BAHASA
Pemerintah Abbasiyah berjaya membuang sempadan politik, juga sempadan bahasa dengan menjadikan bahasa Arab sebagai pengantar dibantu dengan pergerakan penterjemahan di keseluruhan empayar Abbasiyah. Pemimpin Islam juga ketika itu menjemput tamadun lain untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Mereka begitu sibuk mencari ilmu sehingga ketika itu ramai saintis Islam merupakan polymath (pakar pelbagai bidang). Tiada masa nak bergaduh siapa kafir, siapa tidak waktu ini, OK?

5. PENGARUH HELLENISTIK
Adaptasi pengaruh Hellenistik yakni mengambil budaya, seni, pemikiran dan bahasa Greek juga menjadi jentera kepada kejayaan tamadun Islam. Ia bermula sebagai taktik politik, yakni meyakinkan orang-orang Parsi untuk menyokong empayar Abbasiyah, kerana bahasa Greek pernah dijadikan bahasa pentadbiran kerajaan Sasanid. Maka mengadaptasikan pengaruh Hellenistik seolah-olah membawa kebangkitan kembali empayar Parsi itu.

Ini sajalah yang mampu aku coretkan hari ini. Aku kira penyelesaian kepada masalah adalah dengan mendalami permasalahan itu hingga ke akarnya. Bukan dengan perbuatan membangga diri dengan tamadun lepas.

Aku mengalu-alukan komen serta perbincangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s