CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 4

Wah! Pucuk dicita, ulam mendatang.

Seharian kelmarin Justo mimikirkan bagaimana hendak memulangkan kad akses pejabat kepada gadis ketot bernama Xeva itu. Pastinya dia dalam kesusahan hari ini tanpa kad aksesnya. Terima kasih, perut. Tiba-tiba pula hari ini kau teringin nak makan McDonald’s, kata hati Justo. Mungkinkah ini takdir? Karena sebenarnya Justo bukanlah penggemar makanan segera. Mungkin kejadian pagi tadi, menyebabkan dia ingin memusnahkan diet yang telah lama dijaganya.

“Mama takut kamu jadi macam papa,”

“Jadi macam mana,Ma? He’s a great papa. Jay sudah besar lah, Ma. Cukup-cukuplah,”

Justo terus memakai pakaian kerjanya sambil mama terus memujuknya untuk mengambil alih syarikatnya. Mama masih cuba nak memburukkan papa setelah hampir beberapa tahun mama sudah bercerai dengan papa.

There are things that he hide from you. I don’t want to be the one who spills the beans. I am worried about you. That’s all,”

Rahsia? Rahsia apa? Selama Justo hidup dengan papanya, dia tidak rasa papanya melakukan apa-apa kesalahan. Baik dari segi keibubapaan atau pekerjaan. Papa sangat pelembut. Mama pula sangat tegas. Sangat-sangat tegas. Justo kurang pasti apa punca perceraian mereka. Setiap kali memikirkan soal itu, dia pasti sangat tertekan.

“Saudara?”

Lamunan Justo terhenti. Gadis ketot pendek bernama Xeva ini memandangnya dengan hairan. Sudah habis 2 cawan sundae dimakannya. Sedangkan Justo belum pun menjamah Big Mac yang dibelanja oleh Xeva kerana memulangkan kad akses pejabatnya. Walaupun puas Justo menolak, kerana dia sendiri yang berhajat untuk membelanja gadis itu, tetapi sebaliknya pula yang terjadi.

“Ada masalah?”

Justo menggeleng sambil tersenyum tawar. “Hal kerja sahaja. Kamu juga ada masalah? Kenapa sampai 4 sundae?”

Xeva tersenyum malu, namun pandangannya redup dan lemah sekali.”Hmm … ya. Ada sesuatu yang berlaku. Mau satu?”

Justo menggeleng sambil mengerutkan dahinya, “Aku tak suka benda manis.” Justo terdiam seketika kemudian meneka, “Apakah manuskrip kamu ditolak?”

Xeva membulatkan mata sambil menganga. Bagaikan tak percaya. Justo tersenyum melihat gelagat gadis ini. Dramatik betul.

“Maaf kalau saudara fikir aku biadap tapi, saudara stalk akukah?”

Justo terus ketawa terbahak-bahak. Xeva mengerutkan keningnya. “Macam mana dia tahu semua tentang aku sedangkan aku tak tahu apa-apa pun pasal dia? Aduh, serem!” kata hati Xeva.

“Aku hanya mengagak yang kamu itu seorang penulis. Aku nampak novel atas meja kamu tempoh hari. Gaya bagai sedang menaip cerita,”

Jadi memang dia memerhatikan aku, kata Xeva dalam hati.

Xeva mengerling jam tangannya. Sudah hampir tamat waktu rehat. Dia mempercepatkan suapannya. Begitu juga dengan Justo. Masing-masing tidak banyak bercakap. Setelah habis makan, Xeva berterima kasih kepada Justo sekali lagi kerana memulangkan kad aksesnya dan terus meninggalkan McDonald’s menuju ke skuternya yang diparkir kira-kira 30 meter dari McDonald’s. Xeva senang berjumpa dengan lelaki ini, tetapi dia tidak begitu mengharapkan pertemuan seterusnya.

Tiba-tiba, Justo memanggil Xeva sekali lagi. Dia berlari-lari anak dan berhenti di hadapan Xeva.

“Boleh aku pinta nombor telefonmu?”

Xeva ternganga sekali lagi…

Bersambung

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s