CB : Aku Dan Pria Aprilia Siri 3

Keluh-kesah, mendesah. Panasnya mengigit kulitku. Aku menyeka peluh yang mengalir di pipi. Bajuku juga sudah dibasah peluh. En. Sulandri akhirnya tiba di perkarangan pejabat. Dia agak terkejut melihat aku masih berdiri di luar pejabat, di bawah panas mentari. Aku hanya mampu tersengih pada majikanku itu. Entah di mana aku letakkan kad akses pejabat itu, aku pun tidak tahu. Takut pula aku nak katakan yang kad itu barangkali sudah hilang.

“Jangan bilang padaku yang kau terlupa membawa kad akses pejabat lagi?”

Aku hanya mampu mengetap bibir dan tunduk malu. En. Sulandri menggelengkan kepalanya. Dia membuka pintu pejabat dengan kad aksesnya, lalu aku menurutinya ke dalam pejabat. Segera aku menghidupkan pendingin hawa. Badanku hadapkan ke arah pendingin hawa sehingga angin dingin itu keluar menyapa tubuhku. Mataku pejam, menikmati angin yang dingin itu…Ahhh…

“Xeva, ini…”

Aku begitu terkejut sehingga tercampak alat kawalan pendingin hawa ke bawah meja. Giliran En. Sulandri pula tersengih.

“Cemerkap kau ini. Ini ada surat untuk kau dari Athena Press,” En. Sulandri menghulurkan surat itu padaku.

Aku terasa ingin melompat, mencapai surat itu. Hatiku berdebar-debar. Nafasku tidak tertahan. Aku memegang surat itu, lama sekali. Aku berbelah bahagi sama ada surat itu mahu ku buka atau tidak. Aku takut aku akan kecewa lagi.

“Tak mau buka?”

Aku memandang En. Sulandri seketika. En. Sulandri aku anggap seperti bapaku. Dia selalu menyokong aku dalam bidang penulisan asalkan aku dapat bahagikan masa dengan baik, tidak menggangu pekerjaanku dengannya. Aku meletakkan surat itu atas meja. Hujung blouseku genggamku erat. Tapak tanganku terasa sejuk sekali. Aku menarik nafas dalam. En. Sulandri menepuk bahuku. Aku terkejut sekali lagi. Dia menunjuk ke arah surat itu, menyuruh aku membukanya. Perlahan aku mengoyakkan bahagian atas sampul surat itu dan mengeluarkan isinya.

Dukacita dimaklumkan…

Aku melemparkan terus surat itu ke dalam bakul sampah. Tak guna aku membaca isi yang seterusnya. Aku terus duduk di mejaku, menghidupkan komputer. En. Sulandri menepuk bahuku dua-tiga kali.

“Tak apa. Cuba lagi. Kamu masih muda. Jangan mengalah ya,”

Aku hanya mampu mengangguk. Duka mengigit-gigit hatiku. Pedih rasanya. Kecewa. Merasakan diri gagal sekali lagi. Di mana silapnya? Apa lagi yang harus aku baiki? Ini sudah kali ke 10 manuskrip aku ditolak. Barangkali aku memang ditakdirkan untuk jadi kerani buat selama-lamanya. Mungkin aku patut mengalah dan cari minat lain? Aku mengeluh sendirian.

Tak mungkin aku dapat hentikan jiwa penulis dalam diriku. Alex mahu aku melakukannya kerana dia fikir aku berbakat. Aku akan lakukannya demimu, Alex.

Aku ingin memujuk hatiku yang panas dan pedih ini. Aku mahukan sundae. Yang banyak. Banyak gila. Kerana itu, waktu makan tengah hari, aku singgah ke McDonald’s dan memesan 4 sundae coklat.

“Wow, belanja kawan ke?” tanya pelayanku di kaunter. Aku menggeleng.

“Belanja diri sendiri,” kataku bersahaja.

Budak perempuan itu memandangku dengan mata yang bulat, sebulat-bulatnya. I don’t care what you think of me, kataku dalam hati.

Opocot!

Dulang yang ku bawa itu mengenai abdomen seseorang. Aku mendongak untuk meminta maaf. Terus mataku pula yang menjadi bulat, sebulat-bulatnya.

“Cik Xeva?”

Lelaki ini, yang duduk di hadapanku di Starbucks tempoh hari. Dia tersenyum melihat reaksiku. Bagaimana dia tahu namaku?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s